Ketahui Rahsia Pada Cap Jari
Ketahui Rahsia Pada Cap Jari | Untuk pengetahuan semua cap jari kita bukan hanya digunakan sebagai pengenalan diri sahaja, malah ianya juga boleh digunakan untuk mengenal personaliti dan potensi diri seseorang individu tertentu. Dengan teknologi yang baru, pelbagai alat yang boleh digunakan untuk manusia salah satunya ialah penganalisis cap jari. Berikut adalah sedikit petikan daripada akhbar tempatan. Ini hasil teknologi analisis imbasan cap jari yang boleh menyerlahkan bakat semula jadi insani hasil bawaan genetik. Malah cap jari itu disifatkan pakar umpama berlian yang hanya menanti masa untuk dicanai bagi merungkai rahsia diri seseorang. Jika bakat adalah kemampuan diwarisi dalam diri seseorang yang dibawa sejak lahir dan berkaitan struktur otak, analisis cap jari adalah sistem mengenali potensi genetik seseorang berdasarkan sains dermatoglifik – ilmu yang mempelajari pola cap jari termasuk hujung luar derma kulit jari, telapak tangan dan tapak kaki yang sudah wujud...