Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Gossip

Afiq Muiz Derhaka Kepada Ibu

Imej
Afiq Muiz Derhaka Kepada Ibu | Dikala semua orang sibuk menyambut Hari Ibu yang telah jatuh pada hari Ahad (12 Mei) lepas, tiba-tiba timbul cerita pelakon baru, Afiq Muiz didakwa telah menderhaka terhadap ibunya sendiri. Bukan khabar angin, malah kenyataan ini keluar sendiri dari mulut ibu Afiq menerusi temubualnya bersama mStar Online. Hasliza Mohd mendedahkan perkara ini selepas melihat sifat Afiq yang sudah berubah semenjak menjadi artis dan mempunyai kekasih. “Dia telah menderhaka terhadap ibunya dan bersikap baran terhadap adik-adiknya sedangkan sebelum ini Afiq cukup penyayang orangnya. “Tetapi sejak dia mempunyai kekasih kelakuannya tidak lagi seperti dulu.” Wanita yang berumur 48 tahun ini juga terkilan dengan sikap Afiq yang sudah melupakan bagaimana dirinya bersusah payah diawal pembabitan Afiq dalam dunia seni. “Afiq sudah berubah. Dia sudah lupa bagaimana saya menjual burger untuk membantu dia berjaya dalam dunia seni. “Ke hulu ke hilir saya bawa dia untuk di...

Rozita Che Wan Bakal Nikah Julai Nanti

Imej
Rozita Che Wan Bakal Nikah Julai Nanti | Akhirnya segala persoalan mengenai hubungan cinta Rozita Che Wan dan Zain Saidin akhirnya terjawab dengan jawapan yang mengesahkan lagi mereka akan berkahwin pada bulan tersebut. Ini adalah kata-kata dari mulut Rozita Che Wan "InsyaAllah kami akan bernikah, jika tiada sebarang halangan pada bulan berkenaan." Beliau juga memilih untuk tidak bertunang kerana menganggap ianya sebagai tidak penting. "Hubungan kami selama ini memang tiada masalah. Kami sudah lama mengenali satu sama lain dan dia juga rapat dengan anak dan ibu saya." Diharap hubungan mereka akan kekal hingga keakhir hayat.... Sumber

Aidil Zafuan Nafi Kahwin Julai Nanti

Imej
Aidil Zafuan Nafi Kahwin Julai Nanti | Susulan daripada laporan Isnin lalu yang mendakwa pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Aidil Zafuan bakal bercerai dengan pelakon jelita Rita Rudaini dan seterusnya ingin berkahwin bersama seorang wanita yang dikenali sebgai Zarema Zainal, pemain bola sepak ini telah tampil kehadapan bagi menjelaskan segala spekulasi tersebut. Menurut Aidil, dia sememangnya mengenali Zarema sejak bersama pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) lagi dan pada ketika itu abang Zarema merupakan pengurus pasukan untuk kumpulan tersebut. Dalam pada itu, Aidil turut mengaku bahawa dirinya sememangnya rapat dengan seluruh ahli keluarga Zarema, akan tetapi nafi ingin berkahwin dengan wanita tersebut Julai ini. “Saya mengaku mengenali Zarema. Tetapi bagaimana boleh timbul cerita kononnya kami akan berkahwin tak lama lagi? Memang kami berkawan, tetapi tidaklah sampai ke tahap mengenali hati budi. “Saya baik dengan Zarema disebabkan saya b...

Aksi Anuar Zain Cium Nora Danish Buat Penonton Histeria

Imej
Anuar Zain Cium Tangan Nora Danish | Berita panas dan tergempar hari ini ialah berkenaan tindakan penyanyi lagenda, Anuar Zain yang mencium jari-jemari Nora Danish ketika Konsert 3D beliau yang berlangsung semalam. Difahamkan, seramai 6,000 orang telah menghadiri Konsert 3D Anuar Zain di Stadium Putra, Bukit Jalil. Babak yang paling membuat peminat dan penonton histeria dengan persembahan Anuar Zain ialah ketika kemunculan artis comel, Nora Danish secara tiba-tiba.  Anuar Zain yang sedang menyanyikan lagu Ajari Aku bertindak menarik tangan Nora Danish sebelum menciumnya dengan lembut dan romantik.  Persoalannya, adakah mereka berdua memang sedang hangat bercinta?  Kalau bercinta, syukur alhamdulillah. Mazeer suka sangat kalau Abang Anuar dan Kak Nora Danish berpasangan dan pastinya, semasa menulis entri ni, Mazeer tak putus-putus menyanyi lagu "Sedetik Lebih" dalam hati. Jom tengok lagi tiga gambar Anuar Zain dengan romantiknya mencium tangan N...

Lagu Baru Shila Amzah Di Tuju Khas Buat Sharnaaz

Imej
Lagu 'Masih Aku Cinta' Di Tuju Buat Sharnaaz? | Selepas hubungan kedua-dua pasangan artis ini, Shila Amzah dan Shaarnaz Basir Ahmad dikatakan putus di tengah jalan, Shila terus memperkenalkan lagu terbaru yang merupakan ciptaannya sendiri yang berjudul ‘Masih Aku Cinta’. Shila menerusi laman Twitternya petang ini, memperdengarkan lagu terbarunya itu dan terus menerima respons positif daripada peminatnya. Lirik lagunya seakan-akan mengambarkan perasaan Shila pada ketika ini yang berhadapan dengan pelbagai kemelut konflik akibat daripada masalah percintaannya yang turut yang melibatkan bapanya, ND Lala. Jom hayati lirik dan melodi yang dicipta Shila yang besar kemungkinannya ditujukan buat Shaarnaz.

Almy Nadia Bersyukur Mampu Hadapi Dugaan

Imej
KUALA LUMPUR, 14 FEB 2013: Pelakon, Almy Nadia, 27, akui tidak tahu menahu mengenai pertunangan Fizz Fairuz dengan gadis bernama Azlyn Massiela dan hanya mengetahui perkara tersebut daripada pihak lain. Namun, Almy Nadia berkata, dia belum bersedia untuk memberi sebarang komen kepada pihak media mengenai pertunangan aktor tersebut kerana tidak mengetahui tindakan dan niat sebenar pelakon Hantu Kapcai itu. "Buat masa ini, saya tidak akan menjawab apa-apa mengenai Fizz Fairuz atau pertunangannya itu kerana ada pihak yang sedang memerhati kesalahan dan kenyataan yang saya keluarkan. "Jika media benar-benar mahu jawapannya, lebih baik cari Fizz dan tanyakan sendiri perkara ini kepada dia kerana saya sendiri tidak tahu niat sebenar Fizz berbuat demikian. Lagipun saya sendiri dapat tahu perkara ini daripada orang lain," katanya kepada  ketika dihubungi. Foto-foto pertunangan Fizz Fairuz sudah tersebar beberapa hari lalu selepas dia dikatakan telah pun be...

Video Nazmi Faiz Cium Kekasih Baru Tersebar

Imej
Video Nazmi Faiz Cium Kekasih Baru Tersebar | Belum pun berapa reda dengan kontroversi yang melibatkan bekas kekasihnya Tengku Fiella bersama Aidil Zafuan, kini tersebar pula video Nazmi Faiz bersama seorang gadis yang dikaitkan dengan kepulangannya ke Malaysia.  Nazmi telah kembali ke Malaysia dan dikatakan akan bermain untuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan bukan lagi dengan pasukan Portugal, S.C. Beira Mar. Nazmi ditemui keluar makan bersama gadis tersebut sekitar jam 1 petang, pada Sabtu lalu, 9 Febuari. Pasti ramai yang menyedari kehadiran Nazmi di restoran itu kerana dia seorang public figure. Namun tanpa menghiraukan banyak mata yang memandang, Nazmi dan pasangan dilihat tanpa segan silu bermesra dihadapan orang ramai. Besar kemungkinan gadis tersebut adalah kekasih baru Nazmi Faiz. Dibawah merupakan rakaman aksi mesra Nazmi bersama gadis tersebut di sebuah kedai makan. Video telah dikirim oleh seorang pembaca yang sempat merakamkan a...

Emma Maembong Nafikan Skandal Berparti

Imej
Emma Maembong Nafikan Skandal Berparti | Kalau sudah menginjak industri hiburan, tak sah lah kalau segala perbuatan atau pun sejarah tak dikorek peminat. Ada saja yang tak kena dimata mereka. Sejak awal pembabitan Emma Maembong lagi, sudah bersepah gosip-gosip yang tidak baik dan kisah-kisah yang memberikan impak negatif kepadanya. Terbaru, pelakon yang bakal menginjak umur 21 tahun ini telah menafikan tuduhan terhadap dirinya yang mengatakan dia telah kembali ke perangai lama. “Saya tidak terlibat dengan mana-mana parti. Gambar yang kononnya memperlihatkan saya sedang berseronok itu hanyalah gambar dengan peminat,” jelas Emma dipetik dari Utusan. Emma turut memberitahu bahawa dia terkejut dengan gosip yang tersebar itu dan menegaskan dia kini hanya sibuk dan fokus dengan kerjayanya. “Saya sebenarnya terkejut dengan kontroversi terbaru ini. Kalau diikutkan keadaan saya dalam gambar tersebut tidaklah begitu seksi. Saya memakai cardigan panjang, mana mungkin saya berparti beg...

(Panas) Gambar Neelofa Tanpa Baju

Imej
(Panas) Gambar Neelofa Tanpa Baju | Ketika ini di dalam beberapa blog kecoh mengenai gambar yang dikatakan iras pelakon dan pengacara Nona, Neelofa dikatakan telah bergambar tanpa seurat benang. Dari mana gambar berkenaan diperoleh pun tidak tahu kerana gambar itu tidak mempunyai apa-apa tulisan ataupun watermark pemilik asal gambar berkenaan. Yang ada hanyalah watermark blog yang memuat-naik gambar berkenaan. Jika dilihat, nampak seperti Neelofa sedang menjalani photoshoot. Sejauh mana kesahihan dia bergambar bogel tidak dapat pula dipastikan kerana rata-rata gambar berkenaan diambil sehingga paras dada saja. Malah jika diamati, takut pulak gambar ini sebenarnya bukan milik Neelofa. Ia berikutan terdapat beberapa komen yang mendakwa gambar itu adalah kepunyaan artis daripada Hong Kong. Mana tahu jangan-jangan pelanduk dua serupa tak? Entah.. Kita tunggu saja jawapan daripada aktres itu nanti.

Saya Bukan Lelaki GAY

Imej
Saya Bukan Lelaki GAY | KUALA LUMPUR – Pelakon lelaki yang semakin dikenali, Nazim Othman mengakui sedang bercinta dengan pelakon wanita, Bella Dally hampir menjangkau usia setahun. Pendedahan Nazim itu secara tidak langsung telah melenyapkan tanggapan sesetengah pihak mengatakan dia adalah seorang lelaki gay. Pun begitu, Nazim enggan mengulas lanjut dakwaan tersebut kerana tidak mahu mencemarkan status dan namanya dalam dunia seni tanah air. “Untuk soalan macam itu saya tak nak jawab sebab ia akan merosakkan label nama saya sendiri dan kalau boleh saya tak nak terus menjawab soalan macam itu,” kata Nazim. Bercerita mengenai hubungan cintanya dengan Bella, Nazim dilihat muncul di atas karpet merah bersama-sama dengan kekasih hatinya sewaktu berlangsungnya Anugerah Juara Lagu 2012 (AJL) semalam. Ramai yang mengagak hubungan mesra antara Nazim dan Bella lebih dari seorang sahabat. Justeru, Nazim mengambil peluang mengakui dia sedang dilamun cinta dengan Bella. Ya, meman...

Tak Ingin Dedahkan Teman Lelaki - Anzalna

Imej
Tak Ingin Dedahkan Teman Lelaki - Anzalna | KUALA LUMPUR – Pelakon, Anzalna Nasir mengakui yang dia terlalu mendedahkan teman lelakinya, Hanif Zaki kepada umum sehingga ada pihak yang kurang senang dengan tindakannya. Menerusi Mstar, Anzalna, 24, berkata walaupun cuba berlaku jujur tentang kisah hubungan percintaannya namun kini sudah tiba masanya untuk meletakkan had dalam perkara itu. “Sejujurnya memang saya sering ditemani kekasih kerana tidak mempunyai lesen memandu dan dia sering menghantar saya ke lokasi atau sesi fotografi. “Saya rasa macam terlalu terbuka pula mendedahkan teman lelaki pada khalayak apabila dia sering menemani saya,” katanya pada masjlis pelancaran produk Zarraz Paramedical, semalam. Tambahnya, kedua-dua pihak keluarga ada merancang untuk menyatukan mereka namun mereka tidak mahu tergesa-gesa kerana ingin membina kerjaya terlebih dulu. Tetapi, kata Anzalna, dia mensasarkan untuk menamatkan zaman solonya sebelum mencecah usia 26 tahun dan berharap i...

Jaafar Onn Cari Isteri Di Laman Sosial

Imej
Jaafar Onn Cari Isteri Di Laman Sosial | Nama Jaafar Onn sejak kebelakangan ini amat jarang kedengaran. Maklumlah dia pun agak low profile. Walaupun begitu, Jaafar Onn tidak hanya berdiam diri. Ada saja aktiviti yang dilakukannya. Antaranya menjadi pengacara dalam mengendalikan rancangan masakan ataupun menjadi pengacara majlis-majlis korporat. Perkembangan terbaru, menerusi Rotikaya ada melaporkan yang Jaafar Onn ingin menamatkan zaman duda selepas 20 tahun bercerai. Tetapi dia masih belum mempunyai calon yang sesuai. Jadi, Jaafar Onn telah melancarkan misinya untuk mencari calon isteri yang sesuai. Apa yang menariknya, dia menjadikan Facebook sebagai platform utamanya. Menurut Jaafar, setakat ini sudah hampir 1000 wanita menyatakan hasrat untuk mengenalinya dengan lebih lanjut. Jaafar Onn turut menyatakan yang beliau mencari seseorang yang bersikap lemah lembut dan pandai menjaga rumah tangga selain berusia sekitar 30-an. Kita doakan saja supaya Jaafar dapat men...

Hafiz Awan Nano Kena Tipu Janda Meletop

Imej
Hafiz Awan Nano Kena Tipu Janda Meletop | KUALA LUMPUR – Semalam menerusi ruangan gosip Murai Batu ada menyentuh perihal seorang janda meletop dari Kuantan, Pahang yang tergila-gilakan penyanyi popular, Hafiz Suip sehingga mengajaknya berkahwin. Nampaknya cerita berkenaan telah mendapat maklumbalas yang cukup hangat daripada peminat kepada penyanyi Awan Nano itu, hinggakan ada yang ingin tahu akan kesahihannya. Namun apa yang pasti dan segelintirnya pula sudah pun mengetahui bahawa ia hanyalah sebuah adegan tipu daya atau ‘prank’ yang dilakukan oleh produksi rancangan Kan Dah Kena kepada Hafiz Suip untuk melihat keupayaan penyanyi berkenaan berhadapan dengan situasi cemas tersebut. Malah, si janda meletop bernama Deeba yang dimaksudkan itu merupakan seorang pendatang baru dalam dunia lakonan yang ternyata masih menuntut di sebuah universiti tempatan dan masih lagi solo. Episod ke-5, Kan Dah Kena yang diacarakan Nabil Raja Lawak, Aril AF7 dan pelakon cilik Rykarl Iskandar...

Tidak Lupakan Asal Usul

Imej
Tidak Lupakan Asal Usul | PETALING JAYA: Penyanyi dan bekas peserta MasterChef Selebriti Malaysia, Soo Wincci berjanji akan mengutamakan para peminat tempatan walaupun sedang sibuk menyiapkan album sulung antarabangsanya di Taiwan. Soo Wincci, 27, berkata, dia sentiasa sedar tentang asal usulnya dan menjelaskan kejayaan yang dikecap hari ini adalah kerana sokongan para peminat di Malaysia. "Peluang yang saya terima untuk melebarkan sayap ke luar negara tidak akan berlaku jika kerjaya di negara sendiri tidak berkembang dan saya sentiasa menghargai semua peminat di sini kerana merekalah dorongan utama saya. "Atas sebab itu juga saya akan tetap mengutamakan negara sendiri kerana saya inilah tempat saya bermula dan bukannya di peringkat antarabangsa," jelasnya kepada mStar Online. Soo Wincci turut mencontohi sikap penyanyi Yuna yang tidak pernah melupakan peminat tempatan dan sering berulang alik dari Amerika Syarikat ke Kuala Lumpur untuk bertemu peminat. Dala...

Laman Twitter Bencikan Shila Amzah

Imej
Laman Twitter Bencikan Shila Amzah | Semakin naik kejayaan penyanyi wanita, Shila Amzah dalam industri muzik tanah air, semakin ramai yang tidak senang dengan kejayaan anak gadis ND Lala itu. Ada sahaja yang tidak kena ditujukan kepada Shila. Dari kisah dia bercinta dengan aktor Sharnaaz Ahmad, hinggalah dia memakai tudung dan dalam perjalanan mencipta nama menjadi artis antarabangsa, masih lagi ada pihak-pihak yang tidak puas hati dengan Shila. Terbaru, terdapat beberapa pihak yang membenci Shila telah menubuhkan akaun sosial Twitter dengan nama ‘Shila Gedik! @HATEshilaamzah’. Bermacam-macam ayat yang buruk dilemparkan kepada Shila. Apa-apa pun, semoga Shila akan terus tabah mengukir nama sebagai anak seni dan terus kuat untuk menempuh dugaan dalam industri muzik Malaysia. Ini kerana, lumrah untuk menjadi sebagai seorang artis, akan ada sahaja pihak-pihak tertentu yang cuba menjatuhkan kerjaya artis-artis yang ada. Astaghfirullah.

Zarina Anjoulie Bakal Di Pecat Dari SENIMAN - Zed Zaidi

Imej
Zarina Anjoulie Bakal Di Pecat Dari SENIMAN | Semenjak ditangkap oleh pihak berkuasa atas kesalahan memiliki dadah, nama pelakon dan model Zarina Anjoulie menjadi isu hangat dikalangan peminat-peminat hiburan tempatan. Oleh itu selaku Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi telah mngeluarkan kenyataan bahawa artis wanita tersebut berkemungkinan dipecat sebagai ahli Seniman sekiranya dia didapati bersalah dalam hal ini. “Kita tidak mahu artis yang terlibat dalam kontroversi menjejaskan nama baik artis lain.” “Dalam kes Zarina, buat sementara ini kita akan gantung keahliannya kerana mahkamah belum lagi membuat keputusan.” “Namun, sekiranya mahkamah mendapati dia bersalah, Seniman akan terus memecatnya sebagai ahli,” ujar Zed Zaidi. Mengulas lebih lanjut mengenai isu ini, Zed Zaidi turut memaklumkan bahwa mana-mana artis yang telah dipecat sebagai ahli Seniman, secara automatik akan turut dibuang daripada senarai Finas. “Secara automatik, nama artis yang sudah dipecat Senima...

Hafiz Awan Nano Di Paksa Kahwin Janda

Imej
Hafiz Awan Nano Di Paksa Kahwin Janda | KL, 3 JAN 2013: Adatlah apabila menjadi penyanyi popular. Ada saja yang mengaku bahawa dia merupakan kekasih kepada selebriti tersebut, walaupun dia sudah tahu bahawa penyanyi berkenaan sudahpun berpunya. Baru-baru ini Murai Batu difahamkan seorang wanita berstatus janda telah menyerang penyanyi Awan Nano, Hafiz Suip ketika artis muda berbakat besar itu sedang menunggu untuk sesi temubual bersama segmen Stailista untuk program Propaganza. Lebih huru-hara lagi apabila janda meletup berkenaan telah memujuk rayu Hafiz supaya memilihnya untuk menjadi teman hidupnya di hadapan beberapa krew yang berada di set lokasi penggambaran berkenaan. Terkejut bukan kepalang, Hafiz juga khabarnya telah dipaksa supaya menjadi pak sanggup kerana janda berkenaan rupa-rupanya sudah memiliki seorang anak lelaki hasil daripada hubungannya yang lalu. Murai Batu difahamkan, wanita berkenaan sanggup datang jauh dari Kuantan, Pahang semata-mata ingin bertemu Hafiz keran...

Justin Bieber Beragama Islam Dan Bermazhab Hanafi

Imej
Justin Bieber Beragama Islam Dan Bermazhab Hanafi | Mesti ramai yang masih tidak tahu mengenai Justin Bieber dan menurut sebuah suratkhabar di Malaysia tidak payahlah diterangkan nama suratkhabar tersebut.Yang pasti anda yang telah membaca fakta Justin Bieber mesti tahu . Macam-macam fakta dah media massa sekarang.

Nasha Aziz Dan Kekasih Di Konsert Tahun Baru

Imej
Nasha Aziz Dan Nur Iman Tang Di Konsert Tahun Baru | Lama kita tidak mendengar berita tentang Nasha Aziz & kisah cintanya — terbaru pelakon & model popular ini dilihat hadir bersama kekasih ke sebuah konsert sambutan tahun baru. Lensa kamera jurugambar amatur berjaya merakamkan aksi mesra Nasha Aziz & kekasih beliau yang di percayai adalah Nur Iman Tang yang pernah dikaitkan dengan selebriti ini tidak berapa lama dahulu. Kali terakhir Nasha Aziz membuka mulut tentang hubungan beliau dengan Nur Iman Tang adalah ketika membawa kekasihnya itu ke kota Mekah untuk mendekatkan diri dengan cara hidup masyarakat Islam. Dan, ada juga dengar dengar yang mereka bakal melangsungkan perkahwinan selepas pulang dari kota Mekah pada 2010 itu tetapi sehingga hari ini masih tiada khabar tentang rancangan mereka itu.

Popular Kerana Goyang Itik

Imej
Gadis Goyang Itik Zaskia | Nama Zaskia Shinta makin melambung di dunia hiburan bermaksiat setelah Goyang Itiknya berhasil mencuri banyak penikmat muzik di Indonesia. Tak hanya tampil secara langsung di sejumlah di tv, Zaskia juga dinanti banyak masyarakat di sejumlah daerah. Namun, kepopularan Zaskia Goyang Itik sempat terusik dengan salah satu goyangan milik duo Walang Sangit dengan goyang khasnya "Goyang Penguin". Zaskia dikatakan mengaku tiada masalah dengan munculnya sejumlah goyangan baru di dunia hiburan. "Aku tak pernah melihat persaingan di dunia hiburan, bagiku semua sama mencari rezeki di sini," ujar Zaskia. Zaskia mengaku tak pernah memikirkan job yang datang kepadanya saat banyak penyanyi baru bermunculan. Bagi penyanyi 22 tahun ini, Goyang Itik masih diminati ramai orang. "Silakan saja kalau ada ide dengan goyang ini atau itu, saya tetap eksis dengan 'Goyang Itik'. Dan alhamdulillah saya bisa sampai dikenal banyak orang," ujarny...