10 Alat Permainan Yang Di Haramkan Penjualannya

10 Alat Permainan Yang Di Haramkan Penjualannya | Kalau terjumpa benda ni dekat mana - mana,jangan belikan untuk anak anda,Ianya telah pun di haramkan.


10. Fisher-Price Power Wheels Motorcycle

Ramai kanak2 patah kaki, tangan dan terseliuh akibat jatuh dari motosikal ini kerana kelajuannya.


Fisher-Price Power Wheels Motorcycle



9. Aqua  Dots 

Bahaya kerana: manik manik kecil yg berwarna warni membuatkan kanak2 cuba memasukkannya ke dalam mulut. Terdapat bahan kimia yg kuat dan menyebabkan sesak nafas & sawan dengan hanya menjilat manik tersebut. Diharamkan pada tahun 2007.


Aqua  Dots 



8.Sky Dancers Flying Dolls 

Anak patung keras yg direka khas utk terbang tidak mempunya kawalan. Boleh terbang ke mana mana arah hala tuju dengan kelajuan yg luar biasa sekaligus menyebabkan kecederaan. 150 rekod kecedaraan termasuk buta, patah gigi & luka pada muka dan seluruh badan. Hampir 9 juta unit ditarik balik oleh pengeluar Galoob Toys pada tahun Jun 2000.


Sky Dancers Flying Dolls 



7. Easy Bake Oven – Hasbro 

Penutup depan ketuhar ini memerangkap jari si manja ketika si manja ingin mengambil bahan yg telah dimasak. Menyebabkan seorang kanak2 berusia 5 tahun putus jari. Kes lain yg dilaporkan seperti lebam tangan.Hasbro berhenti pengeluaran pada tahun 2007 (baru lagi nih).


Easy Bake Oven



6. Snacktime Cabbage Patch Dolls – Mattel

Terkenal pada tahun 80an – 90an. Mempunyai rahang otomatik yg akan mengunyah apa sahaja yg dimasukkan ke dalamnya. 35 kes kecederaan jari dilaporkan. Diharamkan pada tahun 1997.


Snacktime Cabbage Patch Dolls



5. Battlestar Gallactica Missile Launcher

Dilancarkan pada tahun 1978. Tahun 1979 dilaporkan seorang kanak-kanak meninggal dunia selepas tercekik pada salah satu alat pelancar peluru berpandu.


Battlestar Gallactica Missile Launche



4. Chicken Limbo Party Time 

Dikeluarkan oleh Milton Bradley. Permainan ini tidak mempunyai tiang yg kukuh oleh itu apabila di sentuh kuat sedikit ia akan runtuh pada kanak kanak yg berada di bawah atau orang-orang berdekatan. 46 kes dilaporkan menyebabkan kecederaan seperti lebam, patah gigi & patah kaki & tangan. Diharamkan pada tahun 2006.


Chicken Limbo Party Time



3. Clackers 

Beberapa laporan cedera & lebam di muka, mata dan tangan ketika bermain. Kerana ianya diperbuat dari kaca, bolanya berat menyebabkan jatuh ke lantai dan mudah pecah. Diharamkan pada tahun 1981.


Clackers



2. Mini Hammocks – EZ Sales 

Untuk kanak kanak yg suka di buai dan berehat di atasnya. 12 kematian dipastikan ketika naiki buaian ini. Punca kematian adalah seperti lemas, terjerut & jatuh. Jualan mencecah 3 juta. Di haramkan pada Ogos 1996.

Mini Hammocks



1.Jarts - Lawn Darts 

Alat permainan paling bahaya di dalam sejarah. sepatutnya dilontarkan pada permukaan rumput sahaja. Alat permainan dart ini boleh menusuk ke mata, dan anggota badan sesiapa saja yg bermain dengannya. 6700 kecederaan termasuk buta dan 4 kematian di laporkan. Di haramkan selama-lamanya bermula pada tahun 1988.

Jarts - Lawn Darts 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gambar 'HOT' Pemenang Model FHM Singapura 2012 Bocor Dalam Internet

Lesen Memandu Baru (LMBT) 15 Julai Ini