Dracula Pemusnah Umat Islam
Siapa Sebanarnya Dracula | Kisah hidup Dracula merupakan salah satu contoh sejarah yang begitu nyata dimanipulasikan oleh Barat. Kalau filem Rambo merupakan satu fantasi yang kemudian dianggap seolah-olah wujud oleh Barat, tetapi Dracula sebaliknya, iaitu watak atau fakta yang dijadikan fantasi. Diadaptasi daripada novel karya Bram Stoker yang berjudul Dracula, kemudian entiti Dracula ini mulai difilemkan, bertajuk Dracula’s Daughter (1936), Son of Dracula (1943), Hoorof of Dracula (1958), Nosferatu (1922) yang dibikin semula pada tahun 1979 dan filem-filem Dracula yang lain yang dihasilkan dalam bentuk yang lebih moden seperti Twilight. Dalam buku berjudul “Dracula, Pemusnah Umat Islam Dalam Perang Salib” karya Hyphatia Cneajna, watak Dracula sebenarnya merupakan pembesar Wallachia , berketurunan Vlad Dracul. Dalam karya Hyphatia tersebut, kisah Dracula tidak boleh diceritakan selepas tamatnya Perang Salib. Dracula dilahirkan ketika peperangan antara Kerajaan Turki Ut...