Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kesihatan

Tips Dan Petua Untuk Berhenti Merokok

Imej
Tips Dan Petua Untuk Berhenti Merokok | Fakta-Fakta Penting yang Perlu diketahui : 1. Merokok merbahaya tidak kira sama ada anda sendiri yang merokok atau menyedut asap rokok daripada perokok lain. 2. Kajian menunjukkan bahawa jika anda berhenti merokok dalam tempoh 3 hingga 5 tahun, ia mampu mengurangkan risiko mendapat kanser mulut sebanyak 50%. 3. Jika anda berhenti merokok melebihi 10 tahun, tiada risiko mendapat kanser mulut. 4. Bila tabiat merokok ini dihentikan, keadaan penyakit gusi (periodontium) juga akan bertambah baik atau pulih. Apa Keburukan Merokok? Merokok boleh mendatangkan pelbagai masalah gigi.Antaranya ialah : Gigi berkarat (staining). Nafas berbau (halitosis). Penyakit gusi (periodontium). Kanser mulut. Kanser paru-paru. Tekanan darah tinggi. Strok. Penyakit jantung. Mati pucuk. Perhatian : Walaupun penggunaan bahan kumuran dan ubat gigi mungkin berkesan menanggalkan karat gigi dan menyegarkan bau nafas perokok, ianya tidak boleh menyembu...

Bahaya Mee Segera Kepada Kesihatan

Imej
Bahaya Mee Segera Kepada Kesihatan | Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket.. Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi. Selain itu, kandungan dioxin dan plast...

Orgasme 50 Kali Sehari Membuat Gadis Ini Hampir Bunuh Diri

Imej
Kerana Orgasme 50 Kali Dalam Sehari,Gadis Ini Hampir Bunuh Diri | Sementara ramai wanita jarang atau bahkan tidak pernah merasakan orgasme, ada wanita yang mengalami orgasme yang tidak diingini. Wanita ini contohnya, sehari mengalami 50 kali orgasme yang tidak diingini sampai berniat untuk bunuh diri. Amanda Gryce, wanita 22 tahun berasal dari Florida, Amerika Syarikat mengalami keadaan jarang ditemui yang disebut Persistent sexual arousal Syndrome (PSAS). Keadaan ini membuatnya mudah sekali orgasme hanya kerana mengalami getaran ringan dari benda sehari-hari termasuk getaran telefon. Jika wanita lain menganggap orgasme sangat menyenangkan, Amanda dengan keadaannya ini menganggap orgasme sebagai sumpahan. Selain tidak selesa kerana terlalu sering terjadi, juga memalukan kerana kadang terjadi apabila berada di tempat awam. “Ini tidak menyeronokkan, boleh dikatakan satu penyeksaan. Keadaan ini mengawal seluruh hidupmu dan seperti memberikan mimpi buruk. Aku boleh orgasme sa...

Sindrom Lidah Berbulu Menurut Istilah Perubatan Pergigian

Imej
Sindrom Lidah Berbulu Menurut Istilah Perubatan Pergigian | Sindrom lidah berbulu (Hairy Tongue Syndrome) atau lingua villosa nigra adalah suatu keadaan dimana ada pertumbuhan papila filiform (bagian menonjol pada selaput yang berlendir di bahagian atas lidah) berlebih pada permukaan dorsal lidah. Lidah berbulu adalah salah satu istilah yang tidak tepat dalam dunia kedoktoran gigi.Lidah berbulu tidak benar-benar menyifatkan adanya bulu atau rambut pada lidah. Permukaan lidah yang sihat adalah nampak lembut. Papila yang tumbuh biasanya hilang dalam jangka waktu yang teratur. Namun, kadang-kadang papila ini cenderung tumbuh tapi tidak mau menghilang, dan muncul membentuk alur pada permukaan lidah.Alur ini sering menimbulkan tanda akibat terdapat bakteria atau kegiatan lain yang membuat warna lidah menjadi hitam. Namun, lidah berbulu juga dapat muncul dalam beberapa warna iaitu coklat, putih, hijau, merah muda, atau salah satu dari berbagai corak bergantung pada etiologi s...

Kita Ditegah Minum Berdiri

Imej
Dalam hadis disebutkan, “Janganlah kamu minum sambil berdiri.” Dari Segi Kesihatan Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfringer. Sfringer adalah suatu struktur muskular (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum automatik masuk tanpa disaring lagi. Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana. Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya. Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi. Dari Anas r.a. dari Nabi S.A.W. : "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri." ...

Selamatkah Melakukan Seks Ketika Isteri Hamil

Imej
Selamatkah Melakukan Seks Ketika Isteri Hamil | Ramai beranggapan seks ketika hamil boleh membahayakan bayi dalam kandungan, sebenarnya kehamilan bukannya penghalang bagi pasangan suami isteri untuk tidak melakukan hubungan seks. Malahan hubungan seks semasa hamil secara tidak langsung ketika aktiviti seks tersebut dapat memberi nutrisi pada pertumbuhan ibu dan bayi. Kebanyakkan wanita mengandung ataupun suami, takut untuk melakukan hubungan seks berikutan bimbang akan berlakunya kontraksi yang tidak diingini, kontraksi ni maksudnya perut isteri akan mengeras dan berasa agak sakit sedikit seperti tanda ingin bersalin. Apabila kehamilan itu hanya boleh dihasilkan melalui hubungan seksual, mustahil selepas berjaya hamil pasangan suami isteri tidak boleh melakukan persetubuhan, kecuali dalam keadaan tertentu apabila ia disahkan doktor boleh memudaratkan ibu dan bayi dalam kandungan. Hubungan intim tak jejas kehamilan Tiada sebab hubungan intim itu boleh menjejaskan kehamilan,...

Apakah Makanan Yang Memberi Kesan Cepat Kenyang

Imej
Apakah Makanan Yang Memberi Kesan Cepat Kenyang | Perasaan lapar cenderung untuk membuatkan kita makan dengan banyak lantas gagal mengawal pemakan. Dengan memakan makanan yang membuatkan anda cepat kenyang, pasti ia dapat membantu anda mengawal jumlah makanan yang diambil. Selain itu, ia juga akan membantu anda untuk mendapatkan diet yang yang seimbang. Jadi, apakah makanan yang membuatkan anda berasa cepat kenyang? Telur Hasil kajian menunjukkan bahawa seseorang yang memakan telur pada waktu pagi akan membantu mereka untuk mengurangkan lagi berat badan. Ini kerana anda telah mendapatkan protein yang secukupnya untuk mengelakkan daripada berasa lapar. Selain itu, telur juga mampu memberi anda lebih tenaga berbanding makanan yang lain. Sup sayur-sayuran Makanan yang mengandungi banyak kandungan air sememangnya akan memberikan anda efek cepat kenyang. Khasiat yang ada pada sayur-sayuran pula akan dapat membantu anda untuk mendapatkan tenaga, zat dan nutrien yang diperlukan ol...

Rahsia Keajaiban Air Zam Zam

Imej
Rahsia Keajaiban Air Zam Zam | Dahulu ramai para saintis yang meragui tentang kewujudan air zam zam ini. Ada yang mengatakan terdapat sebuah paip di bawah tanah. Namun sebenarnya terdapat banyak keajaiban tentang air zam zam ini. Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter air pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali. Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir. Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang. Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter. Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah ...

Kenapa Badan Kita Merasa Gatal

Imej
Kenapa Badan Kita Merasa Gatal | Gatal seringkali membuat kita serba salah,bila digaru buat kulit melecet tapi didiamkan semakin mengganggu. Apakah penyebab badan kita boleh merasakan gatal? Dalam tubuh terdapat sel-sel saraf tertentu yakni dMrgprA3+ yang khusus mengesan rasa gatal. Jadi ketika badan digigit nyamuk, atau gatal kerana alergi dan sebagainya, sel saraf inilah yang akan mengirim pesan pada otak bahawa ada yang mengganggu jaringan kulit pada lokasi tubuh tertentu. Di mana letak saraf tersebut? Saraf gatal berada di dalam tulang belakang, dekat sumsum tulang belakang, dan hanya merespons lokasi di dalam kulit. "Itu menjelaskan mengapa orang merasa terdorong untuk menggaru kulit mereka, tetapi tidak merasakan gatal di organ internal," kata Xinzhong Dong kepada LiveScience. Dulu, para ahli sains mengatakan bahawa reseptor untuk rasa sakit dan gatal terkait. Namun, pasukan dari Johns Hopkins University menemukan bahwa  dMrgprA3+, khusus mengesan sensasi gata...

Jenis-Jenis Dadah Dan Kesannya Pada Manusia

Imej
Entri ini dibuat bukanlah untuk mengajar para pembaca mencuba jenis-jenis dadah yang dinyatakan tetapi adalah lebih kepada memberi informasi kepada semua tentang bahaya dadah kepada kesihatan. Jenis-Jenis Dadah Dan Kesannya Pada Manusia | Apakah itu Dadah?Dadah atau " drug " adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita. Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan. Dadah dan Anda! Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse...