Stesen TV Di Tutup Selepas Siar Tarian Gelek


Stesen Tv Di Mesir Di Arah Hentikan Siaran Selepas Menyiarkan Tarian Gelek | Mesir – Mahkamah Kaherah mengarahkan sebuah stesen televisyen di negara itu ditutup selepas ia menyiarkan klip tarian gelek yang mengandungi aksi ghairah.

Selain itu, ElTet juga didapati bersiaran tanpa lesen.

Hakim yang membuat keputusan itu memutuskan bahawa tarian gelek itu adalah menghina dan membangkitkan syahwat penonton.

Klip itu merupakan sebahagian daripada iklan untuk produk seks dan perkhidmatan mencari jodoh.

Ia disiarkan menerusi internet selama 24 jam.

Sementara itu dalam perkembangan lain, stesen televisyen Al-Hafez turut diarahkan tidak bersiaran selama 30 hari kerana menyiarkan pandangan seorang aktres Mesir yang menyokong rejim di bawah pimpinan bekas Presiden Hosni Mubarak.

Selain itu, pemilik siaran tv satelit, Baligh Hamdy turut ditangkap tahun lalu kerana didakwa menyediakan perkhidmatan pelacuran.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Botol Coca Cola Dulu Dan Sekarang

Misteri Penghuni Langit Dan Uwais Al-Qorni Di Zaman Rasulullah

10 Pekerjaan Paling Aneh Dan Buruk Dalam Dunia Moden