Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Artis

Erra Fazira Enggan Sebut Nama Ustaz Azhar Idrus

Imej
Sekarang tengah heboh orang bercerita mengenai pengacara dan juga pelakon terkenal Erra Fazira yang dikatakan enggan menyebut nama penceramah terkemuka negara, Ustaz Azhar Idrus semasa promo pencarian rancangan terbaru Astro Oasis iaitu Pencetus Ummah. Mungkin Erra terlupa untuk menyebut nama Ustaz Azhar, yelah kata pun rancangan bual bicara Primadona disiarkan secara langsung. Semasa rancangan ‘live’ apa pun boleh jadi, biar berapa banyak kali hafal skrip pun, kita mesti tak terlepas daripada melakukan kesilapan. Janganlah cepat menghukum Erra dengan mengatakan dirinya tidak mahu menyebut nama Ustaz Azhar kerana ustaz tersebut merupakan pro kepada parti Pas. Harap-harapnya minda orang kita ni lebih terbuka dan tidak sewenang-wenangnya menghukum orang lain tanpa sebarang usul periksa terlebih dahulu.

Shila Amzah Di Kritik Kerana Mencarut Di Instagram

Imej
Shila Amzah Di Kritik Kerana Mencarut Di Instagram | Penyanyi berbakat besar yang menempah nama di Tanah Besar China ini sekali lagi mencetuskan kontroversi di akaun Instagramnya. Shila Amzah, sebelum ini kecoh dengan foto baju senamannya yang ketatnya kali ini dikritik peminat-peminatnya apabila memuat naik ungkapan yang agak kasar di akaunnya. Mungkin kerana terlalu kecewa dengan fitnah yang dilemparkan ke atasnya serta masalah-masalah peribadinya yang lain, beliau telah memuat naik satu petikan yang dipercayai dikutip dari ruangan maya ini berbunyi: “IF SOMEONE HATES YOU FOR NO REASON, GIVE THAT MOTHERFUCKER A REASON” Kerana petikan tersebut, beberapa peminat berasa kurang selesa walaupun masih ada yang menyokongnya. Antara teguran yang diterima mengatakan ianya kurang sesuai perkataan yang dipilih berikutan penampilan serta imej seorang gadis Islam. Mungkin Shila Amzah perlu lakukan sesuatu yang lain sebelum meluahkan sesuatu, tak perlulah mencarut-carut keran...

Foto Sekitar Majlis Nikah Zahid AF Dan Sarah

Imej
Foto Sekitar Majlis Nikah Zahid AF Dan Sarah | Penyanyi dan penyampai radio ERA fm, Zahid AF atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin,33 selamat bergelar suami kepada Sarah Julifa Isa,25 apabila mereka diijabkabulkan dengan sekali lafaz. Zahid AF dan Sarah selamat di’nikahkan oleh jurunikah Tuan Haji Jaafar bin Haji Puteh di Masjid Daerah Sultan Idris Shah II, Teluk Intan sekitar jam 3.30 petang hari ini. Terdahulu Zahid AF memberikan kenyataan kepada mStar Online di mana beliau memilih Sarah sebagai teman hidup kerana wanita itu telah berjaya membuat hidupnya kini lebih teratur & ianya satu kualiti yang baik. “Saya seorang yang ringkas dan tidak terlalu memandang serius pada sesetengah perkara dan kehadiran Sarah telah banyak mengubah diri saya supaya lebih berdisiplin terutama dalam soal masa & pengurusan wang” Pasangan ini akan melangsungkan majlis resepsi pertama mereka esok manakala 15 Jun 2013 akan diadakan majlis sambut menantu di sebelah keluarga Zahid AF ...

Shila Amzah Di Kritik Kerana Foto Pergi Ke Gym

Imej
Shila Amzah Di Kritik Kerana Foto Pergi Ke Gym | Beberapa minit lalu, Shila Amzah telah memuat naik sekeping foto menerusi laman Instagramnya dengan caption berbunyi : Off to gym.. Bye :) #fitnessfreak Namun foto tersebut telah mengundang pelbagai perspektif negatif peminat terhadap Shila sehingga ada menghamburkan kata-kata lucah, dan ada juga yang menasihati penyanyi tersebut agar memadam foto berkenaan. Kritikan peminat terhadap Shila Atas nasihat serta pandangan orang ramai, akhirnya Shila memadam foto berkenaan dan memohon maaf kepada semua peminatnya dengan kata-kata berbunyi : Sorry, but I don’t need any part-time people in my life. Mungkin ini boleh dijadikan sebagai pengajaran buat Shila agar tidak mengulangi kesilapan yang sama dan berfikir dahulu sebelum memuat naik sebarang foto dilaman Instagramnya selepas ini. Berikut kami selitkan juga beberapa foto Shila Amzah sebelum pergi ke gym : via : oh!bulan

