Kenapa Microsoft Mereka Semula Windows?
![]() |
| Windows 8 |
Julie Larson Green, pengarah baru bagi pembangunan Mirosoft berkata kepada MIT Technologi Reviews, sentuhan baru bagi versi Widows terbaru iaitu Windows 8 ialah dari segi skrin pemula. Larson Green mengatakan pengguna Windows yang lalu bekerja di paparan dekstop menggunakan monitor.
![]() |
| Julie Larson Green |
Pada padangan beliau, pengguna kebiasaannya menggunakan hanya satu window, lalu meminimizekan ia dan membuka satu lagi window. Namun dengan menggunakan Widows 8, segala perisian dan window yang pengguna mahukan boleh dilancarkan secara serentak menggunakan Live Tiles.
Walaupun Windows 8 ini menyokong penuh peranti skrin sesentuh, namun orang ramai masih lagi menggunakan tetikus dan papan kekunci selain menggerakkan sesuatu di skrin menggunakan jari mereka
Larson melihat bahawa komputer dengan sistem skrin sentuhan adalah yang terpantas terjual sekarang. Larson menambah lagi bahawa beliau tidak boleh bayangkan komputer tanpa skrin sesentuh. Kerana sebaik sahaja anda telah menggunakannya, adalah sukar untuk kembali kepada keadaan asal.
Microsoft membuat pilihan yang bertujuan untuk menawarkan kepada pengguna kedua-dua persekitaran dalam sistem operasi baru tersebut. Menurut Larson-Green, tetikus sentiasa akan menjadi lebih tepat berbanding jari anda, manakala papan kekunci fizikal sentiasa akan menjadi lebih mudah untuk digunakan berbanding versi pada skrin.


Ulasan
Catat Ulasan