Lahirkan Anak Ketika Umur Sembilan Tahun


Budak 9 Tahun Lahirkan Bayi Perempuan. Bayangkan kanak-kanak perempuan di usia 9 tahun menjadi seorang ibu. Kisah yang menggemparkan ini berlaku di Mexico. Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 27 Jan 2013 di Hospital Zoquipan di Jalisco, Mexico. Kesian, kecil² lagi dah jadi ibu. Mungkin ibu tunggal.


Pada masa kehamilan, dia masih berusia 8 tahun dan seorang budak lelaki berusia 17 tahun iaitu bapa kepada bayi perempuan telah hilang jejaknya hingga ke hari ini. Ahli keluarga dan saudara terdekat berusaha mencari bapa kepada bayi perempuan tersebut, namun masih gagal. Pihak berkuasa menganggap kejadian ini kes mengandung yang pelik dan mungkin dibicarakan untuk kes rogol atau penderaan seksual kanak-kanak.

Pihak Hospital terpaksa melakukan teknik C-Section kerana teknik tersebut merupakan pilihan terbaik memandangkan usia si ibu yang hanya 9 tahun masih belum bersedia untuk melahirkan bayi. Walaubagaimanapun, bayi tersebut dilahirkan sihat. Ibu berusia 9 tahun dan bayi perempuan tersebut dibenarkan pulang, namun pihak hospital akan sentiasa memantau proses pembesaran bayi tersebut memandangkan usia ibunya terlalu muda. Kanak-kanak di Malaysia pada umur 9 tahun masih lagi main anak patung.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Botol Coca Cola Dulu Dan Sekarang

Misteri Penghuni Langit Dan Uwais Al-Qorni Di Zaman Rasulullah

10 Pekerjaan Paling Aneh Dan Buruk Dalam Dunia Moden