Jeslina Hashim Di Khabarkan Akan Bercerai Esok


Jeslina Hashim Akan bercerai Esok | Nampaknya sudah lama pelakon dan penyanyi, Jeslina Hashim menyepikan diri dalam industri hiburan tempatan.
Penyanyi yang pernah terkenal menerusi lagu ‘Ku Intai Cinta Dalam Rahsia’ ini difahamkan bakal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pagi esok bagi mengikuti perbicaraan kes cerainya bersama pasangan, Dion Rais Vercoe.

Menurut peguam yang mewakili kedua-dua pasangn ini iaitu Muhammad Hafiz Abd Rashid, Jeslina dan Dion telah bersetuju untuk menjalani proses perceraian dan esok merupakan proses perbicaraan pertama buat mereka.

Untuk makluman, Jeslina Hashim atau nama sebenarnya Nor Jeslina Hashim bt Khairuddin Mohd Hashim, 35 sebelum ini pernah berkahwin dengan jejaka yang berasal dari New Zealand iaitu Dion Rais Vercoe.

Pasangan ini telah bernikah pada April 2005 di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.

Hasil perkahwinan selama 8 tahun pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata.-Ohbulan.com



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Botol Coca Cola Dulu Dan Sekarang

Misteri Penghuni Langit Dan Uwais Al-Qorni Di Zaman Rasulullah

10 Pekerjaan Paling Aneh Dan Buruk Dalam Dunia Moden