Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Jenayah

Remaja Dipenjara Kerana Cuba Letupkan Kilang Vodka Kalimah Allah

Imej
Remaja Dipenjara Kerana Cuba Letupkan Kilang Vodka Kalimah Allah | Mempunyai cara yang unik bagi mempromosikan sesuatu produk mungkin mampu menarik minat pembeli sekiranya ia bersesuaian dengan produk yang dijual..Tetapi, apabila menggunakan perkataan "Allah" dalam mempromosikan vodka (sejenis minuman keras), ia mungkin kelihatan amat melampau dan mendorong kemarahan umat Islam yang lain seperti yang berlaku di Kazakhstan. AQTOBE, Kazakhstan - Sebuah mahkamah yang terletak di sebuah bandar di barat laut Aqtobe, Kazakhstan telah menghukum 3 orang lelaki muda dengan menyabitkan mereka dengan kesalahan cubaan merancang untuk meletupkan kilang minuman keras tempatan yang dikatakan "menghina Islam". Ketiga-tiga mereka telah dijatuhkan hukuman penjara selama 3 ke 5 tahun bermula Selasa lalu. Pada tahun lepas, pengarah kilang minuman keras berkenaan terpaksa meminta maaf kerana mencetak slogan "Kuasa Allah cukup untuk semua" dalam bahasa Arab pada penutu...

AWAS!!Taktik Terbaru Rompakan Di Stesen MInyak

Imej
Taktik Terbaru Penjenayah Di Stesen Minyak | Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wani...

Budak 13 Tahun Di Tahan Kerana Merogol

Imej
Budak 13 Tahun Di Tahan Kerana Merogol | PADANG BESAR : Baru berusia 13 tahun,tetapi seorang budak lelaki sudah berani merogol seorang budak perempuan berusia lapan tahun yang juga jirannya dalam sebuah tandas dewan orang ramai disini, Selasa lalu.Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu,budak lelaki berkenaan yang tinggal berdekatan rumah mangsa di Kampung Tersusun Padang Besar,disini,memanggil budak perempuan itu datang ke kawasan dewan berkenaan,kononnya ada urusan. Gambar Hiasan Budak lelaki itu kemudian membawa kanak-kanak perempuan malang itu ke dalam sebuah tandas di situ sebelum merogolnya.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis,Superintendan Nashir Ya berkata,"mangsa yang takut selepas kejadian itu,pulang ke rumahnya dengan tergesa-gesa sebelum memberitahu kakaknya yang berada di rumah sebelum membuat laporan poils di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar,kelmarin"katanya. Menurutnya,kakak mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) P...

Tragedi Valentine's Day Di Berjaya Times Square

Imej
Maut Jatuh Dari Tingkat Tinggi Berjaya Times Square |  Sebentar tadi telah berlaku kejadian menyayat hati di mana seorang wanita ditemui mati di lobi pusat beli belah Berjaya Times Square (berhampiran lif bertanda U Mobile) pada tengah hari tadi ( 14 Februari 2013 ) dalam keadaan yang mengerikan dimana kepalanya pecah dan berlumuran darah. Menurut rakan kami, wanita tersebut dikatakan terjatuh dari tingkat tinggi ( yang tak dapat dipastikan tingkat berapa – menurut sumber dari tingkat enam (6) bangunan pusat beli belah tersebut. Masih belum dapat dipastikan samada wanita tersebut membunuh diri atau dibunuh atau terbunuh. Gambar ini kami dapat dari seorang rakan yang kebetulan berada di sana.  Sumber

Dinoda Kerana Tolak Cinta Peminat

Imej
Gara-gara menolak cinta peminat, seorang penyanyi dangdut dari seberang dirogol secara bergilir-gilir“Mangsa diperkosa oleh peminatnya, Edi atau Coki dan empat rakannya selepas dia diberi minuman keras,” kata jurucakap Polis Tangerang, Shinto Silitonga, semalam. Menurutnya, Edi, 19, yang berasal dari Teluk Naga ditahan,kelmarin bersama-sama dua rakannya sementara dua lagi masih diburu.Shinto berkata, selepas disoal siasat, Edi mengaku merogol mangsa kerana mahu membalas dendam setelah penyanyi dangdut itu menolak cintanya. “Dia terpikat kepada penyanyi itu selepas mereka bertemu 25 Disember lalu. Marah kerana cintanya tidak dilayan, Edi merancang merogolnya. Dia dan rakan sekampung memerangkap mangsa dengan mengajaknya bersiar-siar sebelum memaksanya minum minuman keras lalu memperkosa mangsa pada 24 Januari lalu,” kata Shinto.

Di Penjara Kerana Rogol Anak Tiri 7 Tahun

Imej
Di Penjara Kerana Rogol Anak Tiri Umur 7 Tahun | SUNGAI PETANI – Seorang bapa berusia 44 tahun dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan di Mahkamah Seksyen 3 Sungai Petani kerana mengaku bersalah merogol anak tirinya berusia tujuh tahun sembilan bulan dalam kejadian 21 Januari lalu. Perbuatan dilakukan bapa kepada lima anak itu terjadi di dalam sebuah kedai bunga di Baling lebih kurang jam 6.30 petang hari kejadian. Dia didakwa di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang dari lapan tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan. Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Syazwani Syed Hussin memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal kepada tertuduh memandangkan perbuatan tersebut salah di sisi undang-undang dan agama. Sharifah Syazwani dalam hujahnya berkata, perbuatan tertuduh tidak berperikemanusiaan, selain mahu memberi pengajaran kepada masyarakat. Tertuduh yang diwakili peguam, Siti Haslina Hasbull...

Kesan Koyak Pada Kemaluan Remaja Hilang 5 Hari

Imej
Kesan Koyak Pada Kemaluan Remaja Hilang 5 Hari | KLANG – Polis mengesahkan terdapat kesan koyak pada kemaluan remaja perempuan yang menghilangkan diri bersama adiknya selama lima hari sebelum ditemui selamat di Taman Sentosa, kelmarin. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, kesan koyak itu disahkan doktor Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini yang melakukan pemeriksaan kesihatan selepas dua beradik itu dijumpai. “Kita percaya ada aktiviti seksual antara remaja itu dengan teman lelakinya sejak dia dilaporkan hilang oleh ahli keluarga. “Kesan koyak itu dipercayai berlaku lebih 72 jam. Adiknya pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, semalam. Mohamad berkata, polis kemudiannya menahan teman lelakinya, warga asing berusia 23 tahun untuk membantu siasatan. Katanya, siasatan mendapati, kali terakhir dua beradik itu dilihat menaiki sebuah teksi berhampiran kawa...

Selebriti Dituduh Rogol Kekasih Ditahan Reman

Imej
Teka-Teki Siapa Selebriti Program Realiti Yang Dituduh Merogol Kekasih |Anggota polis mengiringi suspek selepas prosiding mendapatkan perintah reman di Mahkamah Sesyen Ampang Jaya semalam. Sehingga hari ini, para peminat dunia hiburan masih berteka teki akan identiti selebriti yang didakwa merogol teman wanita sendiri sehingga tertangkap oleh pihak polis selepas menerima aduan. Menerusi satu laporan Kosmo! hari ini, akhbar tersebut ada menyiarkan sekeping gambar yang mungkin boleh membantu anda semua yang ingin mengenalpasti penyanyi muda ini. Perkembangan terbaru menyebut pihak polis telah mendapatkan perintah mahkamah untuk menahan reman juara program realiti TV ini selama dua hari untuk membantu siasatan. Artis lelaki berusia lingkungan 25 tahun itu pernah menjuarai sebuah program hiburan realiti popular sekitar 2010 anjuran sebuah stesen TV. “Kita telah mengambil keterangan daripada mangsa berusia lingkungan 20-an selepas menerima laporan tersebut” “Soal siasat akan...

Di Perkosa Pada Malam Pertama

Imej
Di Perkosa Pada Malam Pertama | Seorang pengantin perempuan telah diperkosa oleh seorang lelaki selepas majlis makan malam perkahwinannya. Lebih malang lagi, suaminya sendiri telah mengambil gambar aksi rogol tersebut, lapor Nanyang Siang Pau. Foto-foto itu kemudiannya dimuat naik ke internet dan tersebar. Pelbagai cercaan dilemparkan terhadap suaminya, ada yang menggelarnya sebagai ‘binatang’ malah ada yang mahu memburu dan membunuhnya. Menurut laporan tersebut, pengantin perempuan tersebut mabuk setelah selesai majlis makan malam perkahwinan mereka. Beliau kemudiaanya berjalan menuju ke bilik tidur mereka dan kemudian bertemu dengan seorang lelaki dan suaminya di situ. Lelaki itu kemudian bertindak memperkosa pengantin perempuan berkenaan, dan suami merangkap si pengantin lelaki yang sepatutnya menghalang kejadian tersebut pula mengambil gambar adegan isterinya diperkosa.

Kejadian Tembak Menembak Di Hadapan Imperial Mall Miri

Imej
Kejadian tembak-menembak berlaku dihadapan Imperial Mall Miri dalam lingkungan 12.40 tengahari ( 30/1/2013 ). MIRI: Seorang anggota polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan amaran terhadap empat individu termasuk seorang wanita sedang mengandung apabila cuba melarikan diri selepas melanggar kereta seorang lelaki di Jalan North Yu Seng, di sini, semalam. Kejadian jam 1 petang itu berlaku apabila suspek yang menaiki kereta Proton Waja dikatakan ingin meloloskan diri daripada ditahan selepas menyedari kenderaan mereka diekori polis dari arah belakang ketika melalui jalan berkenaan. Menurut sumber, meskipun polis sudah melepaskan tiga das tembakan namun suspek terbabit terus memecut keretanya menyebabkan polis terpaksa mengejar mereka sehingga ke Jalan Krokop, di sini, sebelum meninggalkan kereta di tepi jalan. Bagaimanapun katanya, tiga daripada suspek terbabit berjaya melepaskan diri, manakala suspek wanita berusia lewat 20-an dipercayai tidak sempat melarikan diri berjaya ...

Hidup Mewah Dengan Melacur

Imej
Hidup Mewah Dengan Melacur | KUALA LUMPUR - Memiliki kerjaya dan mampu menyara hidup dengan pendapatan bulanan ternyata tidak memadai bagi sesetengah wanita tempatan yang sanggup menjadi pelacur kelas atasan demi kemewahan. Mengetepikan aspek moral dan agama, mereka ini bekerja secara sambilan dan hanya melayan pelangggan apabila ada masa terluang, namun apabila diberkas, ada yang mendakwa terperangkap dengan jerat sindiket. Hakikatnya, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan, sindiket itu tidak memaksa wanita terbabit memperdagangkan diri, tetapi hanya mempelawa dengan jaminan upah lumayan. Mereka bergerak menerusi orang tengah atau 'ibu ayam' atau 'mami' yang akan mencari pelanggan untuk wanita terbabit. Ada mami ini sebenarnya rakan kepada wanita berkenaan, katanya kepada Bernama di sini. "Ada wanita yang sudah biasa dengan aktivitinya ini selalunya akan memaklumkan sendiri kepada ...

Muka - Muka Suspek Belasah Polis

Imej
Muka - Muka Suspek Belasah Polis | Memang muka-muka lanun dan pecah rumah. Gambar OKT yang diburu pihak Polis setelah melarikan diri ketika dalam perjalanan dari penjara Pualau Pinang ke Mahkamah Butterworth pada 07/01/2013. Dalam kejadian pukul 9 pagi di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth itu SEMALAM, empat anggota polis terbabit turut ditolak keluar daripada van di tepi lebuh raya berkenaan. Van itu dijumpai ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor dekat sini, kira-kira 20 kilometer dari tempat kejadian iaitu di Tol Bagan Ajam berhampiran Pantai Bersih, katanya kepada pemberita selepas melawat anggota polis yang cedera terbabit di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Lelaki Ajak Ayah Dan Saudara Jamah Anak Sendiri

Imej
Gambar Hiasan Lelaki Ajak Ayah Dan Saudara Jamah Anak Sendiri | Manusia kini semakin kejam dan tidak berperikemanusiaan! Mana mungkin ayah yang selama ini menjadi tempat bergantung telah sanggup mempergadaikan maruah anak sendiri. Di Ipoh, satu peristiwa menyayat hati telah berlaku kepada dua adik-beradik perempuan yang masing-masing berusia enam dan lapan tahun. Mereka dikhabarkan telah diperlakukan seperti hamba seks sejak beberapa tahun lalu. Lebih menyedihkan apabila bukan bapa saja yang terjebak dalam kejadian yang dilaknat Allah SWT ini, malah datuk, makcik dan pakcik turut berkelakuan sama! Menurut The Star, ibu dan bapa kanak-kanak itu telah bercerai. Jadi setiap kali ibunya mahu ke tempat kerja, dia akan meninggalkan anak-anaknya dengan saudara yang menetap di Taiping. Oleh yang demikian, bapa kepada dua kanak-kanak ini telah ‘menculik’ mereka ke rumahnya dengan mengikat mata mereka, memberi dadah dan ubat malah mengikat tangan tanpa belas kasihan. Lalu, mer...

Kerat Kemaluan Anak Lelaki Kerana Inginkan Anak Perempuan

Imej
Jiangsu – Gara-gara terlalu inginkan anak perempuan, seorang ibu muda sanggup bertindak kejam dengan memotong alat sulit bayi lelakinya yang berusia lima bulan. Xiao Meng, 23, kini dihukum penjara lima tahun. Menurut kertas pertuduhan di mahkamah, pada bulan Ogos tahun lalu, ibu mertuanya yang terdengar suara bayi berkenaan menangis, telah terkejut selepas mendapati alat sulit cucunya itu dipotong oleh menantunya dengan menggunakan gunting. Bayi tersebut kemudiannya dihantar ke hospital dengan segera. Menurut doktor, bayi itu selamat dan boleh membuang air kecil secara normal selepas rawatan dijalankan di Shanghai. Namun doktor memaklumkan adalah mustahil baginya untuk memberikan zuriat apabila dewasa kelak. Sementara itu, di mahkamah, Xiao Meng mengaku telah membeli gunting dan memotong kemaluan anaknya itu hanya kerana dia ingin memiliki anak perempuan. . Dalam pada itu, suaminya, Zhan berkata, sejak bayi lelaki mereka, Yaya dilahirkan, Xiao Meng sering bercakap seoran...

Remaja 13 Tahun Mengaku Cabul Kehormatan

Imej
Remaja 13 Tahun Mengaku Cabul Kehormatan | Menerusi akhbar Sinar, seorang remaja berusia 13 tahun yang sebelum ini didakwa cuba merogol wanita hari ini mengaku bersalah mencabul kehormatan seorang wanita di dalam tandas sebuah stesen minyak, Isnin lalu. Tertuduh tersebut telah membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Ida Rahayu Syarif pada prosiding yang dijalankan di dalam kamar majistret di sini, semalam. Remaja tersebut didapati dengan sengaja dan berniat mencabul kehormatan seorang wanita berusia 28 tahun itu dengan memeluk, mencium pipi kanan dan meraba buah dada. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam tandas wanita Stesen Minyak Shell, Jalan Munsyi Abdullah, dekat sini, kira-kira jam 2.45 petang pada 31 Disember 2012. Remaja berkenaan yang hadir ke mahkamah dengan ditemani penjaganya dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan. ...

Pakej Pecah Dara Rm 5000

Imej
Pakej Pecah Dara Rm 5000 | KAJANG: Tidak cukup dengan memanipulasi wanita warga asing dengan menjadikan mereka pelacur, satu sindiket pelacuran di bandar ini bertindak lebih berani apabila dengan bangga mempromosikan pelacur yang mereka dakwa masih dara. Dengan caj dikenakan RM5,000, pelanggan yang melanggan ‘pelacur dara’ itu turut diberi kebebasan membawanya ke mana saja selama tiga hari. Sindiket itu yang beroperasi di tingkat satu sebuah hotel di sini menawarkan pelacur dari Vietnam yang berusia 17 sehingga 21 tahun. Aktiviti tidak bermoral sindiket itu terbongkar hasil penyamaran wartawan Harian Metro selepas mendapat maklumat orang awam. Seperti biasa, sindiket itu berselindung di sebalik perniagaan spa dan refleksologi, namun ada ruangan berasingan disediakan untuk kegiatan pelacuran. Seorang bapa ayam yang dikenali sebagai Wong berkata, ‘pakej pecah dara’ itu ditawarkan pihaknya selepas kebanyakan pelanggan menyatakan bosan melanggan pelacur sama dan mahukan teman...

Senarai 10 Wanita Paling Kejam

Imej
Senarai 10 Wanita Paling Kejam | Senarai 10 wanita paling kejam dalam sejarah dunia. 1. Elizabeth Bathory Born: 1560; Died: 1614 Countess Elizabeth Bathory dianggap pembunuh paling terkenal bersiri dalam sejarah Hungary / Slovakia. Khabar angin telah sebar selama bertahun-tahun tentang hilang gadis petani; menawarkan kerja di istana, mereka tidak pernah dilihat lagi. Salah satu khabar angin ini sampai ke telinga Raja Mathias II, yang menghantar pihak lelaki kepada Csejthe Istana besar-besaran. Pihak pengintip mendapati seorang gadis mati dan satu nazak,ditemui lagi cedera dan lain-lain dikunci. Digambarkan kekejaman, yang dikutip dari keterangan saksi, termasuk; dipukul teruk dalam tempoh masa yang panjang, penggunaan jarum, pembakaran atau pencacatan tangan, ada juga muka dan kemaluan, menggigit pipi, tangan dan lain-lain bahagian badan, dan kebuluran mangsa. Jumlah mangsa dianggap dalam beratus-ratus orang yang berlaku dalam tempoh 25 tahun. Disebabkan status sosial dia tid...

Jenis-Jenis Senjata Peperangan Zaman Dahulu

Imej
Jenis-Jenis Senjata Peperangan Zaman Dahulu | Pelbagai senjata lama yang berbahaya digunakan dalam peperangan zaman dahulu. 1- Blunderbuss Blunderbuss Blunderbuss merupakan bentuk awal senapang patah, menggunakan serbuk dan menembak. Senjata itu muncung dimuatkan peluru dan muncung dibakar sebelum menembak.Senjata yang telah digunakan oleh tentera pelbagai negara yang berasal dari Eropah.  Blunderbuss  dalam teori, boleh dimuatkan dengan apa-apa jenis serpihan,batu-batu kecil atau sisa logam boleh digunakan untuk menembak. Biasanya digunakan oleh tentera zaman Napoleon sekitar tahun 1800-an dan juga digunakan oleh lanun-lanun Eropah. Mangsa akan terburai perut bila terkena peluru yang merebak di merata-rata tempat dan mangsa sekurang-kurangnya 2-3 orang terkorban jika mereka berkumpulan. 2- Bardiche Bardiche  Senjata ini terletak di suatu tempat antara polearm dan kapak (keluarga senjata dikenali sebagai poleaxes), yang terdiri daripada tia...

Jenis-Jenis Dadah Dan Kesannya Pada Manusia

Imej
Entri ini dibuat bukanlah untuk mengajar para pembaca mencuba jenis-jenis dadah yang dinyatakan tetapi adalah lebih kepada memberi informasi kepada semua tentang bahaya dadah kepada kesihatan. Jenis-Jenis Dadah Dan Kesannya Pada Manusia | Apakah itu Dadah?Dadah atau " drug " adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita. Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan. Dadah dan Anda! Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse...