Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

Ibu Tunggal 54 Tahun Di Tangkap Khalwat

Imej
Gambar Hiasan Ibu Tunggal Di Tangkap Khalwat | BESUT – Usaha seorang wanita berusia 54 tahun bersembunyi di bawah katil untuk mengelak diberkas pasukan pencegah maksiat di sebuah rumah dekat Kampung Anak Musang, Jabi di sini, gagal apabila ditangkap dalam keadaan berbogel. Wanita berstatus ibu tunggal yang dikatakan sudah mempunyai sembilan anak itu hanya menutup badannya dengan kain selimut ketika bersembunyi. Sepasukan pegawai dan anggota Penguat kuasa Syariah Pejabat Agama Daerah Besut membuat serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di kampung itu jam 12.05 malam selepas mendapat maklumat orang ramai. Pegawai Agama Daerah, Azmi Tengah berkata, ketika sampai di depan rumah, anggotanya mendapati pintu utama rumah tertutup rapat dan berkunci dari dalam. Menurutnya, selepas dua minit diberi salam, seorang lelaki yang tidak berbaju dan berseluar hitam membuka pintu rumah. “Dia memberitahu hanya seorang diri dalam rumah berkenaan tetapi pemeriksaan di dalam sebuah bilik, me

Menyesal Kerana Tukar Jantina

Imej
             Menyesal Kerana Tukar Jantina | Ria Cooper telah menghabiskan waktu satu tahun menjalani terapi hormon untuk mengubah dirinya dari anak laki-laki menjadi seorang perempuan. Diumurnya 18, Ria menjadi pesakit termuda di Inggris yang menjalani operasi pergantian kelamin. Saat ia masih berkelamin lelaki, ia bernama Brad. Namun setelah ia mengembangkan payudara, mengenakan pakaian glamour, rambut model bob feminim dan menjalin hubungan dengan beberapa pemuda, ia sudah dikenal dengan nama Ria Cooper. Ria yang bertempat tinggal di Hull, East Yorks, sering mengenakan pakaian wanita sejak ia berumur 12 tahun. Di sekolah, ia juga kerap mendapat ejekan kerana dianggap sebagai gay, dan akhirnya dikeluarkan dari sekolah kerana terlibat perkelahian. Berumur 15 tahun, ia meminta doktor untuk mengubah dirinya menjadi seorang wanita. Ia percaya jika perubahannya akan mengubah hidupnya menjadi lebih baik. Ia dirujuk ke seorang psikolog di Hull Royal Infirmary dan kemudian

Misteri Rumah Setan

Imej
Misteri Rumah Setan | Bangunan ini merupakan bangunan zaman dulu yang kelihatan menyeramkan, ditambah jika dilihat di malam hari. Bangunan ini merupakan bangunan lama yang terletak di di  Reiniersz-boulevard dibangun oleh Kidder J A. Middelkoop, Penguasa di Jawa Bahagian Timur di Surabaya antara tahun 18 (H) – 1810, selanjutnya dijual oleh pemiliknya kepada seorang doktor, wargakota Surabaya. Sejak zaman kolonial Belanda dahulu gedung itu memang sudah terkenal di kalangan masyarakat di kota Surabaya sebagai “rumah setan” atau “spookhuis”. Menurut ceritera “rumah setan” ini ada dua versi. Versi pertama mengatakan bahawa salah-seorang puteri dari salah-seorang pemilik rumah itu membunuh anak-tirinya, hingga roh dari anak yang dibunuh itu gentayangan di sana. Versi yang kedua mengatakan bahawa salah seorang dari pemilik gedung itu adalah seorang bekas budak dalam kapal, yang dipunggungnya ada cap bakarnya. Ia berpesan kepada keluarganya supaya bila ia meninggal, jenazahnya janga

