Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2013

Ustaz Azhar Idrus Bakal Jadi Pelakon

Imej
Ustaz Azhar Idrus Berlakon Filem Arahan Pierre Andre | Walaupun belum 100% disahkan, ada ura-ura mengatakan bahawa pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus bakal membintangi sebuah filem di bawah arahan Pierre Andre. Mengikut perancangan, filem terbitan MIG yang bertajuk “Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang” akan diterajui oleh Shiro dan Ustaz Azhar Idrus. Namun begitu, menurut Pierre Andre sendiri, Ustaz Azhar Idrus masih belum memberikan kata putus sama ada mahu terlibat atau tidak dengan filem ini. Kata Pierre Andre,"Saya bukannya mencipta kontroversi murahan, menjual nama Ustaz Azhar Idrus. Sebaliknya saya memang sudah menyampaikan hasrat kepada beliau dan dalam perbincangan tersebut, beliau nampak senang dengan jalan cerita tersebut. Justeru, saya berharap ALLAH SWT permudahkan urusan saya kerana filem ini adalah filem dakwah dan ustaz juga dapat turut serta dalam filem ini." Kalau jadilah UAI membintangi filem ini, nampaknya medium dakwah beliau akan berkembang ke