Selebriti Dituduh Rogol Kekasih Ditahan Reman



Teka-Teki Siapa Selebriti Program Realiti Yang Dituduh Merogol Kekasih |Anggota polis mengiringi suspek selepas prosiding mendapatkan perintah reman di Mahkamah Sesyen Ampang Jaya semalam.

Sehingga hari ini, para peminat dunia hiburan masih berteka teki akan identiti selebriti yang didakwa merogol teman wanita sendiri sehingga tertangkap oleh pihak polis selepas menerima aduan.

Menerusi satu laporan Kosmo! hari ini, akhbar tersebut ada menyiarkan sekeping gambar yang mungkin boleh membantu anda semua yang ingin mengenalpasti penyanyi muda ini.

Perkembangan terbaru menyebut pihak polis telah mendapatkan perintah mahkamah untuk menahan reman juara program realiti TV ini selama dua hari untuk membantu siasatan.

Artis lelaki berusia lingkungan 25 tahun itu pernah menjuarai sebuah program hiburan realiti popular sekitar 2010 anjuran sebuah stesen TV.

“Kita telah mengambil keterangan daripada mangsa berusia lingkungan 20-an selepas menerima laporan tersebut”

“Soal siasat akan dilakukan terhadap teman lelakinya itu bagi membolehkan kita mendakwanya jika terdapat bukti yang mencukupi,” ujar Ketua Polis Daerah Ampang Jaya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Botol Coca Cola Dulu Dan Sekarang

Misteri Penghuni Langit Dan Uwais Al-Qorni Di Zaman Rasulullah

10 Pekerjaan Paling Aneh Dan Buruk Dalam Dunia Moden