10 Alat Permainan Yang Di Haramkan Penjualannya

Imej
10 Alat Permainan Yang Di Haramkan Penjualannya | Kalau terjumpa benda ni dekat mana - mana,jangan belikan untuk anak anda,Ianya telah pun di haramkan. 10. Fisher-Price Power Wheels Motorcycle Ramai kanak2 patah kaki, tangan dan terseliuh akibat jatuh dari motosikal ini kerana kelajuannya. Fisher-Price Power Wheels Motorcycle 9. Aqua  Dots  Bahaya kerana: manik manik kecil yg berwarna warni membuatkan kanak2 cuba memasukkannya ke dalam mulut. Terdapat bahan kimia yg kuat dan menyebabkan sesak nafas & sawan dengan hanya menjilat manik tersebut. Diharamkan pada tahun 2007. Aqua  Dots  8.Sky Dancers Flying Dolls  Anak patung keras yg direka khas utk terbang tidak mempunya kawalan. Boleh terbang ke mana mana arah hala tuju dengan kelajuan yg luar biasa sekaligus menyebabkan kecederaan. 150 rekod kecedaraan termasuk buta, patah gigi & luka pada muka dan seluruh badan. Hampir 9 juta unit ditarik balik oleh pengeluar Galoob Toys pada tahun Jun 2000. S

Menarik Tentang Janggut

Imej
Menarik Tentang Janggut | Janggut selalunya tumbuh di bahagian dagu dan pipi.Tahukah anda bahawa menyimpan janggut ini sunnah Rasulullah s.a.w yang sangat di tuntut kepada kaum Adam? Rasulullah bersabda,mafhumnya: "Hendaklah kamu membezakan diri daripada kaum musyrik,pendekkan misai yang melitupi bibir dan simpanlah janggut sampai lebat." (Riwayat Muslim) FAKTA MENARIK TENTANG JANGGUT. ✔ Janggut lelaki mengandungi hormon testosterone yang amat diperlukan untuk kesuburan wanita. ✔ Janggut boleh melindungi kelenjar sebum di bahagian muka daripada terkena acne vulgaris bacteria. Oleh sebab itu, ia dapat melindungi seseorang daripada jerawat. ✔ Menghangatkan kawasan muka dan melindungi dagu daripada bahaya. ✔ Lebih panjang dan tebal janggut seseorang itu, sepatutnya dia akan menjadi seorang yang lebih bijak. ✔ Menghindarkan daripada mendapat penyakit tekak dan gusi. ✔ Mengelak daripada mendapat kebanyakan penyakit yang berkaitan dengan sisterm pernafasan seper

Bahaya Mandi Wap Kepada Lelaki

Imej
TAHUKAH ANDA: Bahaya Mandi Wap Melampau Seorang pakar kesuburan lelaki mendakwa, mandi wap yang menjadi kegilaan golongan itu di bandar-bandar besar selepas bersenam di gimnasium boleh melemahkan fungsi sel sperma yang terkandung dalam testis (buah zakar) mereka Lebih menggerunkan, statistik perubatan membuktikan kira-kira 40% masalah tidak boleh hamil yang dihadapi oleh wanita yang berkahwin berlaku akibat ketidaksuburan kaum lelaki. Mandi wap yang memerlukan kepanasan wap antara 60°C hingga 100°C menyebabkan tubuh seseorang terdedah pada suhu yang terlalu tinggi. "Suhu badan normal bagi setiap individu adalah sekitar 37°C manakala suhu testis pula adalah sekitar 35°C dan 36°Celcius". "Sebenarnya suhu panas sauna bukan sahaja mengganggu malah mencacatkan proses penghasilan sel sperma bagi kaum lelaki". "Orang ramai perlu faham bahawa bagi mengelakkan testis berkongsi suhu yang sama dengan tubuh, tidak hairanlah ia terletak di bahagian luar tubu

Google Telah Mengemas Kini Peta Negara Korea Utara

Imej
Google telah mengemaskini peta negara yang terpencil di dunia KOREA UTARA, Jika sebelumnya hanya menunjukkan Pyongyang ibunegara Korea Utara tanpa sebarang infra, sekarang anda boleh melihat jalinan jalanraya antara bandar-bandar di Korea Utara..Pengemaskinian ini telah mengambil kira foto-foto dan juga pengalaman pelancong-pelancong yang telah mengunjungi Korea Utara.Ianya sesuatu yg mencabar Google kerana tiadanya jalinan internet dan komunikasi antara Korea Utara dengan negara-negara sekitarnya... SEBELUM dan SELEPAS..

Kejadian Tembak Menembak Di Hadapan Imperial Mall Miri

Imej
Kejadian tembak-menembak berlaku dihadapan Imperial Mall Miri dalam lingkungan 12.40 tengahari ( 30/1/2013 ). MIRI: Seorang anggota polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan amaran terhadap empat individu termasuk seorang wanita sedang mengandung apabila cuba melarikan diri selepas melanggar kereta seorang lelaki di Jalan North Yu Seng, di sini, semalam. Kejadian jam 1 petang itu berlaku apabila suspek yang menaiki kereta Proton Waja dikatakan ingin meloloskan diri daripada ditahan selepas menyedari kenderaan mereka diekori polis dari arah belakang ketika melalui jalan berkenaan. Menurut sumber, meskipun polis sudah melepaskan tiga das tembakan namun suspek terbabit terus memecut keretanya menyebabkan polis terpaksa mengejar mereka sehingga ke Jalan Krokop, di sini, sebelum meninggalkan kereta di tepi jalan. Bagaimanapun katanya, tiga daripada suspek terbabit berjaya melepaskan diri, manakala suspek wanita berusia lewat 20-an dipercayai tidak sempat melarikan diri berjaya

Menarik Mengenai Adolf Hitler

Imej
Menarik Mengenai Adolf Hitler | Fakta -fakta menarik Mengenai Hitler. 1. Hitler adalah seorang yang sangat menjaga maruahnya, apabila beliau mandi,tidak boleh sesiapa pun melihat beliau mandi apatah lagi apabila beliau berbogel. Beliau juga tidak gemar memakai pewangi di badannya. 2. Dengan kod etika ketenteraan yang menebal dalam jiwa Hitler, Hitler tidak pernah menanggalkan kotnya di depan orang awam walau apa pun berlaku. 3. Pada 1923, Dr. Sedgwick iaitu Penasihat Akhbar kepada Hitler menasihatkan beliau untuk membuang gaya misai kontot. Hitler dengan nada selamba menjawab, “Jangan risau tentang misaiku ini,jika sekarang bukan trend fesyen, ia akan menyusul kemudian hari kerana disebabkan aku mengayakannya.” 4. Hitler adalah pemidato terbaik yang pernah dilahirkan di muka bumi. Setiap syarahan beliau akan memukau jutaan orang yang datang menyaksikannya. Tiada siapa dapat menandingi beliau pada masa itu termasuk pemimpin daripada negara-negara musuh. Hitler gemar menggu

Kahwin Dua Wanita Dalam Satu Malam

Imej
Petani kahwini Dua Wanita Satu Malam. Apa Rahsianya? | SAMARRA, Iraq - Seorang petani berusia 22 tahun, Abdul Rahman Nayef al-Obeidi jatuh cinta dengan dua wanita. Namun, daripada memilih salah seorang gadis itu untuk dijadikan isteri, dia melangsungkan perkahwinan dengan mereka pada hari yang sama di sebuah kampung di tengah Iraq. Majlis perkahwinan Abdul Rahman dan dua wanita yang merupakan sepupunya, Intidhar, 17, dan Suad, 22, berlangsung pada 6 April lalu. Ia diadakan di rumah keluarga lelaki itu di kampung Al-Laqlaq, utara Tikrit. Majlis itu dihadiri oleh keluarga kedua-dua pengantin wanita, saudara-mara dan rakan-rakannya yang terkejut dengan perkahwinan tersebut. Abdul Rahman yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik berkata, dia memberitahu ibu bapanya tentang niat untuk berkahwin dengan dua sepupunya dalam satu malam. Ibu bapa lelaki itu bersetuju walaupun kebanyakan saudara-maranya menentang idea berkenaan. "Saya mengambil masa kurang sebulan un

Selamatkah Melakukan Seks Ketika Isteri Hamil

Imej
Selamatkah Melakukan Seks Ketika Isteri Hamil | Ramai beranggapan seks ketika hamil boleh membahayakan bayi dalam kandungan, sebenarnya kehamilan bukannya penghalang bagi pasangan suami isteri untuk tidak melakukan hubungan seks. Malahan hubungan seks semasa hamil secara tidak langsung ketika aktiviti seks tersebut dapat memberi nutrisi pada pertumbuhan ibu dan bayi. Kebanyakkan wanita mengandung ataupun suami, takut untuk melakukan hubungan seks berikutan bimbang akan berlakunya kontraksi yang tidak diingini, kontraksi ni maksudnya perut isteri akan mengeras dan berasa agak sakit sedikit seperti tanda ingin bersalin. Apabila kehamilan itu hanya boleh dihasilkan melalui hubungan seksual, mustahil selepas berjaya hamil pasangan suami isteri tidak boleh melakukan persetubuhan, kecuali dalam keadaan tertentu apabila ia disahkan doktor boleh memudaratkan ibu dan bayi dalam kandungan. Hubungan intim tak jejas kehamilan Tiada sebab hubungan intim itu boleh menjejaskan kehamilan,

Tips Mempamerkan Kasih Sayang Pada Anak

Imej
Tips Mempamerkan Kasih Sayang Pada Anak Sentuhan Sentuhan sederhana pada kepala, bahu atau belakang ketika bercakap dengan mereka. Kadang kala, sifat ego ibu bapa menghalang sentuhan di dalam sesetengah keadaan khususnya terhadap anak remaja. Sedangkan kesan sentuhan terhadap anak remaja adalah lebih ketara berbanding kanak-kanak yang lebih muda usianya. Berbual Berbual dengan mereka mengenai perkara yang mereka minati. Luangkan sedikit masa anda bersama untuk berbual mengenai kecenderungan dan minat mereka. Tawarkan bantuan dan tunjukkan sokongan sekiranya minat dan kecenderungan mereka tersebut merupakan sesuatu yang memberi manfaat buat mereka serta tidak bercanggah dengan ajaran agama. Ungkapan Zahirkan kasih sayang melalui ungkapan. Anda boleh memberitahu mereka bahawa anda mengasihi mereka. Mungkin juga sebuah ungkapan berbunyi – “Umi sayang pada Farid, Farid sayang umi tak?” Ungkapan seperti ini mesti disesuaikan dengan situasi yang tenang dan jauh daripada kebis

Solat Tanpa Memakai Songkok/Kopiah

Imej
Solat Tanpa Memakai Songkok/Kopiah | Setiap kali sembahyang Jumaat atau sembahyang berjemaah,sering kita melihat lelaki yang sembahyang tanpa menutup kepala.Apakah hukum jika kita tidak menutup kepala ketika menghadap Allah yanag Maha Esa?Ini adalah pandangan dari beberapa sudut. 1. DARI SUDUT AKIDAH , tidak wajar kita menyamakan Allah dengan manusia. Contoh kita kata, “kalau nak jumpa Agong pun kita pakai smart ikut protokol, inikan pula jumpa Allah!” Ingat Allah tidak sama sekali sama dengan makhluk. Allah tidak berkira macam kita, Allah tidak hebohkan keburukan macam kita, Allah menilai kehambaan kita berbanding manusia yang hanya menilai zahir dsb. 2. DARI SUDUT FIQH , tidak kita jumpa pun syarat sah solat mesti menutup kepala. Yang penting kita sempurnakan tiga belas rukun, penuhi syarat sah solat dan jauhi perkara yang boleh membatalkan solat. 3. DARI SUDUT TASAUF , setelah kita tuluskan ibadah kerana Allah, setelah kita sempurnakan dari sudut fiqh tadi, maka amalan h

Irwansyah Dan Isteri Kantoi Dadah

Imej
Irwansyah Dan Isteri Kantoi Dadah | JAKARTA: Artis popular Indone­sia Irwansyah dan isterinya Zaskia Sungkar serta Raffi Ahmad dan Wanda Hamidah adalah empat artis yang ditahan bersama 13 lagi ketika sedang berpesta dadah di rumah Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan, pagi semalam. Mereka ditangkap sepasukan ang­gota Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia yang menyerbu rumah Raffi pada waktu Subuh setelah men­dapat maklumat orang ramai. Penahanan artis terbabit serta suspek lain itu diumum Ketua BNN Anang Iskandar pada sidang media di sini petang semalam. Pasukan BNN turut merampas sejumlah dadah yang dipercayai jenis ganja dan pil khayal di tempat kejadian. Raffi yang juga bekas kekasih pen­yanyi Yuni Shara iaitu kakak kepada penyanyi Krisdayanti, sebelum ini dilapor telah mendaftar nama untuk menjadi calon Parti Amanat Nasional, pada Pilihan Raya Umum Parlimen 2014 nanti. Media tempatan memetik Tim­balan Ketua Umum PAN Dradjad Wibowo pada Ahad, sebagai berkata parti i

Pengertian Sebenar Maulidur Rasul

Imej
PENGERTIAN SEBENAR MAULIDUR RASUL | Maulidur Rasul ialah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang kebiasaannya disambut pada setiap 12 Rabiulawal dengan mengadakan berbagai acara sambutan seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ ÙˆَسَÙ„ِّÙ…ْ عَÙ„َÙ‰ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ Allah SWT berfirman: “Tidaklah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam.”    (Surah al-Anbia, ayat 107). Imam Syafie Rahimahullah berkata: “Sesiapa mengumpulkan orang Islam untuk menyambut Maulid Nabi Muhammad SAW dengan membaca maulid dan mengadakan syarahan berkenaannya serta menyediakan makanan bagi mereka dan membuat lain-lain kebajikan, nescaya Allah akan membangkitkan mereka pada hari akhirat bersama dengan wali, orang mati syahid dan or

Gambar Britney Spears Terlupa Pakai Coli

Imej
Gambar Britney Spears Lupa Pakai Coli | Dengan hanya memakai tank top merah jambu, Britney Spears kelihatan amat seksi apabila sisi tepi payudaranya seolah 'meronta-ronta' hendak keluar! Ianya berlaku ketika beliau bersiar-siar di Beverly Hills, California Jumaat lalu. Bahagian sisi kanan payudaranya kelihatan tersembul keluar di sebalik bajunya. Spears yang tampil dengan gaya 'pony tail' pada rambutnya seolah-olah terlupa untuk memakai coli pada hari itu. Baru-baru ini, bekas juri X-Factor itu telah mengumumkan hubungannya dengan pengurus yang juga tunangannya, Jason Trawick sudah pun putus setelah menjalin hubungan semenjak dari Disember 2011 yang lalu. Spears berkata, "Jason dan saya telah memutuskan untuk membatalkan pertungangan kami." Katanya lagi, "Saya sentiasa menyayanginya dan kami akan tetap menjadi teman baik."

Kelebihan Dan Kebaikan Menjilat Jari Selepas Makan

Imej
Kebaikan Menjilat Jari Selepas Selesai Makan | Sudah menjadi amalan untuk setiap bagi kita menggunakan tangan sebagai anggota utama untuk menyuap makanan ketika menjamah setiap jenis makanan. Malah, sudah selari dengan pandangan dan pemahaman budaya bagi setiap masyarakat di Malaysia, golongan Melayu lebih cenderung menggunakan tangan untuk makan berbanding menggunakan sudu dan garfu. Namun, pasti antara kita sebenarnya tidak mengetahui tentang kelebihan dan kebaikan yang sebenar menggunakan jari ketika makan. Di dalam agama Islam, Allah S.W.T telah memilih Rasulullah S.A.W untuk dijadikan model dan peranan kepada seluruh umatnya bagi mengikut segala amalan dan kebaikan yang dibawa oleh Rasul terakhir itu. Antara perbuatan Rasulullah S.A.W yang menjadi sunah dan perlu diikuti tentang aspek etika diet dan tatacara pemakanan sihat Rasulullah ialah makan menggunakan jari dan menjilat jari setelah selesai makan. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seseorang dari kalian mak

Isu Kalimah ALLAH...Pentingnya Umat Islam Menjaga Kesucian KALIMAH Ini

Imej
Isu Kalimah ALLAH...Pentingnya umat islam menjaga kesucian KALIMAH ini | Assalamualaikum....ini bukan isu politik tapi lebih kepada isu Akidah & sensitiviti umat Islam...jadi siapa yg nak politik dalam artikel ni boleh pergi main jauh-jauh. Isu sekarang heboh pasal Kristian nak guna kalimah Allah s.w.t dalam Bible mereka dalam bahasa Melayu. Ada juga ahli politik beragama lain pun sibuk nak kalimah Allah ini digunakan juga dalam kitab & agama mereka. Tapi apa yang menyedihkan ada segelintir umat islam yang tidak faham akibatnya jika dibenarkan & ini juga melibatkan soal akidah. Jika mereka sebut itu perkara lain..tapi apabila hendak digunakan dalam kitab mereka itu sudah melampau kerana ada unsur-unsur mengkristiankan anak-anak melayu walhal sebelum ini kalau diperhatikan banner/bunting di gereja tidak pernah kelihatan dalam bahasa melayu tetapi bahasa inggeris...sekarang jika diperhatikan mereka sudah mula meletakkan banner/bunting dalam bahasa melayu contohnya di t

Siapakah Golongan Yang Mulia Di Dunia Hina Di Akhirat

Imej
Siapakah Golongan Yang Mulia Di Dunia Hina Di Akhirat | Terdapat 3 golongan yang hampir-hampir melangkah masuk ke dalam syurga, namun akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka… Nauzubillah… Seorang mujahid yang berjuang dan akhirnya dia mati syahid Dia hampir melangkah masuk ke dalam syurga, tapi sebelum dia melangkah, ALLAH bertanya kepadanya, “ Wahai Mujahid, kenapa kamu masuk ke dalam syurga? ” Berkatalah oleh dia kepada ALLAH, “Aku masuk ke dalam syurga kerana aku mati syahid, kerana berjuang ke jalanMu ya ALLAH. “ Kemudian ALLAH menjawab, “ Kau cuma berdusta, kau sebenarnya berjuang untuk aku, tetapi kau berjuang dan syahid hanya untuk dikenang sebagai wira dan mahu diangkat sebagai hero di dalam masyarakat selepas kematianmu.. ” Maka dengan itu, si mujahid ini, dilemparkan ke dalam api neraka. Seorang yang mengajar ilmu kepada orang Hampir sahaja melangkah masuk ke dalam Syurga apabila ALLAH bertanya kepadanya, “ Wahai kamu, tahukah kamu mengapa kamu masuk

Hidup Mewah Dengan Melacur

Imej
Hidup Mewah Dengan Melacur | KUALA LUMPUR - Memiliki kerjaya dan mampu menyara hidup dengan pendapatan bulanan ternyata tidak memadai bagi sesetengah wanita tempatan yang sanggup menjadi pelacur kelas atasan demi kemewahan. Mengetepikan aspek moral dan agama, mereka ini bekerja secara sambilan dan hanya melayan pelangggan apabila ada masa terluang, namun apabila diberkas, ada yang mendakwa terperangkap dengan jerat sindiket. Hakikatnya, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan, sindiket itu tidak memaksa wanita terbabit memperdagangkan diri, tetapi hanya mempelawa dengan jaminan upah lumayan. Mereka bergerak menerusi orang tengah atau 'ibu ayam' atau 'mami' yang akan mencari pelanggan untuk wanita terbabit. Ada mami ini sebenarnya rakan kepada wanita berkenaan, katanya kepada Bernama di sini. "Ada wanita yang sudah biasa dengan aktivitinya ini selalunya akan memaklumkan sendiri kepada

Reaksi Peminat Nora Danish Beli Air Tak Halal

Imej
Reaksi Peminat Nora Danish Beli Air Tak Halal | Beberapa hari lalu, pelakon kecil molek, Nora Danish telah ke Tokyo atas urusan kerja bersama rakannya. Nak kata pergi berlakon, tidak pasti pula kerana tidak ada nampak pelakon lain atau mana-mana krew penerbitan. Bagi peminat yang meminati ibu kepada seorang anak lelaki ini, mereka sudah tentunya mengikuti laman Instagram wanita ini. Apa yang menarik perhatian, ada di antara salah seorang peminatnya telah menegur Nora dengan bertanyakan status halal air minumannya. Ceritanya, Nora telah memuatnaik gambar dia sedang membeli minuman di kafe Dean & DeLuca. Salah seorang peminatnya telah bertanyakan sama ada kedai itu halal atau tidak. Walaupun niatnya sekadar bertanya soalan, tapi pertanyaannya itu telah menimbulkan ‘perang’ dikalangan peminat Nora Danish yang lain. Panjang berjela jugalah komen-komen mereka. Biasalah tu sebagai artis yang dikenali, apa saja perbuat mereka diambil berat orang ramai te

(Panas) Gambar Neelofa Tanpa Baju

Imej
(Panas) Gambar Neelofa Tanpa Baju | Ketika ini di dalam beberapa blog kecoh mengenai gambar yang dikatakan iras pelakon dan pengacara Nona, Neelofa dikatakan telah bergambar tanpa seurat benang. Dari mana gambar berkenaan diperoleh pun tidak tahu kerana gambar itu tidak mempunyai apa-apa tulisan ataupun watermark pemilik asal gambar berkenaan. Yang ada hanyalah watermark blog yang memuat-naik gambar berkenaan. Jika dilihat, nampak seperti Neelofa sedang menjalani photoshoot. Sejauh mana kesahihan dia bergambar bogel tidak dapat pula dipastikan kerana rata-rata gambar berkenaan diambil sehingga paras dada saja. Malah jika diamati, takut pulak gambar ini sebenarnya bukan milik Neelofa. Ia berikutan terdapat beberapa komen yang mendakwa gambar itu adalah kepunyaan artis daripada Hong Kong. Mana tahu jangan-jangan pelanduk dua serupa tak? Entah.. Kita tunggu saja jawapan daripada aktres itu nanti.

Nama - Nama Pelik Dalam Filem P.Ramlee

Imej
Nama - Nama Pelik Dalam Filem P.Ramlee | Ada banyak nama watak yang dicipta oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Tidak kurang juga yang kelakar, menarik dan pelik. Ada juga sekadar watak kecil dan hanya pernah disebut secara spontan di dalam dialog dan tidak pernah muncul dalam mana-mana babak filem. Namun, mendengar sahaja nama-nama pelik ini sudah cukup untuk membuatkan peminat-peminat P. Ramlee tersenyum sendiri: 1. SULEIMAN AKHLAKEN 2. HUSSAIN LEMPOYANG 3. MASHOOD AL-BUAYA 4. PAK MAT TEMPE 5. AMRAN AL-INTAN WAL-BELIAN 6. SADIQ SEGARAGA 7. ISMET ULAM RAJA (adik-beradik ULAM PEGAGA) 8. JAMAL PAK TONGKO 9. KASSIM PATALON 10. FATIMA HATEM THAI 11. BADAN & NYAWA 12. MAT TAHIR (anak PAK USIN NGOK NGEK KAKI UNTUT KEPALA KEMEK) Peminat setia P. Ramlee sudah pasti dapat meneka dengan tepat judul filem untuk setiap nama watak di atas.

Messi Pemain Terbaik Dunia Kali Ke 4 Berturut - Turut

Imej
Messi Dinorbatkan Permain Terbaik Dunia Kali Ke 4 | Cukup mengagumkan bintang Barcelona iaitu Messi sekali lagi di norbatkan sebagai pemain terbaik dunia untuk 4 tahun berturut-turut. "Anugerah Ballon d’Or FIFA 2012 menjadi milik Messi selepas pemain Barcelona itu memecahkan rekod dengan menjaringkan 91 gol untuk kelab dan negaranya mengatasi legenda bola sepak Jerman, Gerd Muller yang menjaringkan 85 gol pada tahun 1972. Pemain Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo berada di tempat kedua manakala rakan sepasukan Messi, Andres Iniesta di tempat ketiga. Dalam Majlis Anugerah FIFA yang diadakan di Zurich, Switzerland itu, Messi menerima 41.60 peratus undian mengatasi C.Ronaldo (23.68 peratus) dan Iniesta (10.91 peratus)." Fuh cukup minat dengan corak permainan Messi nie, serius mengkagumkan. Percapaian untuk menjadi pemain terbaik dunia untuk 4kali berturut-turut bukan lah kerja mudah tapi bintang ini mampu lakukan. Fuh!! Hebat..taniah Fuh ucapkan.

Tayang Klip Lucah Semasa Siaran Berita

Imej
Tayang klip Lucah Semasa Siaran Berita | Sweden – Sebuah stesen televisyen dilaporkan membuat kesilapan memalukan apabila siaran beritanya menayangkan klip lucah sebagai latar belakang ketika berita itu disiarkan secara langsung. Ketika itu penyampai Channel TV4 itu sedang membacakan berita mengenai krisis politik Syria. Secara tiba-tiba klip lucah itu disiarkan di belakangnya dan ia berterusan selama 10 minit sebelum disedari oleh pihak pengurusan. Penonton yang menyaksikan berita tersebut, terkejut besar dengan kejadian tersebut. “Saya sangkakan saya yang tersilap, namun lama kelamaan ia menjadi semakin jelas dan saya dapat melihat bagaimana mereka menarik semula filem lucah itu,’’ kata seorang penonton. Dia juga hairan kenapa pengurusan TV4 tidak menyedari keadaan itu dan mereka terpaksa mengambil masa selama 10 minit untuk menyedari mengenai kesilapan tersebut. Mengulas perkara tersebut, pihak pengurusan TV4 memberitahu, bilik berita disambung terus kepada compute