Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ilmiah

Kehidupan Sebelum Nabi Adam Diturunkan

Imej
Kehidupan Sebelum Nabi Adam Diturunkan | Jika pembaca antara salah seorang yang percaya kewujudan Dinosaur, pembaca juga adalah salah seorang antara jutaan manusia yang percaya wujudnya hidupan sebelum Nabi Allah, Adam as. Kemungkinan ramai antara pembaca semua tidak sedar akan hakikat ini bukan?. Persetujuan daripada ahli arkeologi menyatakan bahawa tamadun pertama yang wujud di muka bumi adalah tamadun Mesopotamia iaitu sekitar 4000BC. Jika sekarang kita berada di tahun 2010, ini bermakna tamadun Mesopotamia adalah berusia : 4000BC+2010AD=6010 tahun Dan ia juga bermakna, Tamadun Mesopotamia telah mencapai usia 60 abad. Manakala, agama pertama di dunia yang di rekodkan iaitu agama Hindu telah dibentuk seawal 3000BC iaitu ketika permulaan tamadun Indus di India. Disebabkan agama Hindu terlampau awal dibentuk, sehingga kini tidak diketahui siapakah sebenarnya pengasas agama Hindu ini. Agama Hindu yang terdapat pada hari ini tidaklah sama dengan agama Hindu yang pada mula-mula...

Rahsia Pembinaan Piramid Terbongkar

Imej
Rahsia Pembinaan Piramid Terbongkar | Sekian lama para saintis kebingungan tentang penjelasan bagaimana cara sebuah piramid yang menjadi antara binaan ajaib dunia dibina. Hal ini kerana teknologi bagi mengangkat batu-batuan besar mencapai ribuan kilogram ke puncak-puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini? Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid! Menurut kajian tersebut disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah tanah liat yang dipanaskan hingga membentuk batu keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya. Al-Quran Ternyata Lebih Dulu Punya Jawapan Jika difahami lebih dalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan hal ini 1400 tahun sebelem mereka mendedahkannya, perhatikan sebuah ayat dalam Al Quran yang berikut: وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إ...

Teori Darwin Dan Pandangan Islam Tentangnya

Imej
Evolusi Manusia Menurut Teori Darwin Teori Darwin Dan Pandangan Islam Tentangnya | Teori yang paling popular diperkatakan asal-usul kejadian manusia ialah Teori Evolusi Darwin. Teori ini diasaskan oleh seorang pakar biologi dari England yang bernama Charles Robert Darwin. Beliau menegaskan dalam teori beliau segala benda yang hidup termasuk manusia dan haiwan lain berasal dari keturunan yang sama. Beliau berpendapat keturunan yang awal ini kemudiannya berubah dari satu tahap kepada satu tahap yang lain demi menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran yang sering berubah. Hasil dari perubahan-perubahan yang mengambil masa bertahun-tahun begitu berlaku maka lahirlah makhluk yang digelar manusia. Beliau mengutarakan pendapatnya dalam buku hasil karyanya yang betajuk The Origin of Species by Means of Natural Selection pada tahun 1859. Begitulah pandangan beliau. Pada pendapat saya jika hal yang demikian benar-benar berlaku, maka kita pasti akan bertemu dengan makhluk-makhluk p...

Misteri Penghuni Langit Dan Uwais Al-Qorni Di Zaman Rasulullah

Imej
Misteri "Anunnaki" (Alien) Di Zaman Kehidupan Rasulullah SAW | Rasulullah SAW pernah membayangkan, tentang kewujudan seorang manusia "Penghuni Langit", yang dinamakan Uways(Uwais) Al Qorni. Rasulullah SAW bersabda :“Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qorni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah tapak tangannya.” Sesudah itu beliau, memandang kepada Ali bin Abi Thalib r.a. dan Umar bin Khattab r.a. lalu bersabda : “Suatu saat apabila kalian bertemu dengannya,mintalah doa dan istighfarnya, kerana dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi” Uwais adalah seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah,panjang hingga kebahu,dengan kulitnya kemerah-merahan. Pemuda dari Yaman ini tidak mempunyai sanak saudara kecuali ibunya yang telah tua dan menderita sakit lumpuh.Untuk menyara kehidupannya sehari-hari,Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. Majoriti ulama berpendapat, istilah “Penghuni Langit” yang disandang oleh Uwai...

