Laman Twitter Bencikan Shila Amzah



Laman Twitter Bencikan Shila Amzah | Semakin naik kejayaan penyanyi wanita, Shila Amzah dalam industri muzik tanah air, semakin ramai yang tidak senang dengan kejayaan anak gadis ND Lala itu.


Ada sahaja yang tidak kena ditujukan kepada Shila.

Dari kisah dia bercinta dengan aktor Sharnaaz Ahmad, hinggalah dia memakai tudung dan dalam perjalanan mencipta nama menjadi artis antarabangsa, masih lagi ada pihak-pihak yang tidak puas hati dengan Shila.

Terbaru, terdapat beberapa pihak yang membenci Shila telah menubuhkan akaun sosial Twitter dengan nama ‘Shila Gedik! @HATEshilaamzah’.

Bermacam-macam ayat yang buruk dilemparkan kepada Shila.

Apa-apa pun, semoga Shila akan terus tabah mengukir nama sebagai anak seni dan terus kuat untuk menempuh dugaan dalam industri muzik Malaysia.

Ini kerana, lumrah untuk menjadi sebagai seorang artis, akan ada sahaja pihak-pihak tertentu yang cuba menjatuhkan kerjaya artis-artis yang ada.

Astaghfirullah.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Botol Coca Cola Dulu Dan Sekarang

Misteri Penghuni Langit Dan Uwais Al-Qorni Di Zaman Rasulullah

10 Pekerjaan Paling Aneh Dan Buruk Dalam Dunia Moden