Selamatkah Melakukan Seks Ketika Isteri Hamil


Selamatkah Melakukan Seks Ketika Isteri Hamil | Ramai beranggapan seks ketika hamil boleh membahayakan bayi dalam kandungan, sebenarnya kehamilan bukannya penghalang bagi pasangan suami isteri untuk tidak melakukan hubungan seks. Malahan hubungan seks semasa hamil secara tidak langsung ketika aktiviti seks tersebut dapat memberi nutrisi pada pertumbuhan ibu dan bayi.


Kebanyakkan wanita mengandung ataupun suami, takut untuk melakukan hubungan seks berikutan bimbang akan berlakunya kontraksi yang tidak diingini, kontraksi ni maksudnya perut isteri akan mengeras dan berasa agak sakit sedikit seperti tanda ingin bersalin.


Apabila kehamilan itu hanya boleh dihasilkan melalui hubungan seksual, mustahil selepas berjaya hamil pasangan suami isteri tidak boleh melakukan persetubuhan, kecuali dalam keadaan tertentu apabila ia disahkan doktor boleh memudaratkan ibu dan bayi dalam kandungan.

Hubungan intim tak jejas kehamilan

Tiada sebab hubungan intim itu boleh menjejaskan kehamilan, kata Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby. Jika wanita mengandung rasa tidak selesa untuk bersetubuh kerana keadaan pening dan loya, itu tidak mengapa.

“Tiada apa yang akan berlaku kepada janin jika hubungan dilakukan kerana tiada kemungkinan anggota kelamin suami terkena kandungan dan tidak mengganggu kandungan dalam perut,” katanya.

Jelasnya, anggota kelamin dan rahim wanita adalah dua organ yang berbeza kedudukannya walaupun terdapat komunikasi antara organ berkenaan. Pangkal rahim tebal dan pembukaannya ditutup rapat oleh lendir yang tebal serta tiada kemungkinan untuk bahagian itu terbuka.

Beliau berkata, hubungan kelamin tidak menjadi masalah kecuali jika doktor melarangnya. Larangan itu disebabkan oleh pelbagai faktor yang berlaku berikutan keadaan kesihatan.

Antaranya:

Apabila keadaan kesihatan wanita itu tidak mengizinkan seperti pendarahan selepas persetubuhan, yang mungkin petanda awal kemungkinan akan berlaku keguguran janin.
Jika suami menghidap penyakit yang boleh menjangkiti wanita itu, kecuali penyakit itu sudah sembuh,
keadaan uri lekat atas atau berdekatan serviks yang boleh mengakibatkan pendarahan jika uri renggang,
keadaan pangkal rahim yang renggang (cervical incompetence), yang boleh menyebabkan ia terbuka atau apa apa saja yang boleh memudaratkan kesihatan wanita atau anak dalam kandungan.Tambah Dr Ismail, pada peringkat awal kehamilan, mana mana posisi hubungan intim juga sesuai. Kekerapan hubungan kelamin semakin berkurangan apabila si isteri mula rasa kurang minat melakukannya.“Apabila tahap kehamilan meningkat dan perut pun besar, posisi biasa tidak lagi sesuai. Posisi tertentu seperti posisi mengiring, posisi isteri di atas atau posisi yang sesuai dan selesa untuk kedua-dua dua pasangan boleh dilakukan,” katanya.
Sebagai nasihat, Dr Ismail berkata, suami perlu tahu sedikit sebanyak mengenai perkara yang tidak diingini, yang boleh berlaku ketika persetubuhan dilakukan ketika isteri sedang hamil.

“Apa pun posisi seks, suami harus pastikan isteri selesa. Jangan meletakkan tekanan atau berat badan pada perut isteri, jangan berlebihan, terlalu kasar atau lupa diri selama hubungan intim berlangsung.

“Jika si isteri mengalami masalah pendarahan selepas persetubuhan atau pada bila bila masa, suami perlu akur nasihat doktor,” katanya.

INFO: Panduan posisi seks terbaik untuk wanita hamil

1. Posisi wanita di atas
Posisi seks yang banyak digunakan dan yang paling selesa untuk wanita hamil.
Posisi ini memungkinkan isteri lebih selesa untuk melakukan hubungan intim.

2. Posisi wanita menonggeng
Hubungan dengan posisi ini tidak memberi tekanan pada perut isteri yang semakin membesar. Oleh itu, isteri akan berasa lebih selesa.

3. Posisi duduk.
Sesuai dilakukan pada peringkat pertengahan hingga akhir kehamilan.
Posisi ini dilakukan dengan cara suami duduk dan isteri duduk di atas pangkuan suami dan kedua-duanya saing berhadapan atau isteri membelakangkan suami apabila perut semakin membesar.

4. Posisi berlutut atau berdiri.

5. Posisi suami berbaring di atas, tetapi hanya separuh badan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gambar 'HOT' Pemenang Model FHM Singapura 2012 Bocor Dalam Internet

Lesen Memandu Baru (LMBT) 15 Julai Ini