TEORI FIZIK HAWKING MENGUNGKAP PERJALANAN ISRA' NABI MUHAMMAD SAW | Salah satu mukjizat Nabi Muhammad SAW adalah diperjalankan baginda oleh Allah SWT melalui peristiwa Isra’ Mi’raj. Banyak yang cuba mengungkapkan peristiwa tersebut secara ilmiah, salah satunya melalui Teori Fizik paling mutahir, yang dikemukakan oleh Dr. Stephen Hawking. Teori Lubang Cacing Tokoh besar di dunia ilmu fizik yang pertama adalah Isaac Newton (1642-1727) dengan bukunya : Philosophia Naturalis Principia Mathematica, menerangkan tentang konsep Daya dalam Hukum Graviti dan Hukum Pergerakan. Kemudian dilanjutkan oleh Albert Einstein (1879-1955) dengan Teori Relativitinya yang terbahagi atas Relativiti Khas (1905) dan Relativiti Umum (1907). Dan yang terakhir adalah Stephen William Hawking, CH, CBE, FRS (lahir di Oxford, United Kingdom, 8 Januari 1942), beliau dikenali sebagai ahli fizik yang teoritis. Dr. Stephen Hawking dikenali atas sumbangannya di bidang fizik kuantum, terutama sekali kerana...