Parodi Gentlemen-PSY Oleh Chinaman

Imej
Parodi "Gentlemen-PSY" Oleh Chinaman | Anda dah pernah tengok klip video lagu baru PSY berjudul Gentleman? Takde la rugi mana pun kalau tak tengok kerana video itu telah menimbulkan pelbagai kontroversi dan didakwa menghina kaum wanita. Tapi baru-baru ni seseorang telah memuat naik video parodi Gentleman di laman YouTube. Video itu telah dirakam oleh Chinaman dan merupakan kolaborasi antara sekumpulan manusia kreatif dari Malaysia dan Singapura. Dari apa yang kami lihat, parodi ini ada menyelitkan unsur-unsur sarkastik mengenai sesuatu perkara yang sedang hangat diperkatakan selain daripada gerakan tarian yang agak kelakar kami rasa. Mereka gemar guna ayat ‘Alangkah susah’...Menyentuh soal tol di dalam parodi....Yang seolah-olah ingin menghentam kerajaan.. Sejujurnya kami tidak pasti apa objektif utama parodi ini dihasilkan tapi anggap sahajalah ianya merupakan salah satu bahan jenaka untuk bergelak tawa dengan rakan anda. Walaupun video arahan Dan Khoo ini...

Afiq Muiz Derhaka Kepada Ibu

Imej
Afiq Muiz Derhaka Kepada Ibu | Dikala semua orang sibuk menyambut Hari Ibu yang telah jatuh pada hari Ahad (12 Mei) lepas, tiba-tiba timbul cerita pelakon baru, Afiq Muiz didakwa telah menderhaka terhadap ibunya sendiri. Bukan khabar angin, malah kenyataan ini keluar sendiri dari mulut ibu Afiq menerusi temubualnya bersama mStar Online. Hasliza Mohd mendedahkan perkara ini selepas melihat sifat Afiq yang sudah berubah semenjak menjadi artis dan mempunyai kekasih. “Dia telah menderhaka terhadap ibunya dan bersikap baran terhadap adik-adiknya sedangkan sebelum ini Afiq cukup penyayang orangnya. “Tetapi sejak dia mempunyai kekasih kelakuannya tidak lagi seperti dulu.” Wanita yang berumur 48 tahun ini juga terkilan dengan sikap Afiq yang sudah melupakan bagaimana dirinya bersusah payah diawal pembabitan Afiq dalam dunia seni. “Afiq sudah berubah. Dia sudah lupa bagaimana saya menjual burger untuk membantu dia berjaya dalam dunia seni. “Ke hulu ke hilir saya bawa dia untuk di...

Wajah Artis Malaysia Tanpa Make-up

Imej
Wajah Artis Malaysia Tanpa Make-up | Kalau dah nama pun artis, penampilan yang cantik dan menarik sememangnya penting.Tapi bagaimana pulak kalau artis tu tak mengenakan make-up?Adakah sama dengan wajah yang muncul di kaca tv ataupun majalah?Jom kita terjah.... 1. Nora Danish 2. Lisa Surihani 3. Nur Fazura 4. Siti Nurhaliza 5. Emma Maembong 6. Neelofa 7. Umie Aida 8. Siti Saleha 9. Liyana Jasmay 10. Scha Al-Yahya via : Blog Mazeer

Bobo Kini Bergelar Artis Di Bawah Naungan MIG

Imej
Bobo Kini Bergelar Artis Di Bawah Naungan MIG | Bobo yang terkenal dengan video parody Sayang kini menjadi artis naungan MIG. Tahniah Bobo!! rezeki ko kali ini. Bukan senang nak jadi artis David Teo. Beribu-ribu orang buat video parody dekat youtube, engkau juga yang jadi pilihan si David Teo. Good luck Bobo! Mencurah-curahlah rezeki lepas ni. Mungkin akan ada 'Bobo The Movie'. Siapa tahu kan? via : PAK CEK BIOLA

Yuna Lancar Album Sulung Di Amerika

Imej
Yuna Lancar Album Sulung Di Amerika | Yuna sekali lagi membuat peminatnya di Malaysia berbangga kerana telah berjaya melancarkan EP sulungnya yang berjudul Sixth Street di Indie Pop Studios, Los Angeles petang semalam. Seiring dengan pelancaran itu, Yuna telah membuat persembahan selama 30 minit dalam showcase maya dan menyanyikan kesemua lagu ciptaannya dalam album yang diterbitkan oleh Verve Music Group, iaitu I Wanna Go, Right Again, Young, Let Love Come Through dan Musician. Lebih menarik lagi, Yuna tampil bersama penyanyi rap, Kyle ketika mendendangkan lagu Let Love Come Through. Dia juga membuat keputusan memilih lagu I Wanna Go sebagai single pertama album berkenaan. Melalui temubual yang dilaporkan oleh Berita Harian, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai mengakui berdebar menantikan sambutan peminat terhadap album sulungnya itu. Di samping itu, bagi peminat Yuna di Malaysia yang ingin mendapatkan album Sixth Street, anda boleh membelinya secara online at...

