Julia Perez Dan Dewi Persik Bergaduh
![]() |
Terbaru, penyanyi dangdut dan juga pelakon itu telah dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan di Indonesia kerana didapati bersalah menyerang aktres seksi Dewi Persik.
Laman sesawang Mahkamah Agung Indonesia mengumumkan semalam perihal kes tersebut, bahawa:
Mahkamah menolak rayuan defendan, dan meluluskan rayuan pendakwa.
Keduanya dikatakan bertampar dan bercakaran sesama sendiri sehingga terpaksa dileraikan oleh krew penggambaran.
Dewi melaporkan Julia kepada polis kerana menyerangnya, namun keduanya dibicarakan di mahkamah berhubung insiden tersebut.
Dewi dijatuhkan hukuman dua bulan penjara dan empat bulan percubaan Mac lepas sebagai hasilnya.
Julia dan Dewi kemudiannya memfailkan rayuan kes tesebut ke Mahkamah Tinggi Jakarta yang mengekalkan hukuman kepada Dewi Persik.
Keduanya kemudian meneruskan pemfailan kepada Mahkamah Agung Jakarta, yang seterusnya menerima rayuan Dewi Persik dan menolak rayuan Julia Perez.
Dewi Persik enggan mengulas mengenai keputusan tersebut manakala Julia pula memohon peminat agar berdoa untuknya di Twitter.

Ulasan
Catat Ulasan