Serpihan Tahi Bintang Russia Bernilai £6.500

Serpihan Pertama Meteorit Yang Meletup Di Russia Ditemui Dan Setiap Satu Darinya Di Anggar Bernilai Sehingga £6.500

Saintis telah menemui cebisan tahi bintang yang terhempas ke bumi minggu lepas dan meletup di bandar Chelyabinsk,Russia, menarik minat 'pemburu emas' yang mana nilai setiap serpihan mencecah sehingga £6.500.

Pakar-pakar telah mengorek lubang sedalam 50 kaki di tasik beku di pinggir Chelyabinsk, di Ural, yang dipercayai telah terbentuk apabila bola api itu terhempas ke tanah.

Dan selepas tiga hari mengorek ais untuk petunjuk, mereka akhirnya telah menemui serpihan batu yang masing-masing mempunyai medan magnet yang kuat dan mengeluarkan kesan radiasi tinggi yang luar biasa,bukti jelas bahawa ianya datang dari angkasa lepas.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Botol Coca Cola Dulu Dan Sekarang

Misteri Penghuni Langit Dan Uwais Al-Qorni Di Zaman Rasulullah

10 Pekerjaan Paling Aneh Dan Buruk Dalam Dunia Moden