Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pendidikan

Senarai 10 Jenis Coklat Paling Mahal Di Dunia

Imej
Senarai 10 Jenis Coklat Paling Mahal Di Dunia | Jikalau faktor kewangan bukan halangan bagi kita,tentu kita mampu untuk membeli 10 senarai coklat paling mahal didunia ini.Jom kita lihat.... 10.The Aficionado’s Collection of Chocolates The Aficionado’s Collection of Chocolates Bar coklat ini menjadi kegembiraan setiap penggemar rokok cerut. Ia dicipta oleh House of Grauer. Coklat ini datang dalam pelbagai perisa, seperti susu,madu lebah, kayu manis atau hazelnut panggang. Setiap bar dibungkus dalam daun cerut, berat lebih kurang setengah pound dan kos $ 275 (743.134 MYR) 9.Michel Cluizel Chocolate Michel Cluizel Chocolate Dari pembuat coklat Perancis Michel Cluizel datang coklat kesembilan paling mahal di dunia. Pengeluar terkenal ini dikenali dengan garis bar pelbagai rasa dan berbeza istimewa mereka. Ini pek hadiah paling mahal datang dengan 400 keping coklat buatan tangan dibungkus dalam pakej reka bentuk yang besar. Bahan-bahan yang datang dari sepuluh la...

Tips Dan Petua Untuk Berhenti Merokok

Imej
Tips Dan Petua Untuk Berhenti Merokok | Fakta-Fakta Penting yang Perlu diketahui : 1. Merokok merbahaya tidak kira sama ada anda sendiri yang merokok atau menyedut asap rokok daripada perokok lain. 2. Kajian menunjukkan bahawa jika anda berhenti merokok dalam tempoh 3 hingga 5 tahun, ia mampu mengurangkan risiko mendapat kanser mulut sebanyak 50%. 3. Jika anda berhenti merokok melebihi 10 tahun, tiada risiko mendapat kanser mulut. 4. Bila tabiat merokok ini dihentikan, keadaan penyakit gusi (periodontium) juga akan bertambah baik atau pulih. Apa Keburukan Merokok? Merokok boleh mendatangkan pelbagai masalah gigi.Antaranya ialah : Gigi berkarat (staining). Nafas berbau (halitosis). Penyakit gusi (periodontium). Kanser mulut. Kanser paru-paru. Tekanan darah tinggi. Strok. Penyakit jantung. Mati pucuk. Perhatian : Walaupun penggunaan bahan kumuran dan ubat gigi mungkin berkesan menanggalkan karat gigi dan menyegarkan bau nafas perokok, ianya tidak boleh menyembu...

5 Rahsia Bilik Hotel Yang Harus Kita Ambil Tahu

Imej
5 Rahsia Bilik Hotel Yang Harus Kita  Ambil Tahu | Setiap orang mempunyai pengalaman  tersendiri apabila menginap di sesebuah hotel. Ada yang pernah menginap di hotel 3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Di sini kami ingin berkongsi tentang rahsia bilik hotel yang kita sendiri tidak tahu. Namun begitu, jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kita boleh membuat pilihan sendiri. Jom baca di bawah ini. Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu. Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi ha...

Ketahui Rahsia Pada Cap Jari

Imej
Ketahui Rahsia Pada Cap Jari |  Untuk pengetahuan semua cap jari kita bukan hanya digunakan sebagai pengenalan diri sahaja, malah ianya juga boleh digunakan untuk mengenal personaliti dan potensi diri seseorang individu tertentu. Dengan teknologi yang baru, pelbagai alat yang boleh digunakan untuk manusia salah satunya ialah penganalisis cap jari. Berikut adalah sedikit petikan daripada akhbar tempatan. Ini hasil teknologi analisis imbasan cap jari yang boleh menyerlahkan bakat semula jadi insani hasil bawaan genetik. Malah cap jari itu disifatkan pakar umpama berlian yang hanya menanti masa untuk dicanai bagi merungkai rahsia diri seseorang. Jika bakat adalah kemampuan diwarisi dalam diri seseorang yang dibawa sejak lahir dan berkaitan struktur otak, analisis cap jari adalah sistem mengenali potensi genetik seseorang berdasarkan sains dermatoglifik – ilmu yang mempelajari pola cap jari termasuk hujung luar derma kulit jari, telapak tangan dan tapak kaki yang sudah wujud...

AWAS!!Taktik Terbaru Rompakan Di Stesen MInyak

Imej
Taktik Terbaru Penjenayah Di Stesen Minyak | Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wani...

Fakta Menarik Kad Pengenalan Malaysia (MYKAD)

Imej
Fakta Menarik Kad Pengenalan Malaysia (MYKAD) | Nombor kad pengenalan: Sejak 1990, setiap warganegara Malaysia diberikan satu set nombor 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan.  Kumpulan digit pertama (TTBBHH) merupakan tarikh lahir pemilik KP. Kumpulan kedua (NN) pula merupakan kod negeri lahir, iaitu 01-13 untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia. Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99.  Namun begitu apabila seseorang anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka. Kumpulan nombor terakhir (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.  Sebagai pembezaan di antara pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor terakhir dalam siri nombor k...

Senarai 7 Jutawan Muda Teknologi Maklumat

Imej
Muda, berbakat dan kaya raya. Dunia teknologi sering melahirkan orang-orang semacam itu. Contoh yang paling ketara adalah Mark Zuckerberg. Di usia baru 27 tahun, pemuda tercicir dari Harvard University itu menikmati limpahan harta berkat jejaring sosial yang digagasnya, iaitu Facebook. Siapa lagi antara jutawan muda yang maju di bidang teknologi?  Berikut adalah di antaranya : 1. Mark Zuckerberg Pada tahun 2004, Mark Zuckerberg telah menubuhkan pelopor kepada Facebook. Begitu serius dia menggarapnya sehingga rela keluar dari Harvard University, salah satu universiti paling terkemuka di dunia. Kerja kerasnya tidak sia-sia. Kini Facebook adalah jejaring sosial terbesar di dunia dengan sekitar 850 juta pengguna. Zuckerberg dikatakan memiliki kekayaan sekitar USD 17.5 billion yang membuatnya menjadi CEO muda terkaya. 2. Andrew Mason Andrew Mason adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Groupon, sebuah syarikat terkenal yang menawarkan kupon dis...

Sindrom Lidah Berbulu Menurut Istilah Perubatan Pergigian

Imej
Sindrom Lidah Berbulu Menurut Istilah Perubatan Pergigian | Sindrom lidah berbulu (Hairy Tongue Syndrome) atau lingua villosa nigra adalah suatu keadaan dimana ada pertumbuhan papila filiform (bagian menonjol pada selaput yang berlendir di bahagian atas lidah) berlebih pada permukaan dorsal lidah. Lidah berbulu adalah salah satu istilah yang tidak tepat dalam dunia kedoktoran gigi.Lidah berbulu tidak benar-benar menyifatkan adanya bulu atau rambut pada lidah. Permukaan lidah yang sihat adalah nampak lembut. Papila yang tumbuh biasanya hilang dalam jangka waktu yang teratur. Namun, kadang-kadang papila ini cenderung tumbuh tapi tidak mau menghilang, dan muncul membentuk alur pada permukaan lidah.Alur ini sering menimbulkan tanda akibat terdapat bakteria atau kegiatan lain yang membuat warna lidah menjadi hitam. Namun, lidah berbulu juga dapat muncul dalam beberapa warna iaitu coklat, putih, hijau, merah muda, atau salah satu dari berbagai corak bergantung pada etiologi s...

10 Alat Permainan Yang Di Haramkan Penjualannya

Imej
10 Alat Permainan Yang Di Haramkan Penjualannya | Kalau terjumpa benda ni dekat mana - mana,jangan belikan untuk anak anda,Ianya telah pun di haramkan. 10. Fisher-Price Power Wheels Motorcycle Ramai kanak2 patah kaki, tangan dan terseliuh akibat jatuh dari motosikal ini kerana kelajuannya. Fisher-Price Power Wheels Motorcycle 9. Aqua  Dots  Bahaya kerana: manik manik kecil yg berwarna warni membuatkan kanak2 cuba memasukkannya ke dalam mulut. Terdapat bahan kimia yg kuat dan menyebabkan sesak nafas & sawan dengan hanya menjilat manik tersebut. Diharamkan pada tahun 2007. Aqua  Dots  8.Sky Dancers Flying Dolls  Anak patung keras yg direka khas utk terbang tidak mempunya kawalan. Boleh terbang ke mana mana arah hala tuju dengan kelajuan yg luar biasa sekaligus menyebabkan kecederaan. 150 rekod kecedaraan termasuk buta, patah gigi & luka pada muka dan seluruh badan. Hampir 9 juta unit ditarik balik oleh pengeluar Galoob Toys pad...

Bahaya Mandi Wap Kepada Lelaki

Imej
TAHUKAH ANDA: Bahaya Mandi Wap Melampau Seorang pakar kesuburan lelaki mendakwa, mandi wap yang menjadi kegilaan golongan itu di bandar-bandar besar selepas bersenam di gimnasium boleh melemahkan fungsi sel sperma yang terkandung dalam testis (buah zakar) mereka Lebih menggerunkan, statistik perubatan membuktikan kira-kira 40% masalah tidak boleh hamil yang dihadapi oleh wanita yang berkahwin berlaku akibat ketidaksuburan kaum lelaki. Mandi wap yang memerlukan kepanasan wap antara 60°C hingga 100°C menyebabkan tubuh seseorang terdedah pada suhu yang terlalu tinggi. "Suhu badan normal bagi setiap individu adalah sekitar 37°C manakala suhu testis pula adalah sekitar 35°C dan 36°Celcius". "Sebenarnya suhu panas sauna bukan sahaja mengganggu malah mencacatkan proses penghasilan sel sperma bagi kaum lelaki". "Orang ramai perlu faham bahawa bagi mengelakkan testis berkongsi suhu yang sama dengan tubuh, tidak hairanlah ia terletak di bahagian luar tubu...

Menarik Mengenai Adolf Hitler

Imej
Menarik Mengenai Adolf Hitler | Fakta -fakta menarik Mengenai Hitler. 1. Hitler adalah seorang yang sangat menjaga maruahnya, apabila beliau mandi,tidak boleh sesiapa pun melihat beliau mandi apatah lagi apabila beliau berbogel. Beliau juga tidak gemar memakai pewangi di badannya. 2. Dengan kod etika ketenteraan yang menebal dalam jiwa Hitler, Hitler tidak pernah menanggalkan kotnya di depan orang awam walau apa pun berlaku. 3. Pada 1923, Dr. Sedgwick iaitu Penasihat Akhbar kepada Hitler menasihatkan beliau untuk membuang gaya misai kontot. Hitler dengan nada selamba menjawab, “Jangan risau tentang misaiku ini,jika sekarang bukan trend fesyen, ia akan menyusul kemudian hari kerana disebabkan aku mengayakannya.” 4. Hitler adalah pemidato terbaik yang pernah dilahirkan di muka bumi. Setiap syarahan beliau akan memukau jutaan orang yang datang menyaksikannya. Tiada siapa dapat menandingi beliau pada masa itu termasuk pemimpin daripada negara-negara musuh. Hitler gemar menggu...

Selamatkah Melakukan Seks Ketika Isteri Hamil

Imej
Selamatkah Melakukan Seks Ketika Isteri Hamil | Ramai beranggapan seks ketika hamil boleh membahayakan bayi dalam kandungan, sebenarnya kehamilan bukannya penghalang bagi pasangan suami isteri untuk tidak melakukan hubungan seks. Malahan hubungan seks semasa hamil secara tidak langsung ketika aktiviti seks tersebut dapat memberi nutrisi pada pertumbuhan ibu dan bayi. Kebanyakkan wanita mengandung ataupun suami, takut untuk melakukan hubungan seks berikutan bimbang akan berlakunya kontraksi yang tidak diingini, kontraksi ni maksudnya perut isteri akan mengeras dan berasa agak sakit sedikit seperti tanda ingin bersalin. Apabila kehamilan itu hanya boleh dihasilkan melalui hubungan seksual, mustahil selepas berjaya hamil pasangan suami isteri tidak boleh melakukan persetubuhan, kecuali dalam keadaan tertentu apabila ia disahkan doktor boleh memudaratkan ibu dan bayi dalam kandungan. Hubungan intim tak jejas kehamilan Tiada sebab hubungan intim itu boleh menjejaskan kehamilan,...

Tips Mempamerkan Kasih Sayang Pada Anak

Imej
Tips Mempamerkan Kasih Sayang Pada Anak Sentuhan Sentuhan sederhana pada kepala, bahu atau belakang ketika bercakap dengan mereka. Kadang kala, sifat ego ibu bapa menghalang sentuhan di dalam sesetengah keadaan khususnya terhadap anak remaja. Sedangkan kesan sentuhan terhadap anak remaja adalah lebih ketara berbanding kanak-kanak yang lebih muda usianya. Berbual Berbual dengan mereka mengenai perkara yang mereka minati. Luangkan sedikit masa anda bersama untuk berbual mengenai kecenderungan dan minat mereka. Tawarkan bantuan dan tunjukkan sokongan sekiranya minat dan kecenderungan mereka tersebut merupakan sesuatu yang memberi manfaat buat mereka serta tidak bercanggah dengan ajaran agama. Ungkapan Zahirkan kasih sayang melalui ungkapan. Anda boleh memberitahu mereka bahawa anda mengasihi mereka. Mungkin juga sebuah ungkapan berbunyi – “Umi sayang pada Farid, Farid sayang umi tak?” Ungkapan seperti ini mesti disesuaikan dengan situasi yang tenang dan jauh daripada kebis...

Pengertian Sebenar Maulidur Rasul

Imej
PENGERTIAN SEBENAR MAULIDUR RASUL | Maulidur Rasul ialah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang kebiasaannya disambut pada setiap 12 Rabiulawal dengan mengadakan berbagai acara sambutan seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ Allah SWT berfirman: “Tidaklah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam.”    (Surah al-Anbia, ayat 107). Imam Syafie Rahimahullah berkata: “Sesiapa mengumpulkan orang Islam untuk menyambut Maulid Nabi Muhammad SAW dengan membaca maulid dan mengadakan syarahan berkenaannya serta menyediakan makanan bagi mereka dan membuat lain-lain kebajikan, nescaya Allah akan membangkitkan mereka pada hari akhirat bersama dengan wali, orang mati syah...

Apakah Makanan Yang Memberi Kesan Cepat Kenyang

Imej
Apakah Makanan Yang Memberi Kesan Cepat Kenyang | Perasaan lapar cenderung untuk membuatkan kita makan dengan banyak lantas gagal mengawal pemakan. Dengan memakan makanan yang membuatkan anda cepat kenyang, pasti ia dapat membantu anda mengawal jumlah makanan yang diambil. Selain itu, ia juga akan membantu anda untuk mendapatkan diet yang yang seimbang. Jadi, apakah makanan yang membuatkan anda berasa cepat kenyang? Telur Hasil kajian menunjukkan bahawa seseorang yang memakan telur pada waktu pagi akan membantu mereka untuk mengurangkan lagi berat badan. Ini kerana anda telah mendapatkan protein yang secukupnya untuk mengelakkan daripada berasa lapar. Selain itu, telur juga mampu memberi anda lebih tenaga berbanding makanan yang lain. Sup sayur-sayuran Makanan yang mengandungi banyak kandungan air sememangnya akan memberikan anda efek cepat kenyang. Khasiat yang ada pada sayur-sayuran pula akan dapat membantu anda untuk mendapatkan tenaga, zat dan nutrien yang diperlukan ol...

Rahsia Keajaiban Air Zam Zam

Imej
Rahsia Keajaiban Air Zam Zam | Dahulu ramai para saintis yang meragui tentang kewujudan air zam zam ini. Ada yang mengatakan terdapat sebuah paip di bawah tanah. Namun sebenarnya terdapat banyak keajaiban tentang air zam zam ini. Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter air pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali. Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir. Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang. Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter. Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah ...

Ikhtiar Jika Terkena Gangguan Jin

Imej
Ikhtiar Segera Jika Terkena Gangguan Jin | Berikut ialah antara ikhtiar segera yang boleh dilakukan oleh seseorang Muslim jika berhadapan dengan gangguan jin, contohnya kerasukan atau diusik dalam bentuk jelmaan atau usikan: 1.  Mula-mula sekali, beristighfarlah kepada ALLAH, tauhidkan ALLAH dan luruskan pengharapan yang tinggi bahawa hanya ALLAH yang boleh bantu untuk menyelesaikan masalah gangguan itu. 2.  Menyebut nama ALLAH dengan membaca “بسم الله” (bismillah) dan fahami bacaan tersebut. 3.  Memohon perlindungan dengan ALLAH dari Syaitan yang dilaknat dengan membaca beberapa kali dengan jelas “اعوذ بالله من الشيطان الرجيم” (a`udzu billahi minasy-syaitaniirajim).  Sebaik-baiknya fahami dan hayati sungguh-sungguh ayat tersebut. 4.  Membaca beberapa kali surah al-Falaq dan sebaik-baiknya hayati ia. 5.  Membaca beberapa kali surah an-Nas dan sebaik-baiknya hayati ia. 6.  Membaca beberapa kali ayat al-Kursi (ayat ke-255 dari surah al-B...