Reaksi Peminat Nora Danish Beli Air Tak Halal



Reaksi Peminat Nora Danish Beli Air Tak Halal | Beberapa hari lalu, pelakon kecil molek, Nora Danish telah ke Tokyo atas urusan kerja bersama rakannya.

Nak kata pergi berlakon, tidak pasti pula kerana tidak ada nampak pelakon lain atau mana-mana krew penerbitan.

Bagi peminat yang meminati ibu kepada seorang anak lelaki ini, mereka sudah tentunya mengikuti laman Instagram wanita ini.

Apa yang menarik perhatian, ada di antara salah seorang peminatnya telah menegur Nora dengan bertanyakan status halal air minumannya.

Ceritanya, Nora telah memuatnaik gambar dia sedang membeli minuman di kafe Dean & DeLuca.

Salah seorang peminatnya telah bertanyakan sama ada kedai itu halal atau tidak.

Walaupun niatnya sekadar bertanya soalan, tapi pertanyaannya itu telah menimbulkan ‘perang’ dikalangan peminat Nora Danish yang lain.

Panjang berjela jugalah komen-komen mereka.






Biasalah tu sebagai artis yang dikenali, apa saja perbuat mereka diambil berat orang ramai terutamanya peminat fanatik.

Sebab itu kadang-kala artis ini pelu berhati-hati apabila hendak memuatnaik apa saja gambar.

Bukannnya apa,takut difitnah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gambar 'HOT' Pemenang Model FHM Singapura 2012 Bocor Dalam Internet

Rahsia Pembinaan Piramid Terbongkar