Gambar Hot Azharina Di Kelab Malam

Imej
Gambar Hot Azharina Di Kelab Malam | Jika sebelum ini cerita mengenai Azharina Azhar panas kerana didakwa menjadi isteri ketiga kepada Datuk Syukri Mohd, 55, yang berasal dari Kelantan, namun selepas bercerai... cerita mengenai penyanyi ini agak sunyi. Apakah yang dilakukan oleh Azharina sekarang? Mungkin agaknya gambar-gambar yang tidak diketahui tarikhnya ini mampu menjawab sedikit persoalan yang timbul. Pelantun lagu Elegi Sepi itu dilihat sedang bersosial bersama teman-temannya disebuah kelab malam dengan pakain yang agak seksi. Sumber

Rozita Che Wan Bakal Nikah Julai Nanti

Imej
Rozita Che Wan Bakal Nikah Julai Nanti | Akhirnya segala persoalan mengenai hubungan cinta Rozita Che Wan dan Zain Saidin akhirnya terjawab dengan jawapan yang mengesahkan lagi mereka akan berkahwin pada bulan tersebut. Ini adalah kata-kata dari mulut Rozita Che Wan "InsyaAllah kami akan bernikah, jika tiada sebarang halangan pada bulan berkenaan." Beliau juga memilih untuk tidak bertunang kerana menganggap ianya sebagai tidak penting. "Hubungan kami selama ini memang tiada masalah. Kami sudah lama mengenali satu sama lain dan dia juga rapat dengan anak dan ibu saya." Diharap hubungan mereka akan kekal hingga keakhir hayat.... Sumber

Isu Ketiak Neelofa Hangat Di Debatkan

Imej
Isu Hangat Ketiak Neelofa | Salah satu gambar yang hangat didebatkan dalam Instagram Neelofa adalah gambar beliau sedang disolek oleh seorang makeup artis lelaki untuk satu sesi photoshot.Sesi bergambar berkenaan dipercayai adalah untuk pakaian pengantin berdasar hastag yang ditulis oleh beliau. Sudut gambar tersebut diambil pula menampakkan pelipat lengan Neelofa dan bukanlah ketiak beliau.Dari situ, maka gambar tersebut dihujani dengan pelbagai komen dari peminatnya, ada yang ketawa, ada yang mengutuk dan ada juga yang cuba memberi kesedaran.Macam-macam la.... Sumber

Aksi Panas Anak Pelakon Kacukan

Imej
Aksi Panas Anak Pelakon Kacukan | Gambar-gambar di bawah ini dipercayai adalah gambar anak kepada seorang pelakon kacukan yang popular sekitar tahun 90-an. Bermacam-macam aksi panas yang ditunjukkan oleh gadis yang berusia 17 tahun ini antaranya merokok dan bergambar mesra dengan seorang lelaki dengan hanya berbikini. Hmmm, apalah komen mak dan ayahnya selepas melihat gambar sosial anak mereka sudah tersebar di kebanyakan laman-laman blog? Diharapkan artis itu dapat menasihati anaknya kerana dia mungkin masih muda dan tengah mahu merasa dan mencuba semua keseronokan yang bersifat sementara.. Sumber

Fizz Fairuz Buat Laporan Polis

Imej
Buat Laporan Polis Untuk Lindungi Diri - Fizz Fairuz | Kuala Lumpur: Pelakon sensasi, Mohd Fairus Zainal Abidin, 34 atau Fizz Fairuz yang dikaitkan kes putus tunang bersama isteri orang, Azlyn Massiela Mohd Nazar, 26, membuat laporan di Balai Polis Damansara, Petaling Jaya, Rabu lalu dan mendakwa tidak pernah mengetahui wanita itu sudah bernikah. Laporan jam 1.43 petang itu dibuat sendiri pelakon terbabit yang bertujuan melindunginya selain tidak bertanggungjawab ke atas Azlyn sekiranya sesuatu terjadi selepas dia memutuskan hubungan dengan wanita berkenaan. Sumber polis berkata, laporan berkenaan difahamkan berkait kontroversi menimpa aktor terbabit tiga hari lalu sejurus pelakon filem Nur Kasih The Movie itu menerusi akhbar dilaporkan bertunang dengan isteri orang. “Fizz menyatakan pernah berhubung dan berkawan dengan wanita itu namun dalam tempoh perhubungan, dia tidak tahu Azlyn bersuami. “Namun, selepas mengetahui hal itu baru-baru ini (hujung minggu lalu), pelakon i...

