Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

Gambar Hot Azharina Di Kelab Malam

Imej
Gambar Hot Azharina Di Kelab Malam | Jika sebelum ini cerita mengenai Azharina Azhar panas kerana didakwa menjadi isteri ketiga kepada Datuk Syukri Mohd, 55, yang berasal dari Kelantan, namun selepas bercerai... cerita mengenai penyanyi ini agak sunyi. Apakah yang dilakukan oleh Azharina sekarang? Mungkin agaknya gambar-gambar yang tidak diketahui tarikhnya ini mampu menjawab sedikit persoalan yang timbul. Pelantun lagu Elegi Sepi itu dilihat sedang bersosial bersama teman-temannya disebuah kelab malam dengan pakain yang agak seksi. Sumber

Rozita Che Wan Bakal Nikah Julai Nanti

Imej
Rozita Che Wan Bakal Nikah Julai Nanti | Akhirnya segala persoalan mengenai hubungan cinta Rozita Che Wan dan Zain Saidin akhirnya terjawab dengan jawapan yang mengesahkan lagi mereka akan berkahwin pada bulan tersebut. Ini adalah kata-kata dari mulut Rozita Che Wan "InsyaAllah kami akan bernikah, jika tiada sebarang halangan pada bulan berkenaan." Beliau juga memilih untuk tidak bertunang kerana menganggap ianya sebagai tidak penting. "Hubungan kami selama ini memang tiada masalah. Kami sudah lama mengenali satu sama lain dan dia juga rapat dengan anak dan ibu saya." Diharap hubungan mereka akan kekal hingga keakhir hayat.... Sumber

Isu Ketiak Neelofa Hangat Di Debatkan

Imej
Isu Hangat Ketiak Neelofa | Salah satu gambar yang hangat didebatkan dalam Instagram Neelofa adalah gambar beliau sedang disolek oleh seorang makeup artis lelaki untuk satu sesi photoshot.Sesi bergambar berkenaan dipercayai adalah untuk pakaian pengantin berdasar hastag yang ditulis oleh beliau. Sudut gambar tersebut diambil pula menampakkan pelipat lengan Neelofa dan bukanlah ketiak beliau.Dari situ, maka gambar tersebut dihujani dengan pelbagai komen dari peminatnya, ada yang ketawa, ada yang mengutuk dan ada juga yang cuba memberi kesedaran.Macam-macam la.... Sumber

Aksi Panas Anak Pelakon Kacukan

Imej
Aksi Panas Anak Pelakon Kacukan | Gambar-gambar di bawah ini dipercayai adalah gambar anak kepada seorang pelakon kacukan yang popular sekitar tahun 90-an. Bermacam-macam aksi panas yang ditunjukkan oleh gadis yang berusia 17 tahun ini antaranya merokok dan bergambar mesra dengan seorang lelaki dengan hanya berbikini. Hmmm, apalah komen mak dan ayahnya selepas melihat gambar sosial anak mereka sudah tersebar di kebanyakan laman-laman blog? Diharapkan artis itu dapat menasihati anaknya kerana dia mungkin masih muda dan tengah mahu merasa dan mencuba semua keseronokan yang bersifat sementara.. Sumber

Remaja Dipenjara Kerana Cuba Letupkan Kilang Vodka Kalimah Allah

Imej
Remaja Dipenjara Kerana Cuba Letupkan Kilang Vodka Kalimah Allah | Mempunyai cara yang unik bagi mempromosikan sesuatu produk mungkin mampu menarik minat pembeli sekiranya ia bersesuaian dengan produk yang dijual..Tetapi, apabila menggunakan perkataan "Allah" dalam mempromosikan vodka (sejenis minuman keras), ia mungkin kelihatan amat melampau dan mendorong kemarahan umat Islam yang lain seperti yang berlaku di Kazakhstan. AQTOBE, Kazakhstan - Sebuah mahkamah yang terletak di sebuah bandar di barat laut Aqtobe, Kazakhstan telah menghukum 3 orang lelaki muda dengan menyabitkan mereka dengan kesalahan cubaan merancang untuk meletupkan kilang minuman keras tempatan yang dikatakan "menghina Islam". Ketiga-tiga mereka telah dijatuhkan hukuman penjara selama 3 ke 5 tahun bermula Selasa lalu. Pada tahun lepas, pengarah kilang minuman keras berkenaan terpaksa meminta maaf kerana mencetak slogan "Kuasa Allah cukup untuk semua" dalam bahasa Arab pada penutu

Inilah Tukang Rasa Makanan Adolf Hitler

Imej
Inilah Tukang Rasa Makanan Adolf Hitler | Ini adalah wanita yang ditugaskan untuk merasa makanan Fuhrer untuk memastikan ia tidak beracun. Margot Woelk (kiri), kini 95, telah dipaksa untuk membahayakan nyawanya sendiri dengan hidangan contoh yang disediakan untuk Adolf Hitler.Puan Woelk menghabiskan lebih daripada dua tahun sebagai salah seorang daripada 15  tukang rasa paksa wanita  untuk pemimpin Nazi di Eastern Front HQ semasa Perang Dunia II. Sumber

Fizz Fairuz Buat Laporan Polis

Imej
Buat Laporan Polis Untuk Lindungi Diri - Fizz Fairuz | Kuala Lumpur: Pelakon sensasi, Mohd Fairus Zainal Abidin, 34 atau Fizz Fairuz yang dikaitkan kes putus tunang bersama isteri orang, Azlyn Massiela Mohd Nazar, 26, membuat laporan di Balai Polis Damansara, Petaling Jaya, Rabu lalu dan mendakwa tidak pernah mengetahui wanita itu sudah bernikah. Laporan jam 1.43 petang itu dibuat sendiri pelakon terbabit yang bertujuan melindunginya selain tidak bertanggungjawab ke atas Azlyn sekiranya sesuatu terjadi selepas dia memutuskan hubungan dengan wanita berkenaan. Sumber polis berkata, laporan berkenaan difahamkan berkait kontroversi menimpa aktor terbabit tiga hari lalu sejurus pelakon filem Nur Kasih The Movie itu menerusi akhbar dilaporkan bertunang dengan isteri orang. “Fizz menyatakan pernah berhubung dan berkawan dengan wanita itu namun dalam tempoh perhubungan, dia tidak tahu Azlyn bersuami. “Namun, selepas mengetahui hal itu baru-baru ini (hujung minggu lalu), pelakon i

Ketahui Rahsia Pada Cap Jari

Imej
Ketahui Rahsia Pada Cap Jari |  Untuk pengetahuan semua cap jari kita bukan hanya digunakan sebagai pengenalan diri sahaja, malah ianya juga boleh digunakan untuk mengenal personaliti dan potensi diri seseorang individu tertentu. Dengan teknologi yang baru, pelbagai alat yang boleh digunakan untuk manusia salah satunya ialah penganalisis cap jari. Berikut adalah sedikit petikan daripada akhbar tempatan. Ini hasil teknologi analisis imbasan cap jari yang boleh menyerlahkan bakat semula jadi insani hasil bawaan genetik. Malah cap jari itu disifatkan pakar umpama berlian yang hanya menanti masa untuk dicanai bagi merungkai rahsia diri seseorang. Jika bakat adalah kemampuan diwarisi dalam diri seseorang yang dibawa sejak lahir dan berkaitan struktur otak, analisis cap jari adalah sistem mengenali potensi genetik seseorang berdasarkan sains dermatoglifik – ilmu yang mempelajari pola cap jari termasuk hujung luar derma kulit jari, telapak tangan dan tapak kaki yang sudah wujud sel

AWAS!!Taktik Terbaru Rompakan Di Stesen MInyak

Imej
Taktik Terbaru Penjenayah Di Stesen Minyak | Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wani

Lana Nordin Akui Muat Naik Gambar Sendiri

Imej
Lana Nordin Akui Muat Naik Gambar Di Laman Instagram | KUALA LUMPUR – Baru-baru ini, beberapa keping foto pelakon, Lana Nordin, 34 kelihatan mesra bersama kekasihnya, Parvel Michalec, 24, sewaktu bercuti di Bali, Indonesia telah tersebar di sebuah laman sesawang dan blog. Foto-foto itu kelihatan seperti hanya mereka berdua sahaja bercuti dan seolah-oleh seperti berbulan madu ketika menyambut Hari Kekasih pada tanggal 14 Februari lalu. Bagi mendapat kepastian mengenai foto-foto tersebut, portal murai.com.my telah bertanyakan sendiri mengenai percutiannya itu. Ternyata Lana menafikan bahawa hanya dia berdua dia dengan kekasihnya yang berasal daripada Republik Czech itu saja yang bercuti di Pulau Bali baru-baru ini. Sebaliknya, dia turut bercuti bersama rakan-rakannya yang lain. “Sebenarnya foto itu mereka ambil daripada laman Instagram yang saya muat naik sendiri. Tiada apa yang perlu diselindung dalam foto itu kerana ia kelihatan kami seperti bercuti sahaja. “Malah, saya b

Jurumekap Hollywood Hadiahkan Hidung Palsu

Imej
Wanita Indonesia Dapat Hidung Palsu | Jakarta – Seorang wanita Indonesia yang terpaksa hidup selama tiga tahun tanpa hidung, akibat dipotong oleh suaminya yang panas baran, kini mampu tersenyum semula. Semuanya atas usaha Alec Gilis, yang juga seorang jurumekap kesan khas dari Hollywood. Gillis berjaya mereka hidung palsu untuk Yustince, 30, yang dibuat mengikut acuan hidung wanita berkenaan. Beliau yang pernah memenangi Oscar bagi solekan kesan khas, telah terlibat untuk filem-filem Hollywood termasuk Jumanji, Alien vs Predator dan Cast Away. “Kebiasaannya saya menghasilkan solekan khas untuk menakutkan orang, namun kali ini saya gembira kerana solekan itu mampu menghilang parut di muka Yustince,’’ katanya. Yustince dan Gillis dipertemukan oleh Grossman Burn Foundation iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang bukan bertujuan untuk mencari keuntungan. Selepas hidung palsu itu siap, Gillis sanggup terbang ke Jakarta untuk memasang hidung berkenaan pada Yustince

Tasik Garam Yang Berwarna Warni

Imej
Tasik Garam Yang Berwarna Warni | Bagi sesetengah orang, garam mungkin kelihatan biasa dengan warna semulajadi nya yang berwarna putih..Namun, tidak ramai yang tahu, garam boleh mempunyai pelbagai jenis warna misalnya seperti apa yang berlaku di tasik garam di San Francisco Bay.. Fenomena yang menarik ini boleh di lihat di San Francisco Bay. Sekiranya di lihat dari jarak yang jauh, ia akan kelihatan seakan-akan hamparan bunga tulip sedangkan ia tiada kena mengena dengan sebarang tumbuh-tunbuhan langsung. Sebenarnya, tempat yang kelihatan berwarna itu digunakan sebagai tempat pengestrakkan garam dari air laut. Dalam kolam buatan tersebut, air akan disejat oleh cahaya matahari dan meninggalkan butiran halus garam yang terhablur, alga berwarna, dan mikro-organisma. Warna garam yang terhasil juga bergantung kepada tahap kemasinan. Kolam dengan tahap kemasinan yang rendah dan sederhana akan mempunyai warna kehijauan atau merah jambu, manakala pada tahap kemasinan yang tinggi, air g

Sajak Dari Maharaja China Untuk Nabi Muhammad SAW

Imej
Sajak Dari Maharaja China Untuk Nabi Muhammad SAW | Percaya atau tidak, seorang maharaja yang dianggap antara yang teragung pernah memerintah Tanah Besar China pernah menulis sajak puji-pujian kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw sembilan abad yang lampau. Maharaja yang dikenali sebagai Maharaja Hongwu(1328-1398) adalah pengasas kepada Dinasti Ming yang mendominasi Tanah Besar China selama 276 tahun. Maharaja Hongwu terkenal sebagai maharaja yang bertolenrasi terhadap agama terutama agama Islam. Baginda tidak pernah melarang ajaran Islam tersebar di wilayah jajahannya bahkan pernah bertitah supaya mendirikan beberapa masjid bagi memudahkan umat Islam beribadat. Antara masjid yang ‘mendapat’ jasa bakti daripada Maharaja Hongwu adalah di Yunnan, Nanjing, Guangdong dan Fujian. Panglima-panglima Muslim Baginda dipercayai memiliki beberapa pegawai Istana yang beragama Islam. Maharaja Hongwu begitu mempercayai pegawai-pegawai Istana ini. Antaranya adalah Chang Yuchun(133

Aidil Zafuan Nafi Kahwin Julai Nanti

Imej
Aidil Zafuan Nafi Kahwin Julai Nanti | Susulan daripada laporan Isnin lalu yang mendakwa pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Aidil Zafuan bakal bercerai dengan pelakon jelita Rita Rudaini dan seterusnya ingin berkahwin bersama seorang wanita yang dikenali sebgai Zarema Zainal, pemain bola sepak ini telah tampil kehadapan bagi menjelaskan segala spekulasi tersebut. Menurut Aidil, dia sememangnya mengenali Zarema sejak bersama pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) lagi dan pada ketika itu abang Zarema merupakan pengurus pasukan untuk kumpulan tersebut. Dalam pada itu, Aidil turut mengaku bahawa dirinya sememangnya rapat dengan seluruh ahli keluarga Zarema, akan tetapi nafi ingin berkahwin dengan wanita tersebut Julai ini. “Saya mengaku mengenali Zarema. Tetapi bagaimana boleh timbul cerita kononnya kami akan berkahwin tak lama lagi? Memang kami berkawan, tetapi tidaklah sampai ke tahap mengenali hati budi. “Saya baik dengan Zarema disebabkan saya b

Suami Azlyn Massiela Tampil Beri Penjelasan

Imej
Wanita Itu Isteri Kedua Saya | Bukan setakat kami, malah semua peminat diseluruh negara sudah mula keliru dengan kenyataan-kenyataan yang diberikan. Dari pertunangan yang hanya sempat bertahan beberapa hari, kemudian timbul isu mengatakan Azlyn Massiela sudah berkahwin. Hari ini, bekas tunang Fizz itu memberitahu bahawa dia tidak pernah berkahwin. Namun, belum sempat berita ini diketahui umum, muncul satu lagi kenyataan dari seorang lelaki bernama Ramli (bukan nama sebenar) yang mengaku Azlyn sememangnya adalah isterinya. Ya, isteri kedua. “Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua). Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya.” – Ramli dipetik dari Berita Harian. Ramli yang juga merupakan seorang usahawan ini memberitahu bahawa isterinya ‘sakit’ dan kesunyian adalah punca isterinya itu melaku

Kes Cerai Jeslina Hashim Terpaksa Ditangguh

Imej
Kes Cerai Jeslina Hashim Terpaksa Ditangguh | Pagi ini di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur berlangsung sebutan pertama kes penceraian antara penyanyi Jeslina Hashim & suami, Dion Andrew Vercoe. Pasangan ini di’khabarkan telah tidak duduk sebumbung sejak lapan bulan yang lalu & ketika ini dua orang anak hasil perkahwinan mereka berada di’bawah jagaan suami. Namun hasrat pasangan ini untuk bercerai terpaksa di’tangguh kerana Dion Andrew Vercoe tidak di’benarkan melafazkan talak kerana Jeslin Hashim dalam keadaan tidak suci. Selain itu, isu tuntutan hak jagaan anak dan tuntutan mutaah juga menjadi sebab mahkamah bakal menetapkan tarikh baru untuk sebutan kes penceraian Jeslina Hashim & Dion Andrew. Jeslina Hashim yang di’temui wartawan selepas sebutan pertama hari ini berkata punca penceraian mereka tidak boleh di’dedahkan kepada umum kerana ianya bersifat peribadi.-Roti Kaya

Pertunangan Fizz Fairuz Hanya Bertahan Semiggu

Imej
Pertunangan Fizz Fairuz Bertahan Hanya Seminggu | Perempuan yang menjadi bekas tunang  Fizz Fairuz merupakan isteri kepada seorang usahawan yang berumur 40 tahun. Kuala Lumpur: Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu, selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami. “Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam. Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu. “Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang. Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu

Berhati-Hati Jika Ingin Membeli Samsung Galaxy S3

Imej
Berhati-Hati Jika Ingin Membeli Samsung Galaxy S3 | Jangan jadi seperti individu ini.Seorang lelaki telah membeli Samsung Galaxy S3 dan membawanya ke kedai servis Samsung kerana ianya tak boleh connect pada WiFi dan juga beberapa isu lain. Pekerja Samsung tidak dapat mambantu lelaki tersebut dan menyuruhnya untuk melihat dengan lebih teliti pada telefonnya itu. Cuba teka apa yang DIA dan ANDA nampak?