Bahaya Mandi Wap Kepada Lelaki


TAHUKAH ANDA: Bahaya Mandi Wap Melampau


Seorang pakar kesuburan lelaki mendakwa, mandi wap yang menjadi kegilaan golongan itu di bandar-bandar besar selepas bersenam di gimnasium boleh melemahkan fungsi sel sperma yang terkandung dalam testis (buah zakar) mereka

Lebih menggerunkan, statistik perubatan membuktikan kira-kira 40% masalah tidak boleh hamil yang dihadapi oleh wanita yang berkahwin berlaku akibat ketidaksuburan kaum lelaki.

Mandi wap yang memerlukan kepanasan wap antara 60°C hingga 100°C menyebabkan tubuh seseorang terdedah pada suhu yang terlalu tinggi.

"Suhu badan normal bagi setiap individu adalah sekitar 37°C manakala suhu testis pula adalah sekitar 35°C dan 36°Celcius".

"Sebenarnya suhu panas sauna bukan sahaja mengganggu malah mencacatkan proses penghasilan sel sperma bagi kaum lelaki".

"Orang ramai perlu faham bahawa bagi mengelakkan testis berkongsi suhu yang sama dengan tubuh, tidak hairanlah ia terletak di bahagian luar tubuh badan lelaki".

"Meskipun sistem pembiakan akan menggantikan sel sperma yang mati kepada yang baharu dalam tempoh tiga bulan, namun adalah lebih baik bagi kaum lelaki mengelakkan aktiviti itu bagi mengelakkan mereka mandul".

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gambar 'HOT' Pemenang Model FHM Singapura 2012 Bocor Dalam Internet

Rahsia Pembinaan Piramid Terbongkar