Lana Nordin Akui Muat Naik Gambar Sendiri

Imej
Lana Nordin Akui Muat Naik Gambar Di Laman Instagram | KUALA LUMPUR – Baru-baru ini, beberapa keping foto pelakon, Lana Nordin, 34 kelihatan mesra bersama kekasihnya, Parvel Michalec, 24, sewaktu bercuti di Bali, Indonesia telah tersebar di sebuah laman sesawang dan blog. Foto-foto itu kelihatan seperti hanya mereka berdua sahaja bercuti dan seolah-oleh seperti berbulan madu ketika menyambut Hari Kekasih pada tanggal 14 Februari lalu. Bagi mendapat kepastian mengenai foto-foto tersebut, portal murai.com.my telah bertanyakan sendiri mengenai percutiannya itu. Ternyata Lana menafikan bahawa hanya dia berdua dia dengan kekasihnya yang berasal daripada Republik Czech itu saja yang bercuti di Pulau Bali baru-baru ini. Sebaliknya, dia turut bercuti bersama rakan-rakannya yang lain. “Sebenarnya foto itu mereka ambil daripada laman Instagram yang saya muat naik sendiri. Tiada apa yang perlu diselindung dalam foto itu kerana ia kelihatan kami seperti bercuti sahaja. “Malah, saya b...

Aidil Zafuan Nafi Kahwin Julai Nanti

Imej
Aidil Zafuan Nafi Kahwin Julai Nanti | Susulan daripada laporan Isnin lalu yang mendakwa pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Aidil Zafuan bakal bercerai dengan pelakon jelita Rita Rudaini dan seterusnya ingin berkahwin bersama seorang wanita yang dikenali sebgai Zarema Zainal, pemain bola sepak ini telah tampil kehadapan bagi menjelaskan segala spekulasi tersebut. Menurut Aidil, dia sememangnya mengenali Zarema sejak bersama pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) lagi dan pada ketika itu abang Zarema merupakan pengurus pasukan untuk kumpulan tersebut. Dalam pada itu, Aidil turut mengaku bahawa dirinya sememangnya rapat dengan seluruh ahli keluarga Zarema, akan tetapi nafi ingin berkahwin dengan wanita tersebut Julai ini. “Saya mengaku mengenali Zarema. Tetapi bagaimana boleh timbul cerita kononnya kami akan berkahwin tak lama lagi? Memang kami berkawan, tetapi tidaklah sampai ke tahap mengenali hati budi. “Saya baik dengan Zarema disebabkan saya b...

Suami Azlyn Massiela Tampil Beri Penjelasan

Imej
Wanita Itu Isteri Kedua Saya | Bukan setakat kami, malah semua peminat diseluruh negara sudah mula keliru dengan kenyataan-kenyataan yang diberikan. Dari pertunangan yang hanya sempat bertahan beberapa hari, kemudian timbul isu mengatakan Azlyn Massiela sudah berkahwin. Hari ini, bekas tunang Fizz itu memberitahu bahawa dia tidak pernah berkahwin. Namun, belum sempat berita ini diketahui umum, muncul satu lagi kenyataan dari seorang lelaki bernama Ramli (bukan nama sebenar) yang mengaku Azlyn sememangnya adalah isterinya. Ya, isteri kedua. “Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua). Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya.” – Ramli dipetik dari Berita Harian. Ramli yang juga merupakan seorang usahawan ini memberitahu bahawa isterinya ‘sakit’ dan kesunyian adalah punca isterinya itu melaku...

Kes Cerai Jeslina Hashim Terpaksa Ditangguh

Imej
Kes Cerai Jeslina Hashim Terpaksa Ditangguh | Pagi ini di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur berlangsung sebutan pertama kes penceraian antara penyanyi Jeslina Hashim & suami, Dion Andrew Vercoe. Pasangan ini di’khabarkan telah tidak duduk sebumbung sejak lapan bulan yang lalu & ketika ini dua orang anak hasil perkahwinan mereka berada di’bawah jagaan suami. Namun hasrat pasangan ini untuk bercerai terpaksa di’tangguh kerana Dion Andrew Vercoe tidak di’benarkan melafazkan talak kerana Jeslin Hashim dalam keadaan tidak suci. Selain itu, isu tuntutan hak jagaan anak dan tuntutan mutaah juga menjadi sebab mahkamah bakal menetapkan tarikh baru untuk sebutan kes penceraian Jeslina Hashim & Dion Andrew. Jeslina Hashim yang di’temui wartawan selepas sebutan pertama hari ini berkata punca penceraian mereka tidak boleh di’dedahkan kepada umum kerana ianya bersifat peribadi.-Roti Kaya