Pelancaran Saluran Khas Youtube Sempena Ramadhan Dan Raya
Pelancaran Saluran Khas Youtube Sempena Ramadhan Dan Raya | Nampaknya semakin dekat menjelang bulan Ramadhan dan Syawal, makin banyak pula program TV dan laman sosial yang muncul untuk menepati citarasa orang ramai di bulan mulia ini. Terkini, laman YouTube juga tidak ketinggalan untuk melancarkan saluran khas yang menayangkan pelbagai program istimewa menerusi perkongsian video. Saluran yang ditaja oleh Nestle itu menjadi satu destinasi untuk rakyat Malaysia menikmati kandungan bersiri kegemaran mereka dan menerokai video-video baru. Bagi menjadikannya sebuah realiti, pencipta kandungan tempatan seperti Animonsta Studios, Astro, Homegrown Productions, Trymasak dan Suria Records menyumbangkan kandungan melalui lapan saluran YouTube yang terdiri daripada hiburan, masakan, animasi, muzik dan drama dengan 280 buah video unik. Menurut Pengurus Negara Google Malaysia, Sajith Sivanandan, saluran istimewa ini memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia untuk mengakses kandungan ber...