Aksi Anuar Zain Cium Nora Danish Buat Penonton Histeria


Anuar Zain Cium Tangan Nora Danish | Berita panas dan tergempar hari ini ialah berkenaan tindakan penyanyi lagenda, Anuar Zain yang mencium jari-jemari Nora Danish ketika Konsert 3D beliau yang berlangsung semalam.

Difahamkan, seramai 6,000 orang telah menghadiri Konsert 3D Anuar Zain di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Babak yang paling membuat peminat dan penonton histeria dengan persembahan Anuar Zain ialah ketika kemunculan artis comel, Nora Danish secara tiba-tiba. 

Anuar Zain yang sedang menyanyikan lagu Ajari Aku bertindak menarik tangan Nora Danish sebelum menciumnya dengan lembut dan romantik. 

Persoalannya, adakah mereka berdua memang sedang hangat bercinta? 

Kalau bercinta, syukur alhamdulillah. Mazeer suka sangat kalau Abang Anuar dan Kak Nora Danish berpasangan dan pastinya, semasa menulis entri ni, Mazeer tak putus-putus menyanyi lagu "Sedetik Lebih" dalam hati.

Jom tengok lagi tiga gambar Anuar Zain dengan romantiknya mencium tangan Nora danish.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Botol Coca Cola Dulu Dan Sekarang

Misteri Penghuni Langit Dan Uwais Al-Qorni Di Zaman Rasulullah

10 Pekerjaan Paling Aneh Dan Buruk Dalam Dunia Moden