Bekas Isteri Letak Syarat Pada Jimmy
Bekas Isteri Letak Syarat Pada Jimmy
KUALA LUMPUR – Isu mengenai penceraian pengacara, Jimmy Shanley dengan bekas isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy masih lagi belum selesai.
Terbaru, pengacara itu memberitahu yang bekas bapa mentuanya telah mengharamkan Jimmy daripada datang kerumahnya sejak Julai tahun lalu.
Ekoran daripada kejadian itu, dia tidak dapat melawat anak tunggalnya yang kini berusia 18 bulan.
Menerusi Sinar Harian, semalam, Jimmy turut berkata bekas isterinya ada meletakkan beberapa syarat jika mahu berjumpa dengan anaknya, Zahra Shanley.
“Saya tidak melawat anak saya kerana bekas bapa mertua marah dan halang saya ke rumah mereka.
“Selain itu, bekas isteri juga ada meletakan beberapa syarat untuk saya berjumpa anak saya,” katanya.
Dia berkata demikian ketika memberi keterangan dalam kes tuntutan penjagaan anak yang difailkan Nursuhaila di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, semalam.
Kali terakhir dia berjumpa dengan anaknya itu pada April lalu apabila bekas ibu mertua membawa Zahra ke rumahnya.
Pasangan itu bernikah pada 1 Oktober 2010 dengan mas kahwin sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986.
Perbicaraan kes di hadapan Hakim Syarie, Mawardi Che Man bersambung 29 Januari depan.

Ulasan
Catat Ulasan