Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Misteri

Panas!Jin Pun Ada Akaun Twitter

Imej
Antara mahu percaya ataupun tidak. Namun itulah yang dilaporkan oleh media di Arab Saudi di mana terdapat satu akaun laman sosial Twitter mendakwa dirinya sebagai jin. Pengakuan itu mendapat perhatian orang ramai dari seluruh dunia. Tambahan pula, di akaun tersebut jin tersebut turut memuat naik gambar tempat tinggalnya pada 100 tahun dahulu. Kewujudan akaun twitter itu juga adalah kerana jin tersebut mahu bergaul dengan manusia. Sukar untuk dipercayai. Namun anda boleh melihat akaun twitternya di sini. Akaun Twitter Jin :  https://twitter.com/s_2O17_s Akhbar metro menyiarkan berita yang pelik dan menggemparkan di Arab Saudi yang jin pun ada akaun twitter. Akhbar di Arab Saudi itu melaporkan jin itu mengaku dirinya jin tulen dan mahu berkawan dengan manusia. Dia juga memuatnaik gambar kediaman berusia 100 tahun. Pemilik akaun twitter itu juga berkongsi tentang keluarga dan kawasan kediaman di Yaman, di akaunnya juga  ditulis dia sukakan keamanan dan tidak mahu menc...

Kemana Penghujung Tembok Besar China

Imej
Kemana Penghujung Tembok Besar China | Tembok Besar Cina adalah salah satu daripada keajaiban senibina dunia.Namanya terkenal di seluruh dunia, dan menjadi lokasi pelancongan wajib bagi sesiapa yang mengunjungi China. Tetapi adakah anda tahu dimanakah letaknya hujung Tembok China? Tembok Besar China seperti dibangun melampaui batas kemampuan manusia. Rentetan peristiwa dan tragedi mewarnai pembinaannya, dua ribu tahun lalu, pada masa Dinasti Qing. Tembok ini dibangun atas perintah ‘kaisar’ pertama China iaitu Qin Shi Huang. Memerlukan waktu puluhan tahun iaitu dari 220-206 SM untuk menyiapkan tembok raksasa ini. Ini dia penghujungnya…. Tembok ini memanjang lebih dari 20,000 kilometer, membelah dataran luas dan gunung-ganang China.Selain Top Lake di sebelah barat, hujung lainnya terletak di Shanhaiguan. Berada di timur China, Shanhaiguan dijuluki sebagai Old Dragon`s Head atau disebut juga Laolongtou. Hujungnya terapung di permukaan Laut Bohai.Tempat ini juga menjadi destina...

Misteri Penghuni Langit Dan Uwais Al-Qorni Di Zaman Rasulullah

Imej
Misteri "Anunnaki" (Alien) Di Zaman Kehidupan Rasulullah SAW | Rasulullah SAW pernah membayangkan, tentang kewujudan seorang manusia "Penghuni Langit", yang dinamakan Uways(Uwais) Al Qorni. Rasulullah SAW bersabda :“Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qorni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah tapak tangannya.” Sesudah itu beliau, memandang kepada Ali bin Abi Thalib r.a. dan Umar bin Khattab r.a. lalu bersabda : “Suatu saat apabila kalian bertemu dengannya,mintalah doa dan istighfarnya, kerana dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi” Uwais adalah seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah,panjang hingga kebahu,dengan kulitnya kemerah-merahan. Pemuda dari Yaman ini tidak mempunyai sanak saudara kecuali ibunya yang telah tua dan menderita sakit lumpuh.Untuk menyara kehidupannya sehari-hari,Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. Majoriti ulama berpendapat, istilah “Penghuni Langit” yang disandang oleh Uwai...

Tasik Garam Yang Berwarna Warni

Imej
Tasik Garam Yang Berwarna Warni | Bagi sesetengah orang, garam mungkin kelihatan biasa dengan warna semulajadi nya yang berwarna putih..Namun, tidak ramai yang tahu, garam boleh mempunyai pelbagai jenis warna misalnya seperti apa yang berlaku di tasik garam di San Francisco Bay.. Fenomena yang menarik ini boleh di lihat di San Francisco Bay. Sekiranya di lihat dari jarak yang jauh, ia akan kelihatan seakan-akan hamparan bunga tulip sedangkan ia tiada kena mengena dengan sebarang tumbuh-tunbuhan langsung. Sebenarnya, tempat yang kelihatan berwarna itu digunakan sebagai tempat pengestrakkan garam dari air laut. Dalam kolam buatan tersebut, air akan disejat oleh cahaya matahari dan meninggalkan butiran halus garam yang terhablur, alga berwarna, dan mikro-organisma. Warna garam yang terhasil juga bergantung kepada tahap kemasinan. Kolam dengan tahap kemasinan yang rendah dan sederhana akan mempunyai warna kehijauan atau merah jambu, manakala pada tahap kemasinan yang tinggi, air g...

Sajak Dari Maharaja China Untuk Nabi Muhammad SAW

Imej
Sajak Dari Maharaja China Untuk Nabi Muhammad SAW | Percaya atau tidak, seorang maharaja yang dianggap antara yang teragung pernah memerintah Tanah Besar China pernah menulis sajak puji-pujian kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw sembilan abad yang lampau. Maharaja yang dikenali sebagai Maharaja Hongwu(1328-1398) adalah pengasas kepada Dinasti Ming yang mendominasi Tanah Besar China selama 276 tahun. Maharaja Hongwu terkenal sebagai maharaja yang bertolenrasi terhadap agama terutama agama Islam. Baginda tidak pernah melarang ajaran Islam tersebar di wilayah jajahannya bahkan pernah bertitah supaya mendirikan beberapa masjid bagi memudahkan umat Islam beribadat. Antara masjid yang ‘mendapat’ jasa bakti daripada Maharaja Hongwu adalah di Yunnan, Nanjing, Guangdong dan Fujian. Panglima-panglima Muslim Baginda dipercayai memiliki beberapa pegawai Istana yang beragama Islam. Maharaja Hongwu begitu mempercayai pegawai-pegawai Istana ini. Antaranya adalah Chang Yuchun(133...

(Video)Cahaya Dari Langit.Kejadian Aneh Berlaku Di Jerman

Imej
Cahaya Dari Langit.Kejadian Aneh Berlaku Di Jerman | Tak tau ni betul ke 'fake'.Korang nilai la sendiri... Sumber

Inilah Balasan Allah Kerana Menghina Hukumnya

Imej
Balasan Allah Kerana Menghina Hukumnya | Assalammu’alaikum kepada pembaca yang dirahmati Allah, Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah, Mesir. Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan. Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya. " Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku ,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertik...

(Soap Man).Mayat Sabun

Imej
Ketika mayat di bawah ini ditemui pada tahun 1875 selama penggalian sebuah yayasan depo kereta api di Philadelphia, telah berubah menjadi sabun (itu sebabnya disebut 'Soapman' oleh Smithsonian Institute). Air telah meresap ke peti mayat dan membawa tanah alkali dengan itu, mengubah lemak dalam tubuh mayat itu melalui jenis hidrolisis disebut saponifikasi, ini gambar dari pelbagai sumber: Tinggal di Philadelphia dan dikuburkan di sana sekitar 1800 (jika anda perhatikan dengan teliti, anda masih boleh melihat stoking yang dipakai).

Dibakar Hidup-Hidup Kerana Sihir

Imej
Dibakar Hidup-Hidup Kerana Sihir | Dituduh sihir, seorang ibu 20 tahun, dibakar hidup-hidup oleh sekumpulan lelaki yang didakwa mabuk dan  manakala beratus-ratus orang, termasuk pihak sekolah, leka memerhati dan mengambil gambar pada telefon bimbit. Polis terlalu takut untuk campur tangan. Kepari Leniata telah dibunuh di Mount Hagen, di Barat Highlands wilayah Papua New Guinea (PNG). Berpunca dari saudara lelakinya berusia enam tahun yang meninggal dunia di Hospital Besar Mount Hagen pada Selasa lepas,mendakwa kematiannya telah dikenakan sihir Kepari Lenita. Mereka menyoal siasat tiga wanita, seorang daripadanya adalah Leniata, berasal dari Enga wilayah. Penyerang memaksa Leniata mengaku bersalah dengan menderanya menggunakan batang besi panas, akhbar tempatan Post Kurier melaporkan. Sebaik sahaja mereka mendapat 'pengakuan' yang diperlukan, mereka dibogelkan, tangan dan kakinya diikat, disimbah dengan api petrol dan dilonggokan tayar lama dikepala Lenita. Beratus-...

Inilah Sebab Dan Tanda-Tanda Kenapa Jin Suka Merasuk Manusia

Imej
18 Sebab Jin Suka Merasuk Manusia. Berserta Tanda-tanda | WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat. Gambar Hiasan Salah seorang Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka. Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin. "Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini. Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat. “Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang d...

Bola Di Hanyutkan Tsunami Jepun Hingga Ke Alaska

Imej
Bola Di Hanyutkan Tsunami Jepun Hingga Ke Alaska | TOKYO - Sebiji bola sepak dibawa tsunami, yang melanda Jepun Mac tahun lalu, sehingga ke perairan Alaska, akan dipulangkan kepada pemiliknya - seorang remaja berusia 16 tahun. Nama remaja itu, Misaki Murakami terdapat pada bola tersebut, yang dihadiahkan kepadanya tujuh tahun lalu. Kawasan timur Jepun dilanda malapetaka berganda - gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac. Bola itu ditemui oleh David Baxter lebih setahun selepas tsunami di Middleton Island, Alaksa. Pulau itu terletak kira-kira 112 kilometer dari tanah besar. Murakami dipetik media Jepun berkata, dia gembira kerana memang bola itu adalah miliknya. "Saya sangat gembira memandangkan saya tidak menemui apa-apa barang milik saya sehingga sekarang," katanya kepada stesen TBS semalam. Murakami tinggal di bandar Rikuzen-takata, yang teruk dilansa tsunami. Laporan BBC dan AP menyebut, pada hari kejadian, dia jatuh sakit dan hanya berada di rumah. Bagaiman...

(Video) Haiwan Ini Melahirkan Anak Dengan Kepala Ke Bawah

Imej
Haiwan Ini Melahirkan Anak Dengan Kepala Ke Bawah Geli pun ada bila tengok video ni!!!

Misteri Rumah Setan

Imej
Misteri Rumah Setan | Bangunan ini merupakan bangunan zaman dulu yang kelihatan menyeramkan, ditambah jika dilihat di malam hari. Bangunan ini merupakan bangunan lama yang terletak di di  Reiniersz-boulevard dibangun oleh Kidder J A. Middelkoop, Penguasa di Jawa Bahagian Timur di Surabaya antara tahun 18 (H) – 1810, selanjutnya dijual oleh pemiliknya kepada seorang doktor, wargakota Surabaya. Sejak zaman kolonial Belanda dahulu gedung itu memang sudah terkenal di kalangan masyarakat di kota Surabaya sebagai “rumah setan” atau “spookhuis”. Menurut ceritera “rumah setan” ini ada dua versi. Versi pertama mengatakan bahawa salah-seorang puteri dari salah-seorang pemilik rumah itu membunuh anak-tirinya, hingga roh dari anak yang dibunuh itu gentayangan di sana. Versi yang kedua mengatakan bahawa salah seorang dari pemilik gedung itu adalah seorang bekas budak dalam kapal, yang dipunggungnya ada cap bakarnya. Ia berpesan kepada keluarganya supaya bila ia meninggal, jenazahnya j...

Menarik Mengenai Adolf Hitler

Imej
Menarik Mengenai Adolf Hitler | Fakta -fakta menarik Mengenai Hitler. 1. Hitler adalah seorang yang sangat menjaga maruahnya, apabila beliau mandi,tidak boleh sesiapa pun melihat beliau mandi apatah lagi apabila beliau berbogel. Beliau juga tidak gemar memakai pewangi di badannya. 2. Dengan kod etika ketenteraan yang menebal dalam jiwa Hitler, Hitler tidak pernah menanggalkan kotnya di depan orang awam walau apa pun berlaku. 3. Pada 1923, Dr. Sedgwick iaitu Penasihat Akhbar kepada Hitler menasihatkan beliau untuk membuang gaya misai kontot. Hitler dengan nada selamba menjawab, “Jangan risau tentang misaiku ini,jika sekarang bukan trend fesyen, ia akan menyusul kemudian hari kerana disebabkan aku mengayakannya.” 4. Hitler adalah pemidato terbaik yang pernah dilahirkan di muka bumi. Setiap syarahan beliau akan memukau jutaan orang yang datang menyaksikannya. Tiada siapa dapat menandingi beliau pada masa itu termasuk pemimpin daripada negara-negara musuh. Hitler gemar menggu...

Kahwin Dua Wanita Dalam Satu Malam

Imej
Petani kahwini Dua Wanita Satu Malam. Apa Rahsianya? | SAMARRA, Iraq - Seorang petani berusia 22 tahun, Abdul Rahman Nayef al-Obeidi jatuh cinta dengan dua wanita. Namun, daripada memilih salah seorang gadis itu untuk dijadikan isteri, dia melangsungkan perkahwinan dengan mereka pada hari yang sama di sebuah kampung di tengah Iraq. Majlis perkahwinan Abdul Rahman dan dua wanita yang merupakan sepupunya, Intidhar, 17, dan Suad, 22, berlangsung pada 6 April lalu. Ia diadakan di rumah keluarga lelaki itu di kampung Al-Laqlaq, utara Tikrit. Majlis itu dihadiri oleh keluarga kedua-dua pengantin wanita, saudara-mara dan rakan-rakannya yang terkejut dengan perkahwinan tersebut. Abdul Rahman yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik berkata, dia memberitahu ibu bapanya tentang niat untuk berkahwin dengan dua sepupunya dalam satu malam. Ibu bapa lelaki itu bersetuju walaupun kebanyakan saudara-maranya menentang idea berkenaan. "Saya mengambil masa kurang sebulan un...

Nama - Nama Pelik Dalam Filem P.Ramlee

Imej
Nama - Nama Pelik Dalam Filem P.Ramlee | Ada banyak nama watak yang dicipta oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Tidak kurang juga yang kelakar, menarik dan pelik. Ada juga sekadar watak kecil dan hanya pernah disebut secara spontan di dalam dialog dan tidak pernah muncul dalam mana-mana babak filem. Namun, mendengar sahaja nama-nama pelik ini sudah cukup untuk membuatkan peminat-peminat P. Ramlee tersenyum sendiri: 1. SULEIMAN AKHLAKEN 2. HUSSAIN LEMPOYANG 3. MASHOOD AL-BUAYA 4. PAK MAT TEMPE 5. AMRAN AL-INTAN WAL-BELIAN 6. SADIQ SEGARAGA 7. ISMET ULAM RAJA (adik-beradik ULAM PEGAGA) 8. JAMAL PAK TONGKO 9. KASSIM PATALON 10. FATIMA HATEM THAI 11. BADAN & NYAWA 12. MAT TAHIR (anak PAK USIN NGOK NGEK KAKI UNTUT KEPALA KEMEK) Peminat setia P. Ramlee sudah pasti dapat meneka dengan tepat judul filem untuk setiap nama watak di atas.

Kucing Ini Penyeludup Licik

Imej
Kucing Ini Penyeludup Licik | BRAZIL – Tiada siapa pun menyangka bahawa seekor kucing di sebuah penjara di bandar Arapiraca rupa-rupanya penyeludup licik. Apa tidaknya, kucing itu rupa-rupanya menyeludup barangan kepada banduan. Bukan sahaja telefon bimbit dan bateri dibawa masuk, malah gerudi dan alat menggali terowong turut dilekatkan di badan binatang berkenaan. Pada mulanya, tiada siapa mengesyaki apa-apa apabila melihat kucing itu sering keluar masuk sel di penjara. Namun tidak lama selepas itu, barulah pegawai penjara mendapati ada yang tidak kena dengan binatang itu. Selepas diamati dari dekat barulah mereka melihat badannya dilekatkan dengan barang-barang tersebut. Menurut seorang pegawai penjara, Luiz de Oliveira Souza, kucing itu dipelihara oleh banduan di penjara dan kadang kala keluarga mereka membawa binatang tersebut pulang ke rumah selepas melawat banduan terbabit. “Kami amat terkejut dengan taktik baru banduan ini. Mereka berjaya melatih binatang itu ...

Lelaki Ajak Ayah Dan Saudara Jamah Anak Sendiri

Imej
Gambar Hiasan Lelaki Ajak Ayah Dan Saudara Jamah Anak Sendiri | Manusia kini semakin kejam dan tidak berperikemanusiaan! Mana mungkin ayah yang selama ini menjadi tempat bergantung telah sanggup mempergadaikan maruah anak sendiri. Di Ipoh, satu peristiwa menyayat hati telah berlaku kepada dua adik-beradik perempuan yang masing-masing berusia enam dan lapan tahun. Mereka dikhabarkan telah diperlakukan seperti hamba seks sejak beberapa tahun lalu. Lebih menyedihkan apabila bukan bapa saja yang terjebak dalam kejadian yang dilaknat Allah SWT ini, malah datuk, makcik dan pakcik turut berkelakuan sama! Menurut The Star, ibu dan bapa kanak-kanak itu telah bercerai. Jadi setiap kali ibunya mahu ke tempat kerja, dia akan meninggalkan anak-anaknya dengan saudara yang menetap di Taiping. Oleh yang demikian, bapa kepada dua kanak-kanak ini telah ‘menculik’ mereka ke rumahnya dengan mengikat mata mereka, memberi dadah dan ubat malah mengikat tangan tanpa belas kasihan. Lalu, mer...

Justin Bieber Beragama Islam Dan Bermazhab Hanafi

Imej
Justin Bieber Beragama Islam Dan Bermazhab Hanafi | Mesti ramai yang masih tidak tahu mengenai Justin Bieber dan menurut sebuah suratkhabar di Malaysia tidak payahlah diterangkan nama suratkhabar tersebut.Yang pasti anda yang telah membaca fakta Justin Bieber mesti tahu . Macam-macam fakta dah media massa sekarang.

Kenapa Badan Kita Merasa Gatal

Imej
Kenapa Badan Kita Merasa Gatal | Gatal seringkali membuat kita serba salah,bila digaru buat kulit melecet tapi didiamkan semakin mengganggu. Apakah penyebab badan kita boleh merasakan gatal? Dalam tubuh terdapat sel-sel saraf tertentu yakni dMrgprA3+ yang khusus mengesan rasa gatal. Jadi ketika badan digigit nyamuk, atau gatal kerana alergi dan sebagainya, sel saraf inilah yang akan mengirim pesan pada otak bahawa ada yang mengganggu jaringan kulit pada lokasi tubuh tertentu. Di mana letak saraf tersebut? Saraf gatal berada di dalam tulang belakang, dekat sumsum tulang belakang, dan hanya merespons lokasi di dalam kulit. "Itu menjelaskan mengapa orang merasa terdorong untuk menggaru kulit mereka, tetapi tidak merasakan gatal di organ internal," kata Xinzhong Dong kepada LiveScience. Dulu, para ahli sains mengatakan bahawa reseptor untuk rasa sakit dan gatal terkait. Namun, pasukan dari Johns Hopkins University menemukan bahwa  dMrgprA3+, khusus mengesan sensasi gata...