Kucing Ini Penyeludup Licik


Kucing Ini Penyeludup Licik | BRAZIL – Tiada siapa pun menyangka bahawa seekor kucing di sebuah penjara di bandar Arapiraca rupa-rupanya penyeludup licik.

Apa tidaknya, kucing itu rupa-rupanya menyeludup barangan kepada banduan.

Bukan sahaja telefon bimbit dan bateri dibawa masuk, malah gerudi dan alat menggali terowong turut dilekatkan di badan binatang berkenaan.

Pada mulanya, tiada siapa mengesyaki apa-apa apabila melihat kucing itu sering keluar masuk sel di penjara.



Namun tidak lama selepas itu, barulah pegawai penjara mendapati ada yang tidak kena dengan binatang itu.

Selepas diamati dari dekat barulah mereka melihat badannya dilekatkan dengan barang-barang tersebut.

Menurut seorang pegawai penjara, Luiz de Oliveira Souza, kucing itu dipelihara oleh banduan di penjara dan kadang kala keluarga mereka membawa binatang tersebut pulang ke rumah selepas melawat banduan terbabit.

“Kami amat terkejut dengan taktik baru banduan ini. Mereka berjaya melatih binatang itu agar ia kembali semula ke penjara dengan membawa barang-barang bersamanya.

Setakat ini 263 banduan disyaki terlibat dengan cubaan penyeludupan ini biarpun agar sukar untuk memastikan siapa sebenarnya bertanggungjawab dalam perkara itu.

“Sukar untuk kita mencari dalangnya kerana kucing itu tidak mampu bercakap,’’ katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Botol Coca Cola Dulu Dan Sekarang

Misteri Penghuni Langit Dan Uwais Al-Qorni Di Zaman Rasulullah

10 Pekerjaan Paling Aneh Dan Buruk Dalam Dunia Moden