Kaitan Antara Teori Fizik Hawking Dan Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW

Imej
TEORI FIZIK HAWKING MENGUNGKAP PERJALANAN ISRA' NABI MUHAMMAD SAW | Salah satu mukjizat Nabi Muhammad SAW adalah diperjalankan baginda oleh Allah SWT melalui peristiwa Isra’ Mi’raj. Banyak yang cuba mengungkapkan peristiwa tersebut secara ilmiah, salah satunya melalui Teori Fizik paling mutahir, yang dikemukakan oleh Dr. Stephen Hawking. Teori Lubang Cacing Tokoh besar di dunia ilmu fizik yang pertama adalah Isaac Newton (1642-1727) dengan bukunya : Philosophia Naturalis Principia Mathematica, menerangkan tentang konsep Daya dalam Hukum Graviti dan Hukum Pergerakan. Kemudian dilanjutkan oleh Albert Einstein (1879-1955) dengan Teori Relativitinya yang terbahagi atas Relativiti Khas (1905) dan Relativiti Umum (1907). Dan yang terakhir adalah Stephen William Hawking, CH, CBE, FRS (lahir di Oxford, United Kingdom, 8 Januari 1942), beliau dikenali sebagai ahli fizik yang teoritis. Dr. Stephen Hawking dikenali atas sumbangannya di bidang fizik kuantum, terutama sekali kerana...

Minum Arak Punca Segala Kejahatan

Imej
Minum Arak Punca Segala Kejahatan | Dosa manakah, minum minuman yang memabukkan, berzina atau membunuh. Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Usman bin Affan r.a. seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy. Dalam Khalifah khutbah Ustman r.a. itu mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap minuman khamr atau arak. Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa. “Dulu hidup seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid, lanjut khutbah Khalifah Usman. Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang wanita cantik.Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut saja ketika disuruh memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan. Pertama minum khamr, kedua berzina dan ketiga membunuh. Mengira minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu lalu memilih minum khamr.Tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu malah dia melanggar dua ke...

Sejarah Valentine's Day Dan Hukum Bila Menyambutnya

Imej
Hukum Menyambut Hari Valentine's Day Dan Sejarahnya | Seperti yang kita tahu, Hari Kekasih atau lebih dikenali sebagai Valentine Day disambut oleh orang bukan Islam pada 14 Februari setiap tahun. Tapi sedarkah kita masih ramai Umat Islam di dunia ini masih turut bersama-sama menyambut Hari Kekasih (Valentine Day)? Sedarkah kita bahawa menyambut hari kekasih itu HARAM? Kenapa? Jom kita baca kupasan yang telah diambil dari sumber yang boleh dipercayai. Sama-sama kita renungkan, muhasabah diri dan mencegah Umat Islam yang lain menyambut Valentine Day. Sebelum itu mari kita baca kisah peristiwa dan sejarah berkenaan Hari Kekasih ini supaya akal dan otak kita lebih terbuka untuk menerima kenyataan. PERTAMA Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol pada 14 Februari 1492. St. Valentino merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan tersebut, St. Valentino dianggap sebag...

Menarik Tentang Janggut

Imej
Menarik Tentang Janggut | Janggut selalunya tumbuh di bahagian dagu dan pipi.Tahukah anda bahawa menyimpan janggut ini sunnah Rasulullah s.a.w yang sangat di tuntut kepada kaum Adam? Rasulullah bersabda,mafhumnya: "Hendaklah kamu membezakan diri daripada kaum musyrik,pendekkan misai yang melitupi bibir dan simpanlah janggut sampai lebat." (Riwayat Muslim) FAKTA MENARIK TENTANG JANGGUT. ✔ Janggut lelaki mengandungi hormon testosterone yang amat diperlukan untuk kesuburan wanita. ✔ Janggut boleh melindungi kelenjar sebum di bahagian muka daripada terkena acne vulgaris bacteria. Oleh sebab itu, ia dapat melindungi seseorang daripada jerawat. ✔ Menghangatkan kawasan muka dan melindungi dagu daripada bahaya. ✔ Lebih panjang dan tebal janggut seseorang itu, sepatutnya dia akan menjadi seorang yang lebih bijak. ✔ Menghindarkan daripada mendapat penyakit tekak dan gusi. ✔ Mengelak daripada mendapat kebanyakan penyakit yang berkaitan dengan sisterm pernafasan seper...

Selamatkah Melakukan Seks Ketika Isteri Hamil

Imej
Selamatkah Melakukan Seks Ketika Isteri Hamil | Ramai beranggapan seks ketika hamil boleh membahayakan bayi dalam kandungan, sebenarnya kehamilan bukannya penghalang bagi pasangan suami isteri untuk tidak melakukan hubungan seks. Malahan hubungan seks semasa hamil secara tidak langsung ketika aktiviti seks tersebut dapat memberi nutrisi pada pertumbuhan ibu dan bayi. Kebanyakkan wanita mengandung ataupun suami, takut untuk melakukan hubungan seks berikutan bimbang akan berlakunya kontraksi yang tidak diingini, kontraksi ni maksudnya perut isteri akan mengeras dan berasa agak sakit sedikit seperti tanda ingin bersalin. Apabila kehamilan itu hanya boleh dihasilkan melalui hubungan seksual, mustahil selepas berjaya hamil pasangan suami isteri tidak boleh melakukan persetubuhan, kecuali dalam keadaan tertentu apabila ia disahkan doktor boleh memudaratkan ibu dan bayi dalam kandungan. Hubungan intim tak jejas kehamilan Tiada sebab hubungan intim itu boleh menjejaskan kehamilan,...

Tips Mempamerkan Kasih Sayang Pada Anak

Imej
Tips Mempamerkan Kasih Sayang Pada Anak Sentuhan Sentuhan sederhana pada kepala, bahu atau belakang ketika bercakap dengan mereka. Kadang kala, sifat ego ibu bapa menghalang sentuhan di dalam sesetengah keadaan khususnya terhadap anak remaja. Sedangkan kesan sentuhan terhadap anak remaja adalah lebih ketara berbanding kanak-kanak yang lebih muda usianya. Berbual Berbual dengan mereka mengenai perkara yang mereka minati. Luangkan sedikit masa anda bersama untuk berbual mengenai kecenderungan dan minat mereka. Tawarkan bantuan dan tunjukkan sokongan sekiranya minat dan kecenderungan mereka tersebut merupakan sesuatu yang memberi manfaat buat mereka serta tidak bercanggah dengan ajaran agama. Ungkapan Zahirkan kasih sayang melalui ungkapan. Anda boleh memberitahu mereka bahawa anda mengasihi mereka. Mungkin juga sebuah ungkapan berbunyi – “Umi sayang pada Farid, Farid sayang umi tak?” Ungkapan seperti ini mesti disesuaikan dengan situasi yang tenang dan jauh daripada kebis...

Solat Tanpa Memakai Songkok/Kopiah

Imej
Solat Tanpa Memakai Songkok/Kopiah | Setiap kali sembahyang Jumaat atau sembahyang berjemaah,sering kita melihat lelaki yang sembahyang tanpa menutup kepala.Apakah hukum jika kita tidak menutup kepala ketika menghadap Allah yanag Maha Esa?Ini adalah pandangan dari beberapa sudut. 1. DARI SUDUT AKIDAH , tidak wajar kita menyamakan Allah dengan manusia. Contoh kita kata, “kalau nak jumpa Agong pun kita pakai smart ikut protokol, inikan pula jumpa Allah!” Ingat Allah tidak sama sekali sama dengan makhluk. Allah tidak berkira macam kita, Allah tidak hebohkan keburukan macam kita, Allah menilai kehambaan kita berbanding manusia yang hanya menilai zahir dsb. 2. DARI SUDUT FIQH , tidak kita jumpa pun syarat sah solat mesti menutup kepala. Yang penting kita sempurnakan tiga belas rukun, penuhi syarat sah solat dan jauhi perkara yang boleh membatalkan solat. 3. DARI SUDUT TASAUF , setelah kita tuluskan ibadah kerana Allah, setelah kita sempurnakan dari sudut fiqh tadi, maka amalan h...

Pengertian Sebenar Maulidur Rasul

Imej
PENGERTIAN SEBENAR MAULIDUR RASUL | Maulidur Rasul ialah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang kebiasaannya disambut pada setiap 12 Rabiulawal dengan mengadakan berbagai acara sambutan seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ Allah SWT berfirman: “Tidaklah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam.”    (Surah al-Anbia, ayat 107). Imam Syafie Rahimahullah berkata: “Sesiapa mengumpulkan orang Islam untuk menyambut Maulid Nabi Muhammad SAW dengan membaca maulid dan mengadakan syarahan berkenaannya serta menyediakan makanan bagi mereka dan membuat lain-lain kebajikan, nescaya Allah akan membangkitkan mereka pada hari akhirat bersama dengan wali, orang mati syah...