Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Gempar

Gambar 'HOT' Pemenang Model FHM Singapura 2012 Bocor Dalam Internet

Imej
Gambar bogel pemenang  Model FHM Singapura 2012 telah bocor dalam internet | Lebih kurang 50 keping gambar bogel dan erotik pelbagai aksi yang dipercayai milik pemenang pencarian model majalah lelaki FHM Singapura, Jamie Ang telah tersebar secara meluas di Internet. Kebanyakan gambar bogelnya itu dilaporkan sudah tersebar sejak April lalu melalui khidmat pesanan mesej peribadi di laman-laman forum online. Menurut laman forum tersebut, gambar-gambar sensasi itu telah diperoleh menerusi sebuah forum lucah tempatan. Sesetengah gambar itu memaparkan aksi Ang yang diambil gambarnya menerusi telefon pintar dan sesetengahnya lagi diambil oleh jurugambar profesional di mana kredit namanya terdapat di sudut gambar tersebut. Menurut jurucakap FHM Singapura, gambar-gambar tidak sopan Ang itu diambil sejajar dengan penglibatannya dalam pertandingan pencarian model majalah tersebut. Apa yang menariknya menerusi laman web Ang sendiri, dia pernah menyatakan tidak akan sesekali meneri...

Rozita Che Wan Bakal Nikah Julai Nanti

Imej
Rozita Che Wan Bakal Nikah Julai Nanti | Akhirnya segala persoalan mengenai hubungan cinta Rozita Che Wan dan Zain Saidin akhirnya terjawab dengan jawapan yang mengesahkan lagi mereka akan berkahwin pada bulan tersebut. Ini adalah kata-kata dari mulut Rozita Che Wan "InsyaAllah kami akan bernikah, jika tiada sebarang halangan pada bulan berkenaan." Beliau juga memilih untuk tidak bertunang kerana menganggap ianya sebagai tidak penting. "Hubungan kami selama ini memang tiada masalah. Kami sudah lama mengenali satu sama lain dan dia juga rapat dengan anak dan ibu saya." Diharap hubungan mereka akan kekal hingga keakhir hayat.... Sumber

Remaja Dipenjara Kerana Cuba Letupkan Kilang Vodka Kalimah Allah

Imej
Remaja Dipenjara Kerana Cuba Letupkan Kilang Vodka Kalimah Allah | Mempunyai cara yang unik bagi mempromosikan sesuatu produk mungkin mampu menarik minat pembeli sekiranya ia bersesuaian dengan produk yang dijual..Tetapi, apabila menggunakan perkataan "Allah" dalam mempromosikan vodka (sejenis minuman keras), ia mungkin kelihatan amat melampau dan mendorong kemarahan umat Islam yang lain seperti yang berlaku di Kazakhstan. AQTOBE, Kazakhstan - Sebuah mahkamah yang terletak di sebuah bandar di barat laut Aqtobe, Kazakhstan telah menghukum 3 orang lelaki muda dengan menyabitkan mereka dengan kesalahan cubaan merancang untuk meletupkan kilang minuman keras tempatan yang dikatakan "menghina Islam". Ketiga-tiga mereka telah dijatuhkan hukuman penjara selama 3 ke 5 tahun bermula Selasa lalu. Pada tahun lepas, pengarah kilang minuman keras berkenaan terpaksa meminta maaf kerana mencetak slogan "Kuasa Allah cukup untuk semua" dalam bahasa Arab pada penutu...

Fizz Fairuz Buat Laporan Polis

Imej
Buat Laporan Polis Untuk Lindungi Diri - Fizz Fairuz | Kuala Lumpur: Pelakon sensasi, Mohd Fairus Zainal Abidin, 34 atau Fizz Fairuz yang dikaitkan kes putus tunang bersama isteri orang, Azlyn Massiela Mohd Nazar, 26, membuat laporan di Balai Polis Damansara, Petaling Jaya, Rabu lalu dan mendakwa tidak pernah mengetahui wanita itu sudah bernikah. Laporan jam 1.43 petang itu dibuat sendiri pelakon terbabit yang bertujuan melindunginya selain tidak bertanggungjawab ke atas Azlyn sekiranya sesuatu terjadi selepas dia memutuskan hubungan dengan wanita berkenaan. Sumber polis berkata, laporan berkenaan difahamkan berkait kontroversi menimpa aktor terbabit tiga hari lalu sejurus pelakon filem Nur Kasih The Movie itu menerusi akhbar dilaporkan bertunang dengan isteri orang. “Fizz menyatakan pernah berhubung dan berkawan dengan wanita itu namun dalam tempoh perhubungan, dia tidak tahu Azlyn bersuami. “Namun, selepas mengetahui hal itu baru-baru ini (hujung minggu lalu), pelakon i...

Jurumekap Hollywood Hadiahkan Hidung Palsu

Imej
Wanita Indonesia Dapat Hidung Palsu | Jakarta – Seorang wanita Indonesia yang terpaksa hidup selama tiga tahun tanpa hidung, akibat dipotong oleh suaminya yang panas baran, kini mampu tersenyum semula. Semuanya atas usaha Alec Gilis, yang juga seorang jurumekap kesan khas dari Hollywood. Gillis berjaya mereka hidung palsu untuk Yustince, 30, yang dibuat mengikut acuan hidung wanita berkenaan. Beliau yang pernah memenangi Oscar bagi solekan kesan khas, telah terlibat untuk filem-filem Hollywood termasuk Jumanji, Alien vs Predator dan Cast Away. “Kebiasaannya saya menghasilkan solekan khas untuk menakutkan orang, namun kali ini saya gembira kerana solekan itu mampu menghilang parut di muka Yustince,’’ katanya. Yustince dan Gillis dipertemukan oleh Grossman Burn Foundation iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang bukan bertujuan untuk mencari keuntungan. Selepas hidung palsu itu siap, Gillis sanggup terbang ke Jakarta untuk memasang hidung berkenaan pada Yustince...

Suami Azlyn Massiela Tampil Beri Penjelasan

Imej
Wanita Itu Isteri Kedua Saya | Bukan setakat kami, malah semua peminat diseluruh negara sudah mula keliru dengan kenyataan-kenyataan yang diberikan. Dari pertunangan yang hanya sempat bertahan beberapa hari, kemudian timbul isu mengatakan Azlyn Massiela sudah berkahwin. Hari ini, bekas tunang Fizz itu memberitahu bahawa dia tidak pernah berkahwin. Namun, belum sempat berita ini diketahui umum, muncul satu lagi kenyataan dari seorang lelaki bernama Ramli (bukan nama sebenar) yang mengaku Azlyn sememangnya adalah isterinya. Ya, isteri kedua. “Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua). Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya.” – Ramli dipetik dari Berita Harian. Ramli yang juga merupakan seorang usahawan ini memberitahu bahawa isterinya ‘sakit’ dan kesunyian adalah punca isterinya itu melaku...

Kes Cerai Jeslina Hashim Terpaksa Ditangguh

Imej
Kes Cerai Jeslina Hashim Terpaksa Ditangguh | Pagi ini di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur berlangsung sebutan pertama kes penceraian antara penyanyi Jeslina Hashim & suami, Dion Andrew Vercoe. Pasangan ini di’khabarkan telah tidak duduk sebumbung sejak lapan bulan yang lalu & ketika ini dua orang anak hasil perkahwinan mereka berada di’bawah jagaan suami. Namun hasrat pasangan ini untuk bercerai terpaksa di’tangguh kerana Dion Andrew Vercoe tidak di’benarkan melafazkan talak kerana Jeslin Hashim dalam keadaan tidak suci. Selain itu, isu tuntutan hak jagaan anak dan tuntutan mutaah juga menjadi sebab mahkamah bakal menetapkan tarikh baru untuk sebutan kes penceraian Jeslina Hashim & Dion Andrew. Jeslina Hashim yang di’temui wartawan selepas sebutan pertama hari ini berkata punca penceraian mereka tidak boleh di’dedahkan kepada umum kerana ianya bersifat peribadi.-Roti Kaya

Pertunangan Fizz Fairuz Hanya Bertahan Semiggu

Imej
Pertunangan Fizz Fairuz Bertahan Hanya Seminggu | Perempuan yang menjadi bekas tunang  Fizz Fairuz merupakan isteri kepada seorang usahawan yang berumur 40 tahun. Kuala Lumpur: Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu, selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami. “Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam. Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu. “Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang. Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia t...

Jeslina Hashim Di Khabarkan Akan Bercerai Esok

Imej
Jeslina Hashim Akan bercerai Esok | Nampaknya sudah lama pelakon dan penyanyi, Jeslina Hashim menyepikan diri dalam industri hiburan tempatan. Penyanyi yang pernah terkenal menerusi lagu ‘Ku Intai Cinta Dalam Rahsia’ ini difahamkan bakal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pagi esok bagi mengikuti perbicaraan kes cerainya bersama pasangan, Dion Rais Vercoe. Menurut peguam yang mewakili kedua-dua pasangn ini iaitu Muhammad Hafiz Abd Rashid, Jeslina dan Dion telah bersetuju untuk menjalani proses perceraian dan esok merupakan proses perbicaraan pertama buat mereka. Untuk makluman, Jeslina Hashim atau nama sebenarnya Nor Jeslina Hashim bt Khairuddin Mohd Hashim, 35 sebelum ini pernah berkahwin dengan jejaka yang berasal dari New Zealand iaitu Dion Rais Vercoe. Pasangan ini telah bernikah pada April 2005 di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. Hasil perkahwinan selama 8 tahun pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata.-Ohbulan.com

Serpihan Tahi Bintang Russia Bernilai £6.500

Imej
Serpihan Pertama Meteorit Yang Meletup Di Russia Ditemui Dan Setiap Satu Darinya Di Anggar Bernilai Sehingga £6.500 Saintis telah menemui cebisan tahi bintang yang terhempas ke bumi minggu lepas dan meletup di bandar Chelyabinsk,Russia, menarik minat 'pemburu emas' yang mana nilai setiap serpihan mencecah sehingga £6.500. Pakar-pakar telah mengorek lubang sedalam 50 kaki di tasik beku di pinggir Chelyabinsk, di Ural, yang dipercayai telah terbentuk apabila bola api itu terhempas ke tanah. Dan selepas tiga hari mengorek ais untuk petunjuk, mereka akhirnya telah menemui serpihan batu yang masing-masing mempunyai medan magnet yang kuat dan mengeluarkan kesan radiasi tinggi yang luar biasa,bukti jelas bahawa ianya datang dari angkasa lepas. Sumber

Emma Maembong Putus Cinta

Imej
Emma Maembong Putus Cinta | Pelakon kacukan Melayu-Scottish, Emma Maembong dikatakan sudah putus cinta dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Adli, yang sudah dikenalinya sejak lima tahun lalu. Sebelum ini, gambar-gambar mesra Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 20, bersama bekas kekasihnya itu pernah mencetuskan kontroversi sehingga perlakuannya itu dikritik oleh segelintir peminatnya. Emma yang turut memiliki bakat besar dalam melukis berkata kepada Berita Harian, “yang lepas itu biarlah berlalu. Ini ruang terbaik untuk saya terus fokus dalam kerjaya seni”. Selain itu, Emma pun tidak mahu memanjang-manjangkan tentang kisah cintanya yang katanya mula tidak sehaluan sejak awal Februari lalu. Dia hanya menganggap dia dan pemuda itu tiada jodoh. Pelakon yang semakin meningkat naik ini turut tercalon dalam Anugerah Bintang Popular 2012 dalam kategori Artis Baru Wanita Popular bersaing dengan Ainan Tasneem, Hanez Suraya, Nad Zainal dan Wawa Zainal. Sum...

Orgasme 50 Kali Sehari Membuat Gadis Ini Hampir Bunuh Diri

Imej
Kerana Orgasme 50 Kali Dalam Sehari,Gadis Ini Hampir Bunuh Diri | Sementara ramai wanita jarang atau bahkan tidak pernah merasakan orgasme, ada wanita yang mengalami orgasme yang tidak diingini. Wanita ini contohnya, sehari mengalami 50 kali orgasme yang tidak diingini sampai berniat untuk bunuh diri. Amanda Gryce, wanita 22 tahun berasal dari Florida, Amerika Syarikat mengalami keadaan jarang ditemui yang disebut Persistent sexual arousal Syndrome (PSAS). Keadaan ini membuatnya mudah sekali orgasme hanya kerana mengalami getaran ringan dari benda sehari-hari termasuk getaran telefon. Jika wanita lain menganggap orgasme sangat menyenangkan, Amanda dengan keadaannya ini menganggap orgasme sebagai sumpahan. Selain tidak selesa kerana terlalu sering terjadi, juga memalukan kerana kadang terjadi apabila berada di tempat awam. “Ini tidak menyeronokkan, boleh dikatakan satu penyeksaan. Keadaan ini mengawal seluruh hidupmu dan seperti memberikan mimpi buruk. Aku boleh orgasme sa...

Budak 13 Tahun Di Tahan Kerana Merogol

Imej
Budak 13 Tahun Di Tahan Kerana Merogol | PADANG BESAR : Baru berusia 13 tahun,tetapi seorang budak lelaki sudah berani merogol seorang budak perempuan berusia lapan tahun yang juga jirannya dalam sebuah tandas dewan orang ramai disini, Selasa lalu.Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu,budak lelaki berkenaan yang tinggal berdekatan rumah mangsa di Kampung Tersusun Padang Besar,disini,memanggil budak perempuan itu datang ke kawasan dewan berkenaan,kononnya ada urusan. Gambar Hiasan Budak lelaki itu kemudian membawa kanak-kanak perempuan malang itu ke dalam sebuah tandas di situ sebelum merogolnya.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis,Superintendan Nashir Ya berkata,"mangsa yang takut selepas kejadian itu,pulang ke rumahnya dengan tergesa-gesa sebelum memberitahu kakaknya yang berada di rumah sebelum membuat laporan poils di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar,kelmarin"katanya. Menurutnya,kakak mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) P...

Gambar Banjir Kilat Yang Melanda Sekitar IOI Mall Puchong

Imej
Gambar Banjir Kilat Yang Melanda Sekitar IOI Mall Puchong | Kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang tadi akibat hujan lebat yang turun sejak awal petang.Menurut sumber kejadian ini berpunca dari longkang dan saliran yang tersumbat dan menyebabkan aliran air perlahan dan tersekat.

Aksi Anuar Zain Cium Nora Danish Buat Penonton Histeria

Imej
Anuar Zain Cium Tangan Nora Danish | Berita panas dan tergempar hari ini ialah berkenaan tindakan penyanyi lagenda, Anuar Zain yang mencium jari-jemari Nora Danish ketika Konsert 3D beliau yang berlangsung semalam. Difahamkan, seramai 6,000 orang telah menghadiri Konsert 3D Anuar Zain di Stadium Putra, Bukit Jalil. Babak yang paling membuat peminat dan penonton histeria dengan persembahan Anuar Zain ialah ketika kemunculan artis comel, Nora Danish secara tiba-tiba.  Anuar Zain yang sedang menyanyikan lagu Ajari Aku bertindak menarik tangan Nora Danish sebelum menciumnya dengan lembut dan romantik.  Persoalannya, adakah mereka berdua memang sedang hangat bercinta?  Kalau bercinta, syukur alhamdulillah. Mazeer suka sangat kalau Abang Anuar dan Kak Nora Danish berpasangan dan pastinya, semasa menulis entri ni, Mazeer tak putus-putus menyanyi lagu "Sedetik Lebih" dalam hati. Jom tengok lagi tiga gambar Anuar Zain dengan romantiknya mencium tangan N...

(Video)Cahaya Dari Langit.Kejadian Aneh Berlaku Di Jerman

Imej
Cahaya Dari Langit.Kejadian Aneh Berlaku Di Jerman | Tak tau ni betul ke 'fake'.Korang nilai la sendiri... Sumber

Stesen TV Di Tutup Selepas Siar Tarian Gelek

Imej
Stesen Tv Di Mesir Di Arah Hentikan Siaran Selepas Menyiarkan Tarian Gelek | Mesir – Mahkamah Kaherah mengarahkan sebuah stesen televisyen di negara itu ditutup selepas ia menyiarkan klip tarian gelek yang mengandungi aksi ghairah. Selain itu, ElTet juga didapati bersiaran tanpa lesen. Hakim yang membuat keputusan itu memutuskan bahawa tarian gelek itu adalah menghina dan membangkitkan syahwat penonton. Klip itu merupakan sebahagian daripada iklan untuk produk seks dan perkhidmatan mencari jodoh. Ia disiarkan menerusi internet selama 24 jam. Sementara itu dalam perkembangan lain, stesen televisyen Al-Hafez turut diarahkan tidak bersiaran selama 30 hari kerana menyiarkan pandangan seorang aktres Mesir yang menyokong rejim di bawah pimpinan bekas Presiden Hosni Mubarak. Selain itu, pemilik siaran tv satelit, Baligh Hamdy turut ditangkap tahun lalu kerana didakwa menyediakan perkhidmatan pelacuran. Sumber

Hampir Di Lempang Kerana Hisap Rokok

Imej
Remaja 13 Tahun Hampir Di Lempang | BATANG KALI - Rasa kurang senang pengunjung yang makan di sebuah restoran di sini melihat seorang remaja bawah umur merokok, menyebabkan seorang lelaki menegur kelakuan remaja terbabit dengan niat menasihati. Bagaimanapun, remaja lelaki berusia 13 tahun dikenali sebagai Khaliq itu bertindak kurang sopan apabila membalas kata-kata yang tidak enak didengar. Kesudahannya, Khaliq hampir ditampar oleh pemuda, Ramlan Zainuddin, 36, yang cuba menasihatinya. Ramlan berkata, dia hanya mahu menasihati remaja terbabit supaya lebih menghormati orang dewasa dan tidak merokok di khalayak ramai kerana perbuatannya salah. “Ini satu kesalahan sebab dia bawah umur, malah merokok selamba di depan orang ramai. “Saya tidak mahu adik saya begini sebab itu saya tegur,” katanya yang menganggap Khaliq seperti tanggungjawab menjaga adiknya. Sebelum itu, Khaliq bersama seorang rakannya dilihat membeli ‘rokok batang’ yang dijual di restoran India Mus...

Haiwan Pelik Laut New Jersey Popular Di Internet

Imej
Haiwan Pelik Laut New Jersey Popular Di Internet | Lupakan sebentar mengenai meteorite yang menghentam Rusia yang membuat semua orang pelik bagaimana begitu ramai orang Rusia yang memasang kamera pada kenderaan mereka. Namun anda harus tahu, ada makhluk asing dalam kalangan kita. Ini adalah gambar makhluk aneh yang dikeluarkan dari dalam laut di New Jersey. Pelik bukan? Gambar yang sangat viral di internet ini mencecah ratusan ribu tatapan dan tidak mengandungi maklumat lain kecuali diambil berdekatan New Jersey. Ramai yang menganggap ia merupakan pemangsa laut. Saiz makhluk tersebut lebih kurang tiga kaki dan makhluk itu kelihatan lebih besar kerana sudut kamera yang tepat semasa gambar diambil membuatkannya besar dan ganas seperti makhluk asing yang kita lihat di kaca televisyen. Ada begitu banyak komen yang diberikan pada gambar dan antara komen yang menarik hati ialah : "Makhluk ini menelan semua ikan.." Sumber

Foto Nabila Huda Diving Di Pulau Mabul Sabah

Imej
Gambar Seksi Nabila Huda Di Pulau Mabul Sabah | Pelakon berbakat besar, Nabila Huda Suhaimi, 29, yang sememangnya terkenal suka mengembara serta bercuti ke serata dunia kembali meneruskan aktiviti kegemarannya itu dengan bercuti di Pulau Mabul, Sabah. Ibu kepada Keisha Laila itu sempat berkongsi gambar terbarunya yang sedang melakukan diving di laman Instagramnya. Kali ini percutiannya turut ditemani rakan artis, Nita Hamzah yang turut berkongsi minat diving sepertinya. Sebelum ini Nabila sudah meneroka tempat seperti di Lombok, Indonesia, Afrika, Pulau Boracay, Filipina dan Rom, Itali pada tahun lepas. Pelakon yang ‘adventourous’ ini suka berkunjung ke tempat-tempat yang jarang dikunjungi oleh orang Asia untuk merasai sendiri kelainan serta budaya tempatan di negara yang dikunjunginya. Baguslah begini, jauh berjalan luas pengalaman.  Mana tahu daripada aktivitinya ini dia dapat bertemu cinta hati yang baru pula. Tak gitu